Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Monday, December 6, 2010

Hari terakhir dalam tahun 1431 hijrah


Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Tuhan yang telah menghidupkan diri kita dan member kita nafas untuk menghidunya pada saat yang terakhir dalam tahun yang ke 1431 hijrah ini.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sejauh mana amalan yang telah kita lakukan sepanjang tahun 1431 hijrah ini. Mudah-mudahan ianya diterima oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya DIA yang mengetahui segalanya setiap sesuatu yang berlaku. DIA yang menjadikan sesuatu itu hidup dan mati. DIA yang menciptakan ala mini. DIA pemilik sebenar alam ini dan kita sebagai makhluk dimuka bumi ini telah dilantik menjadi khalifah untuk mentadbir dan mengurus alam ini menerusi firmanNya yang bermaksud

“dan ingatlah kita Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “aku hendak menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini”

Tugas kita sebagai pemakmur muka bumi ini bukannya perosak muka bumi ini dengan perkara yang sia-sia, dengan melakukan maksiat, berkata nista, mefitnah diri orang lain, menuduh dan mengada-ngadakan cerita tentang keburukan orang lain sungguh amat rugi orang yang melakukan sedemikian. Dalam satu riwayat mengatakan bahawa orang yang paling miskin di Akhirat ialah mereka yang suka menfitnah diri orang lain. Hadis nabi s.a.w. menyebut bahawa.

“tanda orang munafik ada 3 iaitu apabila ia bercakap ia berbohong, apabila ia diberikan amanah ia khianat dan apabila ia berjanji ia mungkiri”

Sudah berapa banyak kita bercakap bohong dalam kehidupan seharian kita sepanjang tahun 1431 hijrah ini, berapa banyak amanah kita yang masih tidak tertunai lagi, dan berapa banyak janji kita yang kita mungkiri. Jagalah perkara-perkara yang tiga ini bagi mengelakkan diri kita daripada tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh baginda S.A.W. iaitu golongan munafik. Golongan munafik mengikut pembahasan hadis ini ialah mereka yang menjadi kayu api neraka yang tempatnya dibawah sekali daripada orang-orang kafir. Nauzdubillah, betapa berat dosa bagi orang yang munafik ini. Ampunilah dosa-dosaku ya Tuhan.

Pahala dan dosa bukan hak kita untuk menentukannya, terserah kepada Allah s.w.t. untuk menilai sejauh mana dan sebanyak mana pahala dan dosa yang kita dapat. Kita perlu ingat “kiraman katibiin” yang sentiasa ada dikiri dan kanan kita. Setiap amalan yang kita lakukan akan di catit olehnya tidak kira sama ada yang baik mahupun buruk. Menggunakan konsep inilah ilmu akaun yang ada sekarang ini berkembang yang menggunakan kaedah merekod setiap transaksi yang dilakukan. subhanAllah betapa luas ilmu Allah yang terdapat didalam Al-Quran sehinggakan ilmu akaun yang kita anggap daripada barat sebenarnya adalah ilmu Allah juga yang telah dipopularkan sarjana barat.

Ingatllah wahai sahabat sekalian, hidup didunia ini sebagai tempat persinggahan kita untuk kita mendapatkan pendapatan diakhirat nanti .“Addunia mazra`atul akhirat” dunia ladang untuk akhirat. Jangan kita menuggu umur lanjut atau apabila sudah berkahwin barulah kita ingin bertaubat. Ingat!ajal tidak mengira umur, bila-bila masa sahaja nyawa kita akan diambil oleh Allah s.w.t.

Peringatan ini untuk diri saya sendiri sebagai insane yang lemah dan tiada ada ilmu yang banyak tapi inigin dikongsikan bersama sahabat sekalian supaya kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian kita.

doa akhir tahun

Selamat akhir tahun 1431 hijrah. Semoga kita semua dapat untuk meluangkan masa membaca doa akhir tahun ini sebagai penutup amalan tahunan kita di tahun 1431 hijrah..

Wassalam..

0 comments: