Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Thursday, December 16, 2010

De Baron Resort Langkawi




assalamualaikum w.b.t.

selawat dan salam keatas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Bersyukur kehadrat Tuhan Yang telah menciptakan kita serta menghidupkan kita supaya dapat menghirup udara di bumi ini. Lebih indah lagi kita dapat menghirup udara segar di tempat yangindah lagi permai. Sebagai contoh di sebuah pulau yang terletak didalam negeri Kedah Darul Aman. Ciptaan Tuhan yang sungguh cantik, lawa, indah dan sangat menarik dapat dilihat disini, dari pulau ini.Tempat percutian untuk keluarga paling sesuai disini. Kawasan ini memang dicipta dengan tujuan pelancongan. ramai pelancong dari dalam negara dan dari luar negara ada disini.

Jadi bagi sesiapa yang ingin datang kesini bolehla mencari satu hotel untuk menginap disini. Hotel De Baron resort milik bumiputera 99% ini sesuai untuk semua orang. Harganya juga berpatutan. Hotel yang tidak sampai setahun dibuka ini selesa untuk di inap.Berhadapan dengan pantai, 20 minit perjalanan daripada Jeti dengan berjalan kaki, bersebelahan dengan pekan rabu 10 minit berjalan kaki ke pekan kuah. Keselesaan untuk pengunjung yang datang kesini sangat terjamin dengan keadaan bilik yang luas mengikut kelasnya.

Air Botol de Baron

Begitulah keindahan pulau langkawi dan De Baron Resort...selamat berkunjung ke sini dan selamat menginap di De Baron Resort....

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 Hijrah

assalamualaikum w.b.t.

selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad s.a.w.

Bersyukur kehadrat Tuhan kerana memberi ruang kepada kita untuk melangkah ke tahun yang baru hijrah.

semoga dengan azam yang baru dapat menjadikan diri kita sebagai mukmin yang sentiasa taat perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.


Disamping itu marilah bersama kita kenang peristiwa seribu empat ratus tiga puluh dua yang lampau, peristiwa penghijrahan antara kaum muhajirin dan ansar dari kota mekah ke kota madinah.
Bersama-sama lah kita hayati makna penghijrahan yang sebenarnya, penghijrahan daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik.

selamat berhijrah duhai sahabatku sekalian...

.
mulakanlah doa ini sebagai permulaan hidup kita dalam tahun 1432 hijrah ini.

Hari terakhir dalam tahun 1431 hijrah


Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Tuhan yang telah menghidupkan diri kita dan member kita nafas untuk menghidunya pada saat yang terakhir dalam tahun yang ke 1431 hijrah ini.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sejauh mana amalan yang telah kita lakukan sepanjang tahun 1431 hijrah ini. Mudah-mudahan ianya diterima oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya DIA yang mengetahui segalanya setiap sesuatu yang berlaku. DIA yang menjadikan sesuatu itu hidup dan mati. DIA yang menciptakan ala mini. DIA pemilik sebenar alam ini dan kita sebagai makhluk dimuka bumi ini telah dilantik menjadi khalifah untuk mentadbir dan mengurus alam ini menerusi firmanNya yang bermaksud

“dan ingatlah kita Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “aku hendak menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini”

Tugas kita sebagai pemakmur muka bumi ini bukannya perosak muka bumi ini dengan perkara yang sia-sia, dengan melakukan maksiat, berkata nista, mefitnah diri orang lain, menuduh dan mengada-ngadakan cerita tentang keburukan orang lain sungguh amat rugi orang yang melakukan sedemikian. Dalam satu riwayat mengatakan bahawa orang yang paling miskin di Akhirat ialah mereka yang suka menfitnah diri orang lain. Hadis nabi s.a.w. menyebut bahawa.

“tanda orang munafik ada 3 iaitu apabila ia bercakap ia berbohong, apabila ia diberikan amanah ia khianat dan apabila ia berjanji ia mungkiri”

Sudah berapa banyak kita bercakap bohong dalam kehidupan seharian kita sepanjang tahun 1431 hijrah ini, berapa banyak amanah kita yang masih tidak tertunai lagi, dan berapa banyak janji kita yang kita mungkiri. Jagalah perkara-perkara yang tiga ini bagi mengelakkan diri kita daripada tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh baginda S.A.W. iaitu golongan munafik. Golongan munafik mengikut pembahasan hadis ini ialah mereka yang menjadi kayu api neraka yang tempatnya dibawah sekali daripada orang-orang kafir. Nauzdubillah, betapa berat dosa bagi orang yang munafik ini. Ampunilah dosa-dosaku ya Tuhan.

Pahala dan dosa bukan hak kita untuk menentukannya, terserah kepada Allah s.w.t. untuk menilai sejauh mana dan sebanyak mana pahala dan dosa yang kita dapat. Kita perlu ingat “kiraman katibiin” yang sentiasa ada dikiri dan kanan kita. Setiap amalan yang kita lakukan akan di catit olehnya tidak kira sama ada yang baik mahupun buruk. Menggunakan konsep inilah ilmu akaun yang ada sekarang ini berkembang yang menggunakan kaedah merekod setiap transaksi yang dilakukan. subhanAllah betapa luas ilmu Allah yang terdapat didalam Al-Quran sehinggakan ilmu akaun yang kita anggap daripada barat sebenarnya adalah ilmu Allah juga yang telah dipopularkan sarjana barat.

Ingatllah wahai sahabat sekalian, hidup didunia ini sebagai tempat persinggahan kita untuk kita mendapatkan pendapatan diakhirat nanti .“Addunia mazra`atul akhirat” dunia ladang untuk akhirat. Jangan kita menuggu umur lanjut atau apabila sudah berkahwin barulah kita ingin bertaubat. Ingat!ajal tidak mengira umur, bila-bila masa sahaja nyawa kita akan diambil oleh Allah s.w.t.

Peringatan ini untuk diri saya sendiri sebagai insane yang lemah dan tiada ada ilmu yang banyak tapi inigin dikongsikan bersama sahabat sekalian supaya kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian kita.

doa akhir tahun

Selamat akhir tahun 1431 hijrah. Semoga kita semua dapat untuk meluangkan masa membaca doa akhir tahun ini sebagai penutup amalan tahunan kita di tahun 1431 hijrah..

Wassalam..

Friday, November 26, 2010

JASA SEORANG AYAH.....

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim….

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Selawat dan salam keatas junjungan besar MUHAMMAD s.a.w.

Syukur kehadrat Tuhan kerana menganugerahkan kita sekali lagi nikmat untuk menghirup udara segar dimuka bumi ini dan nikmat untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih mempunyai keduanya.

Disini saya ada satu cerita yang ingin ku kongsikan untuk kita sama-sama ingat bahawa jasa seorang ayah dan penat lelah seorang ibu untuk membesarkan kita tidak pernah pudar walaupun sesusah mana mereka. Mereka tetap berusaha untuk menggembirakan kita.

Kisah nya bermula apabila seorang anak menelefon ibu nya yang tinggal berjauhan daripadanya. Sangat jauh mereka tinggal. Mungkin ini ujian untuk sang anak tersebut menghargai jasa ibu dan ayahnya.

Bermulalah dialog antara mereka:

Anak: Assalamualaikum

mak….

Emak: waalaikum salam…errr….(mak mengingat suara anak yang mana menelefonnya dan menyebut nama panggilan anaknya)…

Anak: ye mak (sang anak mengiyakan jawapan ibunya)..mak abah sihat?

Emak: Alhamdulillah, sihat sakit kaki je ni, mak kat farmasi ni beli ubat untuk sakit kaki.anak sihat?

Anak: Alhamdulillah…. Sihat… semalam mak pegi mana anak telefon mak x angkat?

Emak: ooh..mak tolong abah buat kerja sikit dekat luar 2…(dekat rumah jiran abang)

Anak: oh..patotla mak x angkat.

Emak: aah, mak tinggal telefon kat bakul motor x dengar bunyinya.. anak periksa 30 hari bulan kan?dah baca buku semua?anak buatla elok-elok periksa 2.

Anak: (terkelu lidah untuk menjawab kerana sang anak kekadang tidak sepenuh masa baca buku banyak masanya dihabiskan bersama rakan-rakan dan tidor) Dah mak baca, tp ni anak baru balik bilik. Kejap lagi anak bacala buku. Periksa 30hb ni bulat-bulat je mak.senang sikit..

Emak: ha, elok-elok la 2 jawab, baca buku sampai habes, jangan x habes baca buku, pas 2 masuk periksa, xboleh jawab anak nanti.

Anak: ea insyaAllah mak, anak baca abeskan nanti. Mak pegi farmasi dengan abah je ke?

Emak: tak adalah, mak dengan abang kamu ni. Abah ada dalam kereta tak boleh keluar. Abah x boleh jalan sangat dah ni. Jalan pun pakai kereta tolak tu.

Anak: ( anak terkejut apabila ibunya mengatakan begitu, sedangkan pada awalnya tadi ibu cuba merahsiakan perkara ini daripada anaknya) ha? Dah tak boleh jalan sangat dah?(dengan nada yang sebak anak mengeluarkan kata-kata)

Emak: haah..abah x kuat sangat dah jalan. Itu nak cuba ubat farmasi pulak ni..(nada ibu pun mula sebak)

Anak: (tidak mampu berkata apa-apa kerana terkejut, sedih dan macam-macam lagi yang menghantui fikiran si anak, segera ia beristighfar menyebut nama Tuhan)

Emak: taka apa lah, anak belajar la elok-elok ye.

Anak: ea, insyaAllah, anak doakan abah cepat sembuh. Kirim salam kat semua abah ngn abang.

Emak: insyaAllah…

Anak: assalamualaikum. ( anak tidak mampu berkata apa-apa lagi kerana terlalu sebak)

Emak: waalaikumsalam…….

Setelah telefon diputuskan, sang anak menangis tersak-esak sendirian . Kerinduan terhadap abahnya sangat mendalam. Hanya mampu baginya untuk mendoakannya. Teringat pesan seorang ustaznya, bahawa banyak-banyak la berbakti pada ayah kamu ketika mereka masih hidup nanti bila dia dah x ada kamu pasti akan merasai kerinduan itu.

Sang anak tidak mampu untu becerita pada sesiapa tentang hal ini kerana tiada seorang pun disisinya. Sang anak memohon kepada Tuhan agar menyembuhkan penyakit ayahnya yang sangat sakit itu.



Sahabat sekalian. Marilah kita sama-sama doakan agar ibu bapa kita sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera, disembuhkan daripada penyakit merbahaya, diselamatkan daripada api neraka, dan dijauhkan daripada azab kubur. Mudah-mudahan doa kita ini diperkenan Tuhan.

AYAH….

Ketika berjauhan masih kurasa…

Hangat kasih mu ayah…

Betapa kurindukan

Redup wajah mu hadir menemaniku

Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan

Bagaikan tiada……keresahan……..

Walau hatimu sering terluka

Tika diriku terlanjur kata

Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian

Tika ku dalam kedukaan

Kau mendakap penuh pengertian

Disaat ku kehampaan kau mengajar ku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihat ku Berjaya

Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa

Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat

Restu dan doa kau iringkan…

Tak dapat ku bayangkan hidupku ayah

Tanpa engkau disisi

Semua kasih sayang yang kau curahkan

Tersemat dihati……..

(LIRIK LAGU : aeman-ayah)

Ayahanda…..

HJ ABU @ HUSSIN BIN HJ RAHMAN…..

SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH…..

KU DOAKAN ABAH SENTIASA DALAM KEADAAN SIHAT WAL AFIAT….

WASALAM….

DARIPADA: HAMBA INSAN YANG LEMAH, TIADA ADA DAYA UNTUK MEMILIKI SESUATU MELAINKAN DENGAN PEMBERIANNYA………..

Thursday, November 25, 2010

Nilai sebuah Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur Alhamdulillah kupanjatkan kepada pemilik segala ketenangan, Pemilik segala apa yang ada dimuka bumi ini, pemilik sahabat yang kita milki didunia ini. Yang akan menganigerahkan kepada kita ketenangan bersama sahabat kita.

Selesai solat Isyak aku dirikan, sekelilingku penuh dengan suara rakan dan teman yang bertukar khabar, bertukar cerita, bertukar nasihat. Terlintas dalam hatiku indahnya hidup bersama sahabat yang saling mendengar khabar, cerita baru, nasihat serta peringatan kepada ku yang kadang-kadang terlupa. Lalu aku meneruskan langkahku mendekati rakan yang sibuk bercakap tentang apa yang aku tidak tahu dan aku ingin sangat mengetahuinya. Aku duduk dalam halaqAH yang dibuat oleh sahabat sebentar tadi. Banyak halaqah yang terdapat dalam masjid ini. Aku memilih halaqah sahabat yang paling aku kenal dan yang aku rapat. Ada juga dalam HALAQAH tersebut sahabat yang agak kurang hubungan denganku. akhirnya baru kutahu bahawa HALAQAH yang mereka buat adalah untuk membaca AL-Quran. Surah yang dipilih untuk dibaca adalah surah Al-Kahfi. Kerana malam mini malam jumaat dan banyak kelebihan bagi sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam ini.

Alhamdulillah selesai membaca secara tadarrus. Gembira rasa hati ini kerana dapat mempertemukan hatiku dengan sahabat sekalian walaupun tidak sedalamnya. Azam ku supaya dapat berjumpa dengan seorang sahabat. Kerana hatiku inginkan teman yang sentiasa berada disisiku. Tetapi tidak dapat kujumpai dalam HALAQAH sebentar tadi. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk Allah kurniakan pada ku. Aku redha dan sedia menantinya.

Pernah suatu masa dahulu diri ini sentiasa bersama seorang sahabat yang sangat dekat denganku, yang saling memberi peringatan kepada ku

Tempat aku berkongsi cerita dengan nya

Teman dikala kesepian

Penenang dikala kesedihan

Pengingat dikala kegembiraan

Namun kini kau jauh daripada ku

Kau pergi menjalankan tanggungjawabmu sebagai seorang pelajar

Aku redha dengan segala yang telah ditetukan olehNya untukmu

Ku doakan agar kau Berjaya mengecapi kejayaan yang kau impikan

Mudah-mudahan kau pulan dengan sejuta kenangan berulitkan kejayaan

Segenggam ijazah dari bumi anbiya`

Pesanku padamu agar tidak tinggal lama disana

Kerana aku amat merinduimu

Wednesday, November 24, 2010

Selangkah Ke Medan Juang.....

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat saya dan sahabat sekalian hidup diatas muka bumi Allah s.w.t. yang penuh indah dan penuh juga dengan pancaroba. Setiap yang hidup pasti akan merasai mat, begitulah KalamNya yang seringkali memberitahu bahawa setiap daripada kita pasti akan merasai kematian itu. Sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi kematian tersebut. Suka saya ingatkan sahabat sekalian dan juga untuk diri saya yang hina dhaif ini supaya tidak lupa melakukan amalan yang telah difardhukan kepada kita sebagai umat islam dan juga menambah serta meperbaiki amalan yang fardhu itu dengan melakukan perkara sampingan. Begitu juga diumpamakan sepertimana kita makan kita perlukan nasi tambah untuk mengenyangkan perot kita, kita belajar untuk menambah ilmu kita, samalah juga dengan diri kita. Semakin banyak kita melakukan kebaikan selagi itulah amalan dri kita dilipatgandakan.

Selang beberapa jam lagi, medan juang akan kutempuhinya. Dengan azam dan semangat yang tinggi serta Ilmu yang berbekal didada ini, aku akan melangkahkan kakiku kemedan juang. Doa dan tawakkal ku harapkan akan mengiringi aku, tidak kira daripada sahabat, keluarga mahupun pensyarahku kerana saat ini aku merasakan ketakutan yang sangat mendalam. Aku takutkan langkahku esok tidak diredhainya kerana banyak kemaksiatan yang telah aku lakukan sepanjang semester ini. Hanya DIA sahaja yang tahu.

Aku memohon keampunan daripadaMu ya Allah agar kau meredhai langkahku esok kedewan peperiksaan. Aku memohon keampunan daripada sahabat sekalian agar memaafkan salah dan silapku selama perkenalan kita, aku memohon keredhaan daripadamu sahabat.

Detik demi detik yang kulalui ini hanya disaksikan dengan air mata sahaja

Buku yang ku baca bertemankan air mata yang tidak pernah menghentikan alirannya

Air mata hati yang menangis memohon keampunan daripadaMu

Air mata hati yang menangis mengharapkan keredhaan daripadaMu

Degupan demi degupan jantung ku harapkan sentiasa mengingatiMu

Langkah demi lankah yang kulalui ku harapkan gugur dosa-dosaku

Setiap air wudhu` yang jatuh kuharapkan jatuhnya dosa-dosa kecilku

Dan

Yang kuharapkan daripada mu sahabat agar kau meredhai persahabatan kita ini

Kuharapkan kau tabah menghadapi ujian selama ini

Sepertimana aku tabah untuk menghadapinya

Mungkin engkau tidak kuat seperti aku

Tapi engkau kena belajar menjadi kuat keran engkau punyai DIA pemilik kekuatan itu

Setiap saat yang berlalu kurasakan kesunyian tanpamu sahabat

Dikau bersendirian menempuhi liku-liku kehidupan

Aku kenal siapa sahabat ku.

Orang yang dikala aku kesusahan dia yang membantu aku

Orang yang dimana aku kegembiraan dia bersamaku

Orang yang meletakkan sebuah harapan yang tinggi kepadaku

Sedang aku tidak terdaya untuk memikul harapan yang kau berikan itu

Terkadang-kadang aku terdaya untuk memikulnya tapi..

Apakandaya, diriku sendiri tidak kuat untuk memikulnya

Mungkin belum tiba masanya lagi duhai sahabatku……….

Kini aku serahkan segala ketentuan ini kepada Mu ya Rabbul Izzati

Aku pasrah dengan ketentuan yang Kau berikan kepada ku

Aku insan yang lemah

Tidak punyai daya untuk memujuk hati makhluk ciptaanMu.

Hanya pada MU keserahkan Cinta ini……

Begitu juga aku serahkan segala kehidupan ini kepadaMu. Aku hanya berhak mencoraknya, selebihnya Engkau sahajalah yang menetukannya.

Mudah-mudahan langkahku esok diberkati olehMu. Itu yang kuharapkan daripadaMu Tuhan Sang Pencipta Segala Kejadian.

Wassalam…….

Jenis Hukum Taklifi


1. Wajib

· Sesuatu yang dituntut oleh syarak kepada mukallaf untuk melakukan atas dasar tugas and pasti sepertimana penggunaan sighah tuntutan Thalab atau adanya hukuman jika meninggalkannya

v JENIS-JENIS WAJIB

a) Wajib dari sudut waktu

Ø Wajib mua`qqat- Diwajibkan pada waktu yang tertentu seperti solat 5 waktu

Ø Wajib Mutlak – Diwajibkan tetapi tidak ditetapkan waktunya seperti kaffarah sumpah.

I) Tunai-bila ikut syarat dan rukun.

II) I`adah-waktu yang tidak sempurna(ulang solat)

III) Qada`-diluar waktunya

b) Wajib dari sudut kekuatan darjah tuntutan

Ø Wajib Aini- Wajib kepada semua mukallaf

Ø Wajib kifaiy – Wajib kepada sebahagian mukallaf

c) Wajib dari sudut penetapan Qadar

Ø Wajib Muhaddad – Syarak telah tetapkan kadarnya seperti solat 5 waktu

Ø Wajib Gahyr Muhaddad – Syarak tidak tetapkan kadarnya seperti melakukan kebaikan.

Ø Wajib mua`ayyan – ditentukan oleh syarak bermaksud tiada pilihan seperti solat 5 waktu

Ø Wajib mukhayyar – diberi pilih untuk melakukannya.

2. Mandub

· Tuntutan syarak yang tidak berbentuk tegas berdasarkan sighah yang digunakan @ ada petunjuk lain yang membawa maksud tegas.

a) Sunat Muakkad

Ø Tuntutan keatasnya atas dasar ta`kid ( pengukuhan ) meninggalkanya tidak berdosa tetapi tercela ( pelengkap kepada wajib).

b) Sunat Zaidah

Ø Mencontohi kehidupan Rasul yang bersifat manusia seperti makan

3. Mubah

· Sesuatu yang diberi pilihan oleh syarak untuk melakukannya atau meninggalkannya.

Ø Nas syarak yang menghalalkan sesuatu – makan makanan yang disembelih oleh ahli kitab

Ø Nas yang menafikan sesuatu

Ø Lafaz amar yang menunjukkan harus – bukan kepada wajib

Ø Berlakunya istishab – mengekalkan (istishab ) status hokum harus atas kaedah asala sesuatu adalah harus selagi tidak ada dalil yang menunjukkannya

4. Haram

· Sesuatu yang dituntut oleh syarak untuk meninggalkannya atas dasar yang definitive dan tegas.

· Orang yang meninggalkannya diberi ganjaran manakala yang melakukannya adalah berdosa sama ada ditunjuk oleh dalil yang Qati` atau Zanni (yang diharamkan hadis Ahad).

· Bagi mazhab Hanafi, haram ialah sesuatu yang ditunjukkan oleh dalil Qat`i. manakala dalil zanni disebut itu dinamakan sebagai makruh tahrim.

· Hukum haram dapat difahami melalui lafaz haram yg digunakan atau lafaz yg menafikan halal seperti “ hurrimat” atau “ la yahillu”

· Begitu juga berdasarkan penggunaan sighah larangan yg disertakan dgn petunjuk yg tegas atau disusuli dengan hukuman. Cth : Fajtanibu

v JENIS HARAM

a) Haram Lizatihi

Ø Apa yang diharamkan oleh syarak sejak awal lagi kerana wujud kemudharatan dan kerosakan didalamnya.

Ø Contoh:zina , kahwin dengan mahram, makan bangkai dan sebagainya

Ø Maka bagi pelakunya akan mendapat dosa atau hukuman dan ia tidak boleh menimbulkan sesuatu kesan hokum syarak

Ø Contoh:harta yang dicuri tidak akan menyebabkan pemilikan.

*Namun begitu syarak kadang mengharuskan sesuatu pebuatan haram lizatihi kerana darurat terutama untuk menjaga lima perkara daruri.

1) agama

2) nyawa

2) akal

3) maruah

4) harta

b) Haram lighairihi

Ø Haram jenis ini merujuk kepada sesuatu yg pada awalnya disyariatkan kerana tidak ada mudarat atau manfaat yg ada adalah lebih banyak tetapi disertakan dengan perbuatan lain yg haram.

Ø Contoh: solat diatas harta yang dirampas.

Ø Perbuatan ini asalnya diharuskan tetapi telah disertakan dgn perbuatan lain yg memudaratkan.

Ø Dalam konteks haram lighairih ada ulamak berpendapat perbuatan itu sah dan ada kesan hukum seperti jualbeli pada azan jumaat adalah sah tetapi berdosa, dan ada ulamak yg mengatakan perbuatan itu haram dan tidak ada kesan hukumnya.

5. MAKRUH

· Sesuatu yang ditinggalkan adalah lebih baik daripada melakukanya atau sesuatu yang dituntut untuk ditinggalkan bukan atas dasar tegas(Ilzam).

· Makruh dapat difahami berdasarkan sighah yg menunjukkan makna karahah atau sighah larangan yg tidak sampai peringkat haram.

· Kesan hukum makruh , pelakunya tidak berdosa tetapi perbuatannya tidak baik secara moralnya

JENIS MAKRUH

Bagi jumhur ulamak makruh ada satu sahaja namun bagi ulamak Hanafi makruh terbahagi kepada dengan melihat kepada dalil yg digunakan.

a) Makruh tahrim: dalil zanni ( kalau qat’I ia haram) cth : meminang tunangan org atau membeli barang yg dah dibeli ( berdasarkan hadith ahad)- Bagi jumhur ia adalah haram.

b) Makruh tanzih : seperti makruh menurut jumhur. Cth : makan daging kaldai kerana keperluan ketika perang. Berwuduk dalam bekas atau sisa binatang.

adakah wajib sama dengan fardhu??

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إنَّ اللَّهَ تَعَالَى فَرَضَ “ فَرَائِضَ” فَلَا تُضَيِّعُوهَا

Rasulullah s.a.w , telah bersabda : ” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya”.

Perkara yang difardhukan Allah keatas hambaNya dan memestikan mereka melakukan perkara tersebut, seperti solat, zakat,puasa dan haji.

Berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama’:

Adakah wajib dan fardhu sama maknanya?

· Sama setiap wajib dengan Dalil Syarei daripada Kitab atau Sunnah atau Ijmak atau lain-lain dalil syarak, maka dia juga fardhu. Mazhab al-Syafei dan diriwayat dari Ahmad, kerana ia berkata semua yang ada di dalam solat itu fardhu.

· Berbeza: Al-Fardhu bersabit dari dalil yang Qatei sementara wajib bersabit dengan dalil zanni- menurut al-Hanafiah.

· Riwayat dari juga Ahmad: al-Fardhu bersabit dengan al-Quran dan wajib bersabit dengan sunnah. Atau fardhu bersabit dari naql yang mutawatir dan wajib bersabit dengan sunnah.

Perbezaan pendapat para ulamak salaf: mengenai hukum mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran:

Adakah dia di anggapkan fardhu atau tidak?

· Juwairbir daripada al-Dhahak: Kedua-dua adalah yang difardhukan Allah s.w.t.

· Dari Abdul bin Zaid daripada Hassan: Tidak wajib, wajib kepada Bani Israiel.

· Ishaq bin Rahawiah: Wajib keatas setiap Muslim.

Perbezaan pendapat ulamak mengenai jihad:

Adakah ia wajib atau tidak?

· Sekumpulan mengengkari wajibnya jihad

· Sekumpulan mengatakan wajib

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا

“Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya”.

ujian!

sesungguhnya setiap insan akan merasai ujian & cabaran di dunia...setiap apa yg terjadi ada hikmah yg tersendiri.....Allah selitkan kegembiraan disebalik kepahitan yg terpaksa di lalui oleh hambaNya...segala apa yg berlaku, sedang berlaku & akn berlaku telah tertulis di luh mahfuz.....yakinlah pada ketentuan Ilahi....bersangka baik padaNya....mohon petunjuk & redha pada setiap apa yg berlaku...sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yg berlaku....tiada daun yg gugur tanpa pengetahuan Nya & setiap langkah semut Allah mendengar.... siapalah kita untuk mempersoalkan hak sebagai hamba sedangkan Allah yg lebih utama sebagai pencipta.....sabarlah duhai hamba yg sedang bersedih.....Allah sedang menguji mu...ada kegembiraan yg menunggu dihadapanmu.....Allah S.W.T itu maha adil......insyaAllah....setelah melalui ujian demi ujian...mudah-mudahan kamu akan menjadi insan yg lebih tabah & bersyukur...
"biar sendiri hingga hujung nyawa, asal x sepi dari kasihNya kerana sesungguhnya hakikat cinta hanya Dia yg Esa"

thanks pada yang post coment ni....

:)

Tuesday, November 23, 2010

CINTA AGUNG....

CINTA AGUNG….

Aaaaaa……………

Aaaaaaaa…………

Aaaaaaaaaa………..

YA ALLAH ENGKAU TUHANKU

TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU

ENGKAU CINTA AGUNGKU

NABI MUHAMMAD PESURUHMU

YA ALLAH ENGKAU SUMBER BAHAGIA

ENGKAU SUMBER KESELAMATAN

YA ALLAH ENGKAU SUMBER KEAMANAN

ENGKAU ADALAH SEGALANYA

YA ALLAH ENGKAULAH PELINDUNGKU

ENGKAULAH SUMBER REZEKI KU

DIWAKTU SAKIT KAU SEMBUHKAN

DIWAKTU LAPAR KAU BERI MAKAN

YA ALLAH ENGKAU TUHANKU

TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU

ENGKAU CINTA AGUNGKU

NABI MUHAMMAD PESURUHMU

YA ALLAH ENGKAU CINTA AGUNGKU

CINTA KU HARAPLAH DIBALAS

YA ALLAH ENGKAU CINTA AGUNGKU

JANGANLAH CINTA KU TIDAK DIBALAS

JANGAN BIARKAN KU TANPA PIMPINAN

PIMPINLAH AKU KEJALAN YANG BENAR

KEPADA ENGKAULAH HARAPAN KU

JANGANLAH HAMPAKAN PERASAAN KU…

Lagu ini yang membuatkan aku menjadi lebih tenang menghadapi ujian.

