Alhamdulillah,kini aku telah pun Berjaya menghabiskan peperiksaan untuk semester 2 ini…
Banyak dugaan, rintangan juga ujian yang aku lalui sepanjang minggu peperiksaan ini, sudahla aku punya jadual disusun rapi oleh Allah S.W.T. melalui pihak HEA. Sangat cantik dan sangat menarik jika di lihat. Subhanallah…
Aku bersyukur tidak terhingga dengan jadual yang ku dapati ini kepada TUHAN yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. DIA sahajalah yang memahami diriku ini sepenuhnya kemudian baru diikuti ibu bapaku yang banyak memberikan aku keredhaan dalam meneruskan hidup ini. Syukur Alhamdulillah. Aku bersyukur pada Mu ya Allah.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan aku semangat untuk terus dan terus belajar walaupun aku terpaksa menghadapi cabaran yang datang melintang, menegak dari atas bawah kiri dan kanan.. Sahabat, sungguh indah ikatan persahabatan kita ini jika disulamkan dengan keikhlasan kepada ALLAH S.W.T. teringat pesan seorang sahabat ku waktu di taman kasih islami (Maahad Johor) dahulu “sahabat adalah mereka yang apabila kita melihat wajahnya membuatkan kita teringat pada nikmat dan azab daripada ALLLAH, kata-katanya membuatkan hati kita sentiasa berzikir kepada ALLAH,itulah sahabat.
“ Terima kasih tidak terhingga buat :> Abdul Hadi, Audi Nazari, Abg Chik,Jalil Tajuddin, Hilmi Aminuddin, Haizad Halim, Shahril Suksis, Shahril Salman , Nazmi Jimi, Qayyum, dan ada juga sahabat muslimah yang sudi membantu aku,( maklumlah lelaki tak boleh hidup tanpa wanita ~no women man die~ sebab itulah Allah ciptakan Siti Hawa daripada rusuk kiri nabi Adam alaihissalam) sama lah seperti aku ni ada juga sahabat muslimah yang sudi menolong aku x kira yang satu DPP , dua DPP, satu Kolej, dua Kolej, satu Universiti, dua Universiti dan ada juga satu Malaysia dua Malaysia iatitu abang dan kawan aku yang warganegara Malaysia menetap di luar Negara sana (tapi yang ini untuk lelaki jela, muslimah setakat satu Malaysia je,hehehe). Siapa ea yang beruntung menjadi rakan , sahabat (muslimah) buat aku yang hina lagi dina ni,jeng2…itu lah dia: Kak Asma`, kak Fathihah, cikgu Izzah, Siti Mariam, Wan Syafawati, Dieyana, Kasmah, adeq aida, Miska, jijah., and the Group sport study statistic:<>
Paper pertama,,,(FEQH MUAMALAT BPMS 2013)
Ok lah. Bermula dengan hari pertama. Petang sehari sebelum peperiksaan Fiqh muamalat, aku di ajak abg chik pergi café DPP muamalat, katanya nak bincang-bincang pasal Fiqh Muamalat dekat pusat sukan, sekali tu, bila dah tiba pusat sukan, tiba-tiba, awan mula menitiskan air matanya membasahi bumi yang gersang dek air daripada langit. Alhamdulillah, hujan turun membawa rahmat sehari sebelum aku mula untuk mengambil peperiksaan, kesyukuran tidak terhingga, dan aku mengambil kesempatan waktu itu untuk berdoa pada yang Esa supaya diberikan kemudahan dan kesengan untuk aku menjawab soalan peperiksaan pada esok harinya. Antara waktu yang mustajab doa nya adalah waktu hujan lebat. Memang pada waktu itu lebat selebat-lebatnya. Subhanallah. Café yang ditutupi atap pun sudah dinaiki air sehingga kami tak dapat berbincang mengenai paper esok hari nya. Aku tidak berhenti berdoa didalam hati sambil takjub dengan peristiwa itu. Allhuakbar! Kami menunggu hujan reda, dan dalam menunggu tu, abg chik pelawa aku untuk sama2 ke group discussion kat library malam nya. Aku spontan cakap, “boleh, insyaAllah, tapi hang kena datang proton amek aku, sebab hujan lebat ni” than kitorang pun deal terus tunggu pergi sama2 ke library. Huh, hujanndah pun teduh, kitorang pun balik siap2 untuk malam ni. Aku pun bersemangat, awal lagi dah siap tunggu abg chik dalam bilik, n dalam masa yang sama bang chik dah tunggu aku kat bawah, huhu, x tahu lak dia dah ada kat bawah. Aku pun turun n masuk dalam kereta, masuk2 tengok dalam kereta tuh ada shahril, abg chik and sorg lagi ni aku x kenal. Muslimah. Aku pun wat tak tahu jela dengan muslimah sorang ni. Sampai je library, aku tanye abg chik, “dak muamalat ke ni?”, abg chik pun jawab, “xada lah, dak enterpenurship” huh. Tekejut aku, gaya macam budak muamalat. Huhu.. teruskan study group, bagi tugas masing2, aku dapat bab 7- 13. Abes baca, kena bentang. Pokpek pok pek, pukul 11 dah jam, x dan nk abes kan sampai chapter last, 2 chaoter je dan..huhu.. tekejut abg chik ajak pergi makan, x penah makan tengah malam macam 2 selama duk UUM ni, dari sini la aku belajar makan ditengah malam. huhuhu. Baliknya, aku pun belek sekejap buku Fiqh muamalat sampai aku tertido. Fuh,seakan akan merasai nikmat malam pertama. Aku merasakan tidur bersama buku dan nota Fiqh Muamalat, semalaman aku bersamanya, aku tidur bagaikan tidak menyedari, tapi Alhamdulillah, aku dapat bangun awal dan sempat menunaikan solat subuh berjamaah di surau, berbanding hari sebelumnya, aku bangun setelah ditelefon oleh mak, aduh bengang betol waktu tu dengan mak, dah bangun lambat pas 2 jeng3. Tuhan nak uji aku sehari sebelum peperiksaan bermula. Astaghfirullah hal azim. Pagi yang indah hari tu, aku melangkah dengan tenang ke bilik air untuk ambil wudhu` , aku sempatkan untuk solat sunat dua rakaat, kemudian terus ke surau menunaikan solat subuh. Aku mohon buat kali yang terakhir pada Allah, agar apa yang aku baca, apa yang aku faham, dan apa yang aku ingat itulah yang keluar dalam peperiksaan. Huh, menitis air mata seorang lelaki bernama zakwan ni. Sedih kalau Tuhan x nak beri petunjuk dalam dewan exam nanti.
Aku bersiap, n tepat jam 8pagi aku keluar bilik, aku cuba sempatkan untuk makan kat mall, tapi xsempat juga, hanya sempat untuk menambah nilai kredit telefon ku sahaja untuk telefon mak, sempat aku telefon mak depan dewan exam. Aku minta dia doakan aku n kirim salam pada semua akak n abang. Rindu pun ada kat rumah waktu tu, sebab semua balik, along, abg izan, kak uda, kak miza, semua ada kat rumah, aku jeles la, diorang dok rumah. Huh, aku lupakan sebab nk masuk dewan exam ni. Huhu. Di satu sudut berhadapan degan dewan, ada café DPP TM. Kat situ ada ramai budak imbas kembali pe yg dah pelajari, termasuk pasangan kekasih, yang tak sedar diri dah nk masuk dewan exam.huhu..(relek2, grau je kawan). Muhammad pun ada, nasrullah, wajdi , helmi, dan aku pun join la. Aku bukak fail aku, yang aku dah siapkan sebelum keluar daripada bilik tadi, mmg itu yang aku target keluar, tapi aku tak nak bagitahu org lain. Aku takut salah, nnty diorg salahkan aku. Lagipun itu gerak hati aku je, hati yang banyak buat maksiat ni, banyak buat dosa. Tengah2 aku baca, Muhammad datang. Dia cakap”weh sombong!!”pergh nirap tak nyirap kan aku, sabo2 zakwan, nak masuk dewan exam ni.aku pun balas”suke ati ko la mad, nk kata aku pe, mulut org mana boley tutup, cakap la pe ko nk cakap”huhu.pedas gak tuh, tediam dia, dia kata aku sombong sebab tadi aku Nampak dia time kuar daripada DPP, n terus bawak motor laju, aku nk kejar masa pergi ke mall (pentingkan diri gak aku ni..huhu)takpelah, lupakan. Muhammad memang macam 2.hehe. ok, jam dah nk pukul 8.30, ustaz nasri pun dah sampai, aku sedia masuk dewan ni. Langkah demi langkah ku iringkan dengan selawat ke atas baginda s.a.w. (pesan mak tu). Tiba di pintu dewan, shahril tunggu aku, adoi dalam hati aku kata, budak ni betul2 nk duduk sebelah aku, kacau la. Huhu. Takpe2, bia dia cari tempat, aku malas nak cari, ko nak duk sebelah aku, ko cari. Huhu. “Para pelajar diingatkan bahawa anda berda di dewan peperiksaan, sila patuhi undang2 yang termaktub dalam akta university kolej university.”huh, itu dia dah bagitahu awal2, aku pun ikut peraturan dari awal pertama, matikan telefon bimbit anda dan letak diatas lantai, kedua, letakkan slip peperiksaan, kad matrik, kad pengenalan, n segala peralatan yang tidak perlu berada diatas meja, perlu diletakkan diatas lantai.huh, sempurna semua aku buat, jam pun dah dekat pukul 9. “Baik para pelajar boleh mula menjawab sekarang” aku pun buka kertas soalan dengan basmalah n bacaan ayat pertama dari surah al-fath….Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan tenang dan damai.Paling tidak kuduga, segala apa yang aku masukkan dalam fail itu tadi, terdapat dalam soalan itu, maknanya apa yang aku targert semuanya masuk, syukur tidak terhingga aku panjatkan.Mengalir air mata ku melihat kertas soalan itu, tak sangka Allah masih mahu beri aku peluang, walaupun aku ini banyak melakukan dosa kepadaNya, ALLAHUAKBAR!!.
