Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, March 28, 2010

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

P/S:Terima kasih kepada sahabat ku kasmah yang menghantar email ini kepadaku untuk aku sampai-sampaikan kepada yang lain. Dengan cari ini insyaAllah,ratusan manusia akan dapat membaca nya, insyaAllah mengamalkan nya sekali dalam kehidupan seharian seta mengingati Allah lebih daripada kita mengingati manusia yang tiada kuasa mengubah atau menentukan sesuatu keadaan sekalipun ia berjanji akan melakukannya, ingatlah janji Allah itu pasti, syurga Allah itu benar usaha la diri kita sama-sama untuk kita berada di taman Syurga yang penuh indah satu hari nanti...aminnn...barakallahufik....

Hadiah Menurut Islam

PENGERTIAN HADIAH SECARA BAHASA DAN ISTILAH

Pengertian Hadiah Secara Bahasa

Al-Fayyumi dalam al-Mishbahul Munir berkata, “Hadaytu (aku berikan atau aku hadiahkan) pengantin wanita itu kepada suaminya, maka pengantin wanita itu disebut ‘Hadiyy’ dan ‘Hadiyyah’. Jika dijadikan kalimat pasif maka dikatakan, ‘Hudiyat’ (dia diberikan, dihadiahkan) maka wanita itu disebut ‘Mahdiyyah’. Dan perkataan ‘Ahdaytuha’ (aku menghadiahkannya) dengan alif, adalah bahasanya Qais Ailan. Maka wanita itu disebut ‘Muhdaah’… Sedangkan perkataan ‘Ahdaytu lirrojul’ – juga dengan alif – maknanya aku mengirimkannya kepada dia untuk memuliakan, maka disebut ‘Hadiyyah’ dengan ditasydidkan (huruf “yaa”) bukan yang lain.” [Lihat al-Mishbahul Munir, pada unsur kata Haa-Daa-Yaa]

Pengertian Hadiah Menurut Istilah

Hadiah adalah pemberian dengan niat mendekatkan diri kepada seseorang dan menzahirkan kasih sayang kita kepada penerima sama ada dalam hubungan persahabatan, hubungan suami isteri, hubungan antara ayah dan anaknya semua nya itu dapat menjalinkan kasih sayang sekiranya kita memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan dan juga kasih sayang kita kepadanya.

Daripada pengertian tersebut dapatlah kita ingat sama-sama bahawa tidak ada perasaan malu untuk menzahirkan kasih sayang tersebut. Sememangnya didalam hadis nabi S.A.W. menyebutkan bahawa malu itu sebahagian daripada iman, tetapi dalam proses menhalinkan hubungan kasih sayang tidak perlu ada perasaan malu, jika tidak hubungan kita sesame muslim sukar untuk terjalin. Seperti mana yang disabdakan oleh baginda S.A.W. dalam hadisnya

تَهَادَوْا تَحَبُّوْا

Saling memberi hadiahlah kalian niscaya kalian saling mencintai

(HR al-Bukhari, al-Baihaqi dan Abu Ya‘la)

Dalil Hadiah Dalam Syariat

1. Al-Qur’an :

· Telah ada disebutkan hadiah dalam al-Qur`an al-Karim dalam surah an-Naml di ceritakan kisah Sulaiman – alaihissalam – bersama Ratu Saba, Bilqis. Sebagaimana dalam firman-Nya,

وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ

Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.” (an-Naml: 35)

Nabi Sulaiman – alaihissalam – enggan menerima hadiah tersebut dan memerintahkan untuk mengembalikannya karena beliau merasa bahwa Ratu Saba mengirimkan hadiah itu untuk memujuk beliau agar pergi menyingkir darinya dan kaumnya. Allah berfirman tentang perkataan Sulaiman,

ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لا قِبَلَ لَهُمْ بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُمْ مِنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ

Kembalilah kepada mereka sungguh kami akan mendatangi mereka dengan balatentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina.” (an-Naml: 37)

Dan nampaknya, Nabi Sulaiman – semoga selawat dan salam tetap tercurah kepada beliau dan kepada Nabi kita – akan menerima hadiah itu jika tidak ada unsur tawar-menawar dan pujuk rayu. Al-Qurthubi dalam tafsirnya (13/132) berkata, “Dahulu Nabi S.A.W. menerima hadiah dan memberi pahala atasnya. Begitu pula Sulaiman dan seluruh para Nabi – A.S.

.

· Surah An-Nisa’ ayat 4 : “dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya.”

Selepas mas kahwin diserahkan – wajib – kepada para isteri, lalu isteri-isteri itu ‘memberi’ kembali dengan rela hati, maka pemberian itu bolehlah dimakankan dan halal bagi suami mengguna-pakai pemberian isteri-isteri itu.

2. Hadis :

· “Wahai wanita muslimat, jangan memandang hina seorang jiran akan pemberian seorang jiran yang lain, walau pun pemberian itu hanya ‘firsina syat’.” – al-Bukhori dan Muslim. ‘Firsina syat’ iaitu kaki kambing yang tidak berdaging.”
Banyak hadis yang menyebut tentang hibah ini, antaranya ialah : “Kalaulah aku (Rasulullah s.a.w.) dijemput ke jamuan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menyahutnya. Dan kalaulah aku dihadiahkan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menerimanya.” – al-Bukhori.(5)

· Hadits Anas – rodhiyallohu ‘anhu – dalam ash-Shahih, “Bahwa ada seorang perempuan Yahudi yang memberi hadiah kepada Rasulullah – shollallohu ‘alaihi wa sallam – berupa daging kambing yang beracun.” (Muttafaq ‘alaih)

