Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Wednesday, January 27, 2010

MANUSIA????

Tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini adalah untuk menjadi penakluk dan pentadbir bumi ini dengan cara yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t.

Mengapa dikatakan begitu??di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut dimana Malaikat bertanya kepada ALLAH s.w.t. yang deceritakan dalam surah al-Baqarah ayat 30 yan bermaksud

"dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,Aku hendak menjadikan
khalifah di bumi.Mereka berkata, apakah Engkau hendak menjadikan
orang yang rosak dan menumpahkan darah disana,sedangkan kami bertasbih memuji Mu
dan menyucikan nama Mu?Dia berfirman , sungguh Aku tahu mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui"

Jelas dalam ayat ini manusia diciptakan sebagai khalifah atau dalam kata lain nya disebut pemimpin diatas muka bumi ini.Sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah.Adakah kita hanya sekadar islam hanya pada nama tetapi tidak melakukan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t.???bersamalah kita muhasabah diri kita tahap keimanan kita berada pada tahap yang mana.Saya tidak mahu memperbesarkan mana-mana pihak dan tidak pula memperkecilkan pihak tertentu, saya mahu bawa kita semua yang mana kita semua sama diciptakan oleh Allah diatas muka bumi ini sebagai khalifah..

Ingatlah ayat Al-quran daripada surah al-Imran ayat 110 yang bermaksud:

"kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan
untuk manusia kerana kamu menyuruh kepada kebaikan
dan melarang daripada keburukan
dan beriman kepada Allah s.w.t."

Allah sendiri berfirman bahawa kita umat nabi MUHAMMAD s.a.w. adalah umat yang terbaik jika kita mengikut apa yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan apa yang dilarang oleh NYA..dan seterusnya kita kembali beriman kepada Allah s.w.t.


Sunday, January 24, 2010

Sakit Hati, Tulang sendiri


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding
dengan akibat yang akan diterima?

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH

Saturday, January 23, 2010

PERMATA YANG DICARI!!!

Lagu ni sebenarnya mengingatkan kisah pertemuan saya dengan sahabat saya, dan persahabatan kami semakin erat sehingga sekarang. Lagu ini juga terkandung doa yang boleh diamalkan jika kita punyai teman yang ingin mencari teman hidup. Berdoalah, Allah berfirman dalam al quran

"berdoalah kepada Ku,nescaya akan Aku terima doa
hamba-hambaku"

video

Semoga permata yang dijumpai ini menjadi penawar dihati dan penyejuk dimata ketika senang,susah, kaya miskin ia tetap bersama dalam redha Allah...
aminnn....

Tuesday, January 19, 2010

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Petikan daripada Iluv islam:

Nilaian solat kita pada tahap mana??sama-samalah kita merenung...

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.





Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.



Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...

Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain..

Saturday, January 16, 2010

CUKUPLAH DIA




Di saat aku memerlukan perlindungan,

Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.

Friday, January 15, 2010

Universiti adalah platform terakhir kita untuk mengumpul pengalaman

Perjalanan hidup kita sebenarnya tidak pernah berakhir selagi kita belum di masukkan kedalam liang lahad. Setiap check point yang kita lalui akan di perhitung oleh Allah S.W.T. Dari kita berada lahir sehinggalah kita menutupkan mata. Dalam perjalan yang kita lalui diDunia yang Fana` ni,macam-macam yang perlu dan harus kita lakukan dan ianya terbahagi kepada 2
waktu dalam kelas.....




muslimin yang berjaya..aminnn...



Perjalanan hidup kita sebenarnya tidak pernah berakhir selagi kita belum di masukkan kedalam liang lahad. Setiap check point yang kita lalui akan di perhitung oleh Allah S.W.T. Dari kita berada lahir sehinggalah kita menutupkan mata. Dalam perjalan yang kita lalui diDunia yang Fana` ni,macam-macam yang perlu dan harus kita lakukan dan ianya terbahagi kepada 2.

apa dia??fardhu ain dan fardhu kifayah....
Fardhu ain adalah sebagai dasar kita sebagai umat islam yang wajib kita amalkan tidak kira peringkat umur usia, keturunan, pendidikan, pangkat darjat, dan semua nya sama telah Allah sediakan modul yang lengkap untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita bermula daripada terjaga nya kita daripada tidor sehinggalah kita melelapkan mata (daripada pagi hingga malam).
Modul ini telah tertulis didalam Al-quran dan diperincikan lagi dengan adanya Sunnah nabi muhammad S.A.W kemudian diikuti dengan ijmak dan ijtihad para sahabat serta ulama` setelah kewafatan baginda. Didalam modul ini terkandung suruhan dan larangan yang Allah tetapkan kepada kita sebagai umat islam. Sesiapa yang telah di isytiharkan sebagai seorang islam, maka wajib baginya untuk mengamalkan modul ini sama ada dari segi suruhan dan laranganNYA.
Akan tetapi,ramai yang kita lihat sekarang ini ramai umat islam tidak sedar dan tidak mengamalkan apa yang ada didalam modul ini. Apakah mereka itu islam hanya pada nama, atau islam hanya pada keturunan, melakukan apa yang ditegah dan meninggalkan apa yang disuruh???sama-sama lah kita muhasabah diri kita samaada kita sudah lengkap mengamalkan semua ini atau melakukannya tetapi cukup-cukup makan, tiada peningkatan dan penambahan apatah lagi.
ana bukan mahu cakap besar, tetapi ana ingin cuba perbaiki diri ana sendiri ini dan ingin membawa sahabat-sahabat sekalian pada jalan Tuhan,jauh dari kesesatan dan kemungkaran.



Kemudian yang kedua pula adalah fardhu kifayah yang mana ianya difardhukan kepada umat islam yang mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang itu melakukannya bagi menyelamatkan umat islam yang lain. Sebagai contoh diri saya sendiri, dipertanggungjawankan untuk mempelajari bidang muamalat dan menggerakkan kelab pentadbiran muamalat di UUM ini. Ini semua satu kewajipan yang wajib saya lakukan bagi menjaga umat islam yang lain amnya dan yang paling diutamakan adalah pelajar muamalat sendiri supaya mereka tidak lari daripada landasan yang telah diberikan.Saya semakin sibuk pada semester ini bagi menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada saya.

Projek dan program yang perlu saya jalankan pada semester melibatkan Kelab Muamalat sendiri dan ada juga yang melibatkan Kerohanian DPP ,Kelab Perkim dan ada juga saya membantu Rakan Masjid. Antara projek nya adalah:
  1. Kuliah Mingguan DPP-bulan februari
  2. Delegasi Ilmu Timur Tengah 6-cuti akhir semester
  3. Solat hajat dan bacaan yassin-sebelum exam final
  4. Lawatan daripada PERKIM KUIS -paling terdekat 17hb
  5. AGM PERKIM UUM-
  6. Lawatan kerumah Orang-orang tua
  7. Semua perjalanan aktiviti Kelab Muamalat(dapatkan dalam blog kelab-www.kelabmuamalat.blogspot.com)
Mudah-mudahan apa yang telah dirancang dapat dijalankan dengan mudah serta mendapat keberkatan daripada ALLAH. Semoga setiap jihad yang kita lakukan beroleh hasil yang tidak kita sangka-sangka pada satu hari nanti.
Semoga setiap yang saya lakukan ini beroleh pengalaman yang sangat bermakna buat saya unutk meneruskan hidup dalam bidang pekerjaan pada satu hari nanti.Gunakanlah paltform terakhir ini untuk kita mengumpul sejuta kenangan dan pengalaman dan bukan sahaja hanaya sebagai medan menuntut ilmu semata tetapi banyak yang kita boleh kumpulkan di IPT ini. Disisni juga boleh terjadi bermulanya episod percintaan bagi membina sebuah masjid yang indah tetapi haruslah kita hiasinya dengan keimanan dan keikhlasan kepada Allah s.w.t. untuk mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai pelajar MUSLIM....

Monday, January 11, 2010

MAQASID SYARIAH

Kelas kenegaraan hari ini sepatutnya berjalan seperti biasa, tetapi prof tak berape sihat, jadi prof masuk struktur semula group assigment, then boleh keluar. balek daripada kelas aku terus pergi library (PSB) cari bahan untuk assigment kenegaraan. Ouh tidak, aku dah lupa macam mana cara nak cari buku..huhuhu.(dah lama x masuk PSB ni).last2 jumpa jugak bahan yang aku nak cari, tapi nak tau satu benda, tulisan dia memang kuno betol pasal alam melayu, buku nya pown dah teruk sangat.kertas tu boleh koyak bila gune dengan ganas..tak pe la, potostat je , janji ada bahan..

Keluar daripada PSB, pergi kelas terus. Lupa pulak kelas kat mana, naseb baek ada jumpe classmate,jalan sekali dengan dia..jumpa la kelas..ni nak cerita ni,Ustaz masih lagi tak berape sihat..
hurmmm....aku pown kadang-kadang terlelap dalam kelas, waktu perdana untuk tidor kan...tapi aku cuba gak bangkit,tahan dari lelap. dah la nota x der. Aku dapat tangkap satu benda yang ustaz cakap, iaitu maqasid syariah.

apa dia maqasid syariah.??dulu dalam TAPI dah ada belajar dalam TITAS pun dah ada belajar,tapi aku lupa...ish3,susah betulla,semua nak lupa.Maqasid Syariah terbahagi kepada 3 daruriyyah,hajiyyah dan tahsiniyyah..ingat tu sampai ble2..paling smart adalah tahsiniyyah...
tapi aku setakat hajiyyah je..alhamdulillah masih cukup lagi untuk makan dan minum.

overall,kelas hari ni memang x berapa nak busy sangat..terima kasih semua..maaf banyak2..