Menitis air mataku menghayati lirik lagu ini.

Mengharapkan cinta pada yang Satu

Tuhan pencipta sekalian alam..

Tuhan yang hanya padaNya tempat kita berharap…

Harapan hanya tinggal harapan.....

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat memberikan aku ruang untuk mencoretkan kata-kata demi mendapatkan ketenangan dalam diri ini. Terima kasih kepada yang terlibat dalam coretan ini kerana memberikan kerjasama yang amat baik kepada ku untuk mendapatkan keputusan yang muktamad. Terima kasih tidak terhingga aku panjatkan kepadanya.

Selapang-lapang fikiran adalah sewaktu kita menunaikan solat, tidak ada kelapangan yang patut kita berikan selain dalam waktu solat kita. Setelah seharian kita bekerja memikirkan hal dunia, tidak bolehkah sedikit masa kita ambil untuk luangkan masa untuk DIA PENCIPTA kita semua. Sehari hanya lima kali kita menghadapNya dan terkadang-kadang kita terlewat untuk menghadapNya. Itupun terkadang-kadang kita lalai untuk melaksanakannya.

Aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang cukup hebat untuk aku melaksanakan tugas yang diberikan oleh Nya. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini aku terima keputusan daripada insane yang amat aku cintai dengan tenang dan redha, aku terima dengan hati dan fikiran yang terbuka, solat sunat 2 rakaat aku tunaikan bagi menenangkan lagi hatiku ini. Orang yang pernah aku berikan cinta padanya, orang yang pernah aku memanggil sayang padanya, orang yang pernah aku anggap akan menjadi umi kepada anak-anakku, orang yang pernah satu masa dulu aku sanggup buat segalanya untuk kesenangannya dan kebahagiannya. Tapi itu semua telah berakhir dengan keputusan yang telah dibuat oleh nya. Aku terima dengan redha walaupun hati ini masih lagi mengharap padanya. Aku terima bahawa dia sudah menjadi milik orang lain yang.

Setahun setengah aku mendoakan kejayaan untuknya

Setahun setengah aku berdoa menyebut namanya

Setahun setengah aku berdoa bahagia bersamanya

Setahun setengah aku berdoa agar dipanjangkan jodoh bersamanya

Setahun setengah aku menahan cinta bersamnya

Setahun setengah aku mengharap padanya

Setahun setengah aku tahan dengan kerenah daripadanya

Tapii………..

AKU TERIMA DENGAN REDHA ATAS KETENTUAN ILAHI BAHAWA DOAKU SEMUA ITU TIDAK DITERIMA……….

AKU TERIMA YA ALLAH. ENGKAULAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA…

ENGKAU MAHA MENDENGAR SETIAP DOA HAMBAMU YANG DHAIF INI.

KUHARAPKAN SEGALANYA DARIPADA MU YA TUHAN…

Harapan hanya tinggal harapan

Kenangan hanya tinggal kenangan

Kini doaku padamu hanya cukup sekadar kau berbahagia bersama insan yang kau sayang….

Itulah pilihan yang terbaik untuk mu….

Terima kasih buat kali yang terakhir dariku……

AKHIR KATA PESANAN BUAT DIRI SAYA SENDIRI DAN JUGA BUAT SAHABAT SEKALIAN….

TIDAK SEMESTINYA ORANG YANG KITA SAYANG ITU ADALAH ORANG YANG KITA CINTA, DAN ORANG YANG KITA CINTA ITU ADALAH ORANG YANG KITA SAYANG…..

SEKIAN….WASALAM….