"calon2 diminta meletakkan pen anda, kertas akan dikutip oleh pengawas peperiksaan"time ni, shahril dengan tidak teragak-agak untuk mendapatkan jaapan daripada aku yang aku beri semasa menjawab tadi.
Alhamdulillah, habes satu paper, tergerak dalam hati aku untuk pulang kerumah, tapi masih 50/50. tidak ketahuan lagi. rindu sangat terasa kepada rumah. Petang itu, aku merasa sakit hati dengan seseorang ni, dia memang selalu buat aku saket aty, kali ini aku tekad untuk pulang, mungkin dengan pulang kerumah aku dapat melegakan penyakit hati aku ini. Terus aku mencari tiket, alhamdulillah, ada tiket ke Kluang malam tu juga, dan aku pun pulang. Aku berasa lega berada di kampung halaman, tenang dan damai. Selama 4 hari lebih kurang aku di rumah.
Paper kedua(pengantar Pengurusan BPMN 1013)
Aku sebenarnya sudah mengulangkaji pengurusan ini bersama rakan - rakan perkim di library, tetapi, tidak menghabiskannya. atleast aku tidak berasa berat la untuk study sendiri..
alhamdulillah, dapat kuhabiskan baca satu buku tu, dan menjawab dengan tenang walaupun hati ini kesakitan akibat daripada kecelakaan yang menimpa motor ku, aku bersabar dan redha apa yang terjadi, inilah yang dikatakan ujian dalam ujian. aku terima YaAllah.aku anggapkan ianya sebagai satu kafarah untuk dosa-dosa ku yang lalu dan yang akan datang.
Paper Ketiga (Kenegaraan Malaysia SADN 1033)
Pada awalnya paper ini sepatutnya dijalankan pada 1 hb mei, tetapi perlu diawalkan atas sebab hari pekerja 1 hb mei itu dan merupakan cuti umum. tapi x mengapa, aku terus study, aku hanya mengharakan pada soalan2 lepas, malam sebelum exam tu baru aku baca dan buat sampai terpaksa meminta soalan abg chik n azi.terimakasih ya..hehehe...alhamdulillah, banyak juga soalan yang aku buat itu keluar. gembira rasanya.
Paper Keempat( Pengatar Statistik SQQS 1013)
Paper kira-kira, macam macam latihan aku buat untuk memahirkan dalam peperiksaan nanti, study group pn ada bersama kak asma`. kak asma` banyak bantu aku dalam memahamkan statistik ini. Terima Kasih Kak Asma`.tp malang nya soalan tidak dijangka susah begitu, banyak juga yang aku tidak dapat kujawab. sedih rasanya jadi begitu.
Paper Kelima(Pengantar Pemasaran BPMM 1013)
Ini satu lagi paper yang aku hanya bergantung pada soalan, aku hanya buat soalan tutorial sahaja, dan soalan lepas tidak kubuat, kerana aku mengikut kata-kata cikgu izzah dia hanya buat soalan dah boleh A, dan aku cuba mengikuti langkah itu, alhamdulillah, aku dapat gambran dalam menjawab soalan peperiksaan itu. syukur alhamdulillah.
Paper KeEnam (Bahasa Arab untuk Muamalat-BPLS3103)
Alhamdulillah, sampai keakhirnya aku menduduki peperiksaan untuk semester ini, dan aku sanagat yakin bahawa paper ini sangat mudah dan juga rakan-rakan yang sentiasa meyakinkan aku, namun aku tdiak berhenti untuk mengahafal dan membaca semua bab walaupun sedikit. tetapi malangnya soalan sangat susah, dan markah terlalu tinggi untuk satu soalan yang pendek itu, namun aku jawab je ape yang aku tahu, alhamdulillah..
sekarang hanya tinggal doa dan tawakal sahaja kepada Allah s.w.t. selawat dan salam kepada baginda. mudah-mudahan segala usaha aku selama ini menjadi kenyataan yang hebat dan mendapat keredhaan yang paling penting. ..
Terima kasih semua..:)
1 comments:
asalamualaikum..boleh saya tau saudara course apa?
Post a Comment