Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Wednesday, January 27, 2010

MANUSIA????

Tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini adalah untuk menjadi penakluk dan pentadbir bumi ini dengan cara yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t.

Mengapa dikatakan begitu??di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut dimana Malaikat bertanya kepada ALLAH s.w.t. yang deceritakan dalam surah al-Baqarah ayat 30 yan bermaksud

"dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,Aku hendak menjadikan
khalifah di bumi.Mereka berkata, apakah Engkau hendak menjadikan
orang yang rosak dan menumpahkan darah disana,sedangkan kami bertasbih memuji Mu
dan menyucikan nama Mu?Dia berfirman , sungguh Aku tahu mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui"

Jelas dalam ayat ini manusia diciptakan sebagai khalifah atau dalam kata lain nya disebut pemimpin diatas muka bumi ini.Sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah.Adakah kita hanya sekadar islam hanya pada nama tetapi tidak melakukan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t.???bersamalah kita muhasabah diri kita tahap keimanan kita berada pada tahap yang mana.Saya tidak mahu memperbesarkan mana-mana pihak dan tidak pula memperkecilkan pihak tertentu, saya mahu bawa kita semua yang mana kita semua sama diciptakan oleh Allah diatas muka bumi ini sebagai khalifah..

Ingatlah ayat Al-quran daripada surah al-Imran ayat 110 yang bermaksud:

"kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan
untuk manusia kerana kamu menyuruh kepada kebaikan
dan melarang daripada keburukan
dan beriman kepada Allah s.w.t."

Allah sendiri berfirman bahawa kita umat nabi MUHAMMAD s.a.w. adalah umat yang terbaik jika kita mengikut apa yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan apa yang dilarang oleh NYA..dan seterusnya kita kembali beriman kepada Allah s.w.t.


0 comments: