Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Wednesday, April 20, 2011

10 Amalan Dimurahkan Rezeki

1-Mengabdikan diri untuk ALLAH S.W.T

tidak mensia-siakan pengabdian diri hambanNya seperti firmanya.”Wahai Anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukkan dan Aku tidak menutup.

(Riwayat Ahmad Tirmizi,Ibnu Majah dan al-hakim dari Abu Hurairah)

2.Memperbanyykan istighfar.

Sabda Nabi S.A.W “Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka ALLAH S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya,meyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka.”

(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa’i Ibnu Majjah dan al-hakim dari Abdullah bin Abas r.a)

3.Sentiasa Mengingati ALLAH

Firman ALLAH S.W.T,”Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH.Ingatlah hanya dgn mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.

(Surah Ar-Radi ayat 20 )

4.Mendoakan Ibu Bapa.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda.”Mendoakan Ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (ALLAH) kepadanya.

(Riwayat Al-Hakim dan ad-Dailani)

5.Menjalin Silaturahim.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda.”Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya.”

(Riwayat Bukahari)

6.Melazimi Kekal Berwudhu’.

Seorang arab desa menemui Rasullah S.A.W dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh ALLAH S.W.T.Lalu Rasullah S.A.W bersabda,”Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas) nescaya ALLAH akan menurunkan rezeki.\

(Diriwayatkan dariada Sayidina Khalid AL-Walid)

7.Bersedekah

Setelah mengundang rahmat ALLAH dan menjadi sebab ALLAH S.W.T membuka pintu seseorang itu.Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada Zubai bin AL-Awwa,.”Hai Zubair,ketahuilah bahawa kuci rezeki hamba itu ditentang arasy,yg dikirim oleh ALLAH azza wajalla kpd setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yg membanyakkan baginya.Dan siapa yg menyedikitkan,nescaya ALLAH menyedikitkan bagimya.

(Riwatat ad-Daraquthmi dari Anas R.A)

8.Mengamalkan Solat Dhuha

Amalan solah dhuha yg dibuat waktu orang sedang sibuk dengan dengan urusan dunia(aktiviti harian)n juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman ALLAH S.W.T,”Wahai anak adam,jangan sekali-kali engkau malas mejerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(SOLAT DHUHA0,nanti pasti akan cukupkan keperluanmu pada setiap harinya.”

(Riwayat Al-Hakim dan Tharbani)

9.Bersyukur kepada ALLAH.Syukur ertinya megakui segala pemberian dan nikmat ALLAH S.W.T.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yg ALLAH berikan.ALLAH S.W.T berfirman,”Demi Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur Aku tambahi nikmatKu kepadamu,dan demi sesungguhnya jika sesungguhmya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras.”

(Surah Ibrahim ayat 7).

10.Bertawakal.

NabI Muhammad S.A.W bersabda,”Seandainya kamu bertawakal kepda ALLAH dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu Pada hari lapar dan dan petang hari telah kenyang.

(Riwayat Ahmadmat-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar al-Khattab r.a)

Monday, April 4, 2011


Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit”. (Riwayat Tabrani).

“Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih”. Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani).

“Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT,“Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah”. (surah al-Baqarah : Ayat 165).

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil (musafir di jalan Allah) dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah. Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir kerana dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila suara azan dilaungkan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:

“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” (Ibnu Qayyim al-Jauziah).

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Ramai yang mengaku mencintai Allah dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya si gadis itu akan lemah, lesu, sedíh, kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, si suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justeru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia. Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah :

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu”. (Imam Nawawi).

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahawa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.

Dan Allah tidak akan mengsia-siakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya. Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah seperti qiyamullail, puasa sunat, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, InsyaAllah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.

Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia kerana ia mengundang azab Allah. Antara kekuatan kasih sayang adalah :

  1. Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat.
  2. Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia.
  3. Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia.
  4. Suburkan kasih sayang sesama manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah

Sunday, April 3, 2011

satu aManah...

Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”