Sunday, January 10, 2010

Kursus semester 2

Alhamdulillah, sekarang masuk pada minggu ke 3 aku berada dalam semester 2. Sepanajang kelas yang aku lalui tidak ada beban bagiku tidak kira la mengenai pensyarah, classmate, dan waktu. Ada juga kadang-kadang aku lewat kekelas, itupun sebab cari air nak mandi pagi, teruk betul la kena cari air. Mulanya nak cerita pasal kursus-kursus yang kuambil semester ini. hmm...agak berat kursus untuk semester ini, 3 subjek fully in english. mudah-mudahan tak menjadi kepayahan dalam diriku,dan aku dapat memperbaiki english aku yang masih terkontang-kanting lagi..

Fisrt class hari ahad start jam 11,sama macam hari rabu. Pensyarah kelas ini memang best. Sebab apa dia best? Sebab dia banyak pengalaman dalam menulis sesuaila dengan subjek yang diajarnya itu. Dia kata Kenegaraan Malaysia bukan belajar sejarah, tapi kita belajar seiring dan kemudian dikaitkan dengan sejarah. Subjek ini senang, tapi ramai student tak boleh dapat A.. Bimbangnya aku kalau tak dapat A.tapi Aku cuba juga dapatkan A dalam subjek ini, sebab satu-satunya subjek paling senang antara 6 subjek yang aku ambil..

Selepas kelas tadi aku berehat sebentar, dalam 1 jam setengah kemudian disambung kembali degan kelas fiqh muamalat. oh,jam 2 petang memang waktu untuk tidor.. Tapi aku ambil inisiatif supaya tidak makan banyak sebelum masuk kelas. Balik daripada kelas baru makan kat subaidah lagi tu aku makan. Kelas ini agak menarik, sebab pensyarahnya adalah dalam kalangan student juga bermakna semua student perlu present semua tajuk-tajuk dalam fiqh muamalat, mujurlah aku kena akhir sekali,tapi last-last ni la yang payah, takut tak terbuat je..Fully in islamic concept, dari kedudukan dalam kelas sampai perisisan yang disampaikan oleh pensyarah.

Hari isnin pula kelas bermula jam 9.30, ini yang kena datang awal selalu sebab siapa lambat memang top la. siapa nak top datangla lambat selalu dalam kelas. Kelas Marketing, slide english, buku englih, bahasa pengantar Melayu. Macam apa dah. alhamdulillah dapat pensyarah sporting, boleh bertimbang rasa sikit. tapi assigment dia tak bagi lagi. tak ada kot..midterm ada 2 kali. aduh,kena struggle ni.. Subjek killer..memang kena skor.

Jam 2 pulak sambung kelas Bahasa Arab, simple je kelas ni, tapi jadi susah bila ada 2 orang foreigner masuk dalam kelas. Kacau betul la diorang ini. naseb aku ada basic arab sikit, tengok-tegok sillibus yang pensyarah tunjuk ada la sikit yang aku dah belajar time form 2 sampai form 4. jangan lupa sudah,sebab tu jangan ponteng kelas, rugi zakwan.

Habis kelas bahasa arab tadi aku kena lari pergi dkg 2/1 untuk kelas management pulak, tapi tak de la lari laju sangat, laju-laju pun pensyarah masuk lambat sebab dia ada kelas kat atas bukit. Kelas ni sama macam marketing tadi, slide,buku in english tapi bahasa pengantar malay. fokus zakwan dalam kelas ni, kalau tak susah kau nanti bila exam. Ingat apa yang lectrur cakap.
Buku sentiasa baca, jangan tinggal buku, slide, bila masuk kelas..bangun zakwan..walaupun kelas last untuk seminggu, bangkitkan semangat, subjek killer ni...

Satu-satunya kelas malam yang aku ambil untuk semester ini, statistic, mujurlah berteman, kalau tidak memang jarang pergi la kelas ni. Ni satu lagi subjek yang susah. naseb baek la ada sikit-sikit aku belajar dulu masa form 5 dalam math moden. adala kaitannya sikit-sikit..lectrur ajar dalam bahasa inggeris.exam dalam english,semua in english. harap-harap aku boleh buat A untuk subjek ni.

Itu sahajala kelas yang aku daftar untuk semester ini 6 subjek dan ada lagi satu kokurikulum setiap sabtu jam 2-4 petang,.Memang nampak pada awalnya macam susah, tapi jangan set dalam fikiran semua ini susah. Anggaplah senang bagi kamu, tapi jangan terlalu yakin, kalau terlalu yakin sangat pun tak jadi juga. Ingat!!!Dapatkan dean list untuk sem ni.Dan jangan lupa ada orang nak belanja pizza (kalau result lebih daripada dia)huhuhu,bestnya orang belanja.Paling penting sekali,keberkatan dari ALLAH itu perlu diutamakan, mulakan setiap pembelajaran dengan doa yang dah diajar dari sekolah dahulu, sepertimana yang diulang oleh Dr Nasri Naiimi, lidah kita,akal kita,kefahaman kita akan dipermudahkan sekiranya dibaca ayat ini.

Saturday, January 2, 2010

3.22 ujian ataupun nikmat???

Semester lalu iaitu semester satu aku belajar tak ada la bersungguuh-sungguh sangat. Sepanjang muhasabah yang aku lakukan setakat ini yang aku banyak lakukan adalah enjoy,main, join program, kacau orang, buat dosa apatah lagi. Tapi alhamdulillah sekarang aku pumyai pointer yang above 3.
Yang menjadi tanda tanya dalam diriku sekarang ini, adakah ini suatu nikmat ataupun ujian keatas ku,samada Allah nak uji aku supaya aku semakin jauh dariNya ataupun supaya aku semakin bersyukur kepada Nya.
Antara dua inilah yang Tuhan akan beri pada hambanya supaya lebih mendekatkan diri kepadaNya atau lebih jauh dari Nya..
Tetapi diriku sekarang ini dimana???kalau Tuhan ingin menguji aku sekalipun,aku tidak akan pernah putus asa, aku rela terima ujian Nya.kalau Tuhan memang ingin beri nikmat padaku aku bersyukur pada Nya.
Semoga dengan pointer yang kukecapi sekarang ini akan memberi semangat untuk terus meningkatkan prestasi akademik ku ini.

Kepada sahabat-sahabat yang kurang berpuas hati terhadapku kerana tak beri jawapan dalam exam, aku minta maaf banyak-banyak. Bukan aku tak mahu bagi, tetapi aku nak hasil daripada ujian ini berkat daripada Allah.Kalau nak minta aku bantu sekalipun luar daripada exam InsyaAllah.Janganlah bersedih sahabat,tingkatkan usaha kita sama-sama dalam semester ini.

KESABARAN MENGUJI KEIMANAN

Aku sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai asas agama islam yang mantap, dan aku dihantar pula ke sekolah agama untuk mendalami ilmu agama(terima kasih abah dan mak). Alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi dalam aliran agama walaupun dalam hati ini aku tak mahu sambung lagi bidang agama. Pernah ku katakan pada sahabatku aku tidak lagi mahu belajar dalam bidang agama,aku nak tukar bidang,tetapi sahabatku itu tetap dengan pendiriannya untuk sambung belajar ke Al-Azhar. Alhamdulillah berkat doa dia dan dia yakin untuk sambung pengajiannya ke sana, dia sekarang berada disana. Walaupun kita bejauhan tapi hubungan kita harap tidak akan putus sebagai sahabat. Aku yang dalam Negara ini walaupun berniat nak keluar dari bidang agama, tetapi ALLAH telah mentaqdirkan aku mengambil bidang agama dalam bahagian muamalat. Ada hikmahnya aku diletakkan oleh Tuhan dalam bidang ini. Syukur Alhamdulillah, ALLAH masih sayang kepada diriku ini walaupun dosa yang aku lakukan terhadapNYA sangat banyak,tetapi DIA masih sayang padaku. DIA tidak mahu aku terlalu menyimpang daripada agama islam. Tetapi sejauh mana aku bersyukur??? Mudah-mudahan perubahan yang aku lakukan sempena tahun baru hijrah ini mendapat keberkatan daripada-NYA dalam mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepadaku dan dalam memperaktikkan ilmu agama yang telah terdidik dalam diriku sejak lahir lagi,lebih-lebih lagi sekarang aku berada dalam bidang agama,yang akan membawa agama islam pada suatu hari nanti.Sebelum ini pernah juga aku cuba mengubah diri seseorang dari kurang baik kepada baik,tetapi gagal, munkin ada lagi kekurangan pada diriku ini yang patut aku baiki menjadi lebih matang. Dan aku tak boleh lupa ALLAH bersabda dalam Al-quran yang DIA tidak akan mengubah nasib diri seseorang itu yang dia sendiri yang mengubahnya. Selamat berubah diriku ini,semoga peruhan yang berlaku ini menjadikan aku dan agama aku menjadi lebih gemilang di dunia dan akhirat.