· Hadits Aisyah – rodhiyallohu ‘anha – dalam ash-Shahih juga, “Bahwa Barirah memberi hadiah berupa daging kepada Aisyah.” (Muttafaq ‘alaih)

· Dan dari Aisyah – rodhiyallohu ‘anha – berkata, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki dua tetangga, maka kepada yang manakah aku memberi hadiah? Beliau menjawab, “Kepada yang paling dekat pintunya.” (Riwayat al-Bukhari)

3. Ijma’ : Sesungguhnya telah sepakat ahli feqah Islam pada setiap zaman ke atas galakan melakukan hibah/ ‘memberi’ dengan segala jenis pemberian lantaran ianya adalah pintu kerjasama dalam kebajikan yang allah sarankan dalam al-Qur’an (lihat al-Qur’an : surah al-Maaidah/ 2)

Tuesday, March 16, 2010

sahabat!!!!


class mate yg tak tentu arah....


time kat museum pun ley snap......

Setahun sudah aku mencari dimana hilangnya nilai persahabatan dalam kehidupan ku yang penuh dengan liku-liku ini.

Aku mencari, dimana Teman seperti mana aku berada di sekolah yan kucintai, yang punyai padanya ketenangan,kebahagian, kecintaan pada Mu ya Robbi yang dapat berikan ku keinsafan atas kesilapan yang aku lakukan selama ini..

aku mencuba dan terus mencuba menghidupkan suasana seperti itu Di UNIVERSTITI UTARA MALAYSIA ini...tetapi...seringkali aku mencuba,seringkali juga ianya gagal. Hampir aku bergaduh dengan mereka yang cuba mahu hidupkan suasana itu,tapi tidak sepenuhnya. Sanggup mereka mengatakan bahawa Orang yang dah peluk agama islam jangan dipaksa-paksa.macam mana lak kalau orang islam sendiri tak solat, kita nak biarkan mereka masuk neraka?Itu semua tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim lebih-lebih lagi sekiranya kita punyai jawatan ataupun amanah untuk membimbing rakan-rakan kita ke jalan yang lurus. Kita bermula dengan lagkah yang awal, sedikit demi sedikit...
sahabat ketika susah dan senang....

Dan sekarang aku ingin mencari sahabat yang betul-betul boleh bimbing aku...bawak aku kejalan yang lurus, dapat tegur dimana salah silap aku sepertimana aku berada di MAAHAD JOHOR setahun yang lalu..

uhibbuka ya MAAHADI

Aku rindukan kamu wahai pejuang-pejuang islam...Aku doakan kamu semua berjaya di bumi Anbiya` sana....selamat menempuh cabaran yang mendatang....cinta dan kasihku pada mu hanya pada Mu yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..

Wednesday, March 10, 2010

Malam Pertama

malam pertama kita Satu hal sebagai bahan renungan Kita... Tuk merenungkan indahnya malam pertama Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan Mandipun...harus dimandikan Seluruh badan Kita terbuka.... Tak ada sehelai benangpun menutupinya. . Tak ada sedikitpun rasa malu... Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok Kita.... Itulah jasad Kita waktu itu Setelah dimandikan.. , Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih Kain itu ...jarang orang memakainya.. Karena sangat terkenal bernama Kafan Wangian ditaburkan kebaju Kita... Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita Keranda pelaminan... langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian... Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir Akad nikahnya bacaan talkin.... Berwalikan liang lahat.. Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan Dan akhirnya.... tiba masa pengantin.. Menunggu dan ditinggal sendirian, Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan Malam pertama yang indah atau meresahkan.. Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah telah pergi..... Sang Malaikat lalu bertanya. Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur... Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur..... Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.... Astaghfirullah. .. Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju ke ''Malam Pertama Kita''

Sunday, March 7, 2010

Pohon hijau Itu...


Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

Wednesday, March 3, 2010

CINTA AGUNGKU....




Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Benarkah ini Ya Allah!!

BENARKAH INI YANG TERJADI PADAKU,

KENAPA INI YANG TERJADI,

APAKAH HIKMAH DISEBALIK INI YA ALLAH…

AKU BERTANYA BERTALU-TALU PERSOALAN ITU PADA DIRIKU..

AKU SUDAH TIDAK MAMPU UNTUK BERDIRI LAGI..

TIDAK MAMPU UNTUK BERFIKIR..

DENDAM DIHATIKU MAKIN MENGGUNUNG TINGGI..

AIR MATA YANG KUTAHAN SELAMA INI HAMPIR TERTUMPAH DIPIPIKU..

DISAAT ITU,

AKU CUBA MENCARI PENAWAR UNTUK HATIKU INI..

KESAKITAN YANG KU TANGGUNG SUDAH TIDAK TERTAHAN LAGI..

AKU SUDAH CUBA MENGUBATI LUKA INI..

TAPI KENAPA JUA BELUM SEMBUH..

DAN DISAAT AKU HAMPIR TERSUNGKUR ITULAH,

AKU MENDAPAT RASA KASIH SAYANG MU YA ALLAH..

KAU MENGHANTAR SEORANG INSAN YANG TIDAK KUKENALI HATINYA..

KAU BUKAKAN HATIKU UNTUK MELUAHKAN SEGALANYA PADANYA..

LALU KAU MEMBERIKAN DIA ILHAM UNTUK MEMUJUKKU

DAN MELALUINYALAH KAU BERIKAN PENAWAR PADAKU..

HATIKU YANG SAKIT TERUS SEMBUH SEPERTI BIASA..

SEPERTI TIADA APA YANG PERNAH MENYAKITIKU..

SUNGGUH MUJARAB UBATMU ITU YA ALLAH..

DAN SEGALA PERSOALAN DULU KINI TERJAWAB..

TERIMA KASIH YA ALLAH..

KAU MEMBERIKAN AKU KEINSAFAN..