Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Nilai sebuah Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur Alhamdulillah kupanjatkan kepada pemilik segala ketenangan, Pemilik segala apa yang ada dimuka bumi ini, pemilik sahabat yang kita milki didunia ini. Yang akan menganigerahkan kepada kita ketenangan bersama sahabat kita.

Selesai solat Isyak aku dirikan, sekelilingku penuh dengan suara rakan dan teman yang bertukar khabar, bertukar cerita, bertukar nasihat. Terlintas dalam hatiku indahnya hidup bersama sahabat yang saling mendengar khabar, cerita baru, nasihat serta peringatan kepada ku yang kadang-kadang terlupa. Lalu aku meneruskan langkahku mendekati rakan yang sibuk bercakap tentang apa yang aku tidak tahu dan aku ingin sangat mengetahuinya. Aku duduk dalam halaqAH yang dibuat oleh sahabat sebentar tadi. Banyak halaqah yang terdapat dalam masjid ini. Aku memilih halaqah sahabat yang paling aku kenal dan yang aku rapat. Ada juga dalam HALAQAH tersebut sahabat yang agak kurang hubungan denganku. akhirnya baru kutahu bahawa HALAQAH yang mereka buat adalah untuk membaca AL-Quran. Surah yang dipilih untuk dibaca adalah surah Al-Kahfi. Kerana malam mini malam jumaat dan banyak kelebihan bagi sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam ini.

Alhamdulillah selesai membaca secara tadarrus. Gembira rasa hati ini kerana dapat mempertemukan hatiku dengan sahabat sekalian walaupun tidak sedalamnya. Azam ku supaya dapat berjumpa dengan seorang sahabat. Kerana hatiku inginkan teman yang sentiasa berada disisiku. Tetapi tidak dapat kujumpai dalam HALAQAH sebentar tadi. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk Allah kurniakan pada ku. Aku redha dan sedia menantinya.

Pernah suatu masa dahulu diri ini sentiasa bersama seorang sahabat yang sangat dekat denganku, yang saling memberi peringatan kepada ku

Tempat aku berkongsi cerita dengan nya

Teman dikala kesepian

Penenang dikala kesedihan

Pengingat dikala kegembiraan

Namun kini kau jauh daripada ku

Kau pergi menjalankan tanggungjawabmu sebagai seorang pelajar

Aku redha dengan segala yang telah ditetukan olehNya untukmu

Ku doakan agar kau Berjaya mengecapi kejayaan yang kau impikan

Mudah-mudahan kau pulan dengan sejuta kenangan berulitkan kejayaan

Segenggam ijazah dari bumi anbiya`

Pesanku padamu agar tidak tinggal lama disana

Kerana aku amat merinduimu

Wednesday, November 17, 2010

salam eidul adha...


assalamualaikum.....w.b.t.
alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Tuhan Pemberi Segala nikmat pada kita dimuka bumi ini...
selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad S.A.W
salam aidil adha buat keluarga tercinta dibumi tanah ai
r Johor Darul Ta`zim..
sahabat-sahabat sekalian...
muslimin dan muslimat
mudah-mudahan dalam keadaan aman kita menyambut aidil adha ini,Allah mengurniakan lebih banyak lagi rahmat dan kasih sayangNya kepada kita semua...
buat Insan yang menyambut dalam keadaan rumah sudah dinaiki air, takziah diucapkan,ingatlah ada lagi diantara kita ini yang menyambut aidil adha dalam keadaan tidak berumah, tidak berharta malah ada juga yang tidak berkeluarga..
Ingat saudara seislam kita di Palestin sana. sama-samala kita membantu mereka walau dengan sekalung Al-Fatihah dan Doa...


Kepada sahabat-sahabat yang beraya bersama-sama di Bumi Sintok Yang indah permai ini, diucapkan semoga sukses dalam menempuh medan jihad yang bakal kita sama-sama lalui tidak lama lagi berkat daripada pengorbanan yang kita lakukan ini dengan tidak dapat berhari raya bersama-sama keluarga dan bermacam-macam lagi dugaan yang kita sama-sama terima...
ameennn...INSYAALLAH....

ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR.......
LA ILA HA ILL ALLAH AKBAR......
SALAM EID MUBARAK...
SALAM AIDIL ADHA 1431HIJRAH..
SEMOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN DIRAHMATI TUHAN..........
BARAKALLAHUFIK.......

Saturday, May 8, 2010

Kekasih hati yang amat ku rindui

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

waktu ini mungkin semua sedang enak di buai mimpi di bumi malaysia ini, tapi kasihku yang amat aku rindui mungkin sedang khusyuk menelaah pelajaran di bumi anbiya` sana.aku harapkan kau bahagia disana dan mendapat ketenangan dalam meneruskan hidup sebagai mahasiswa al-azhar. aku bangga punyai sahabat seperti kamu, kau sungguh tabah, walaupun banyak cabaran sebenarnya untuk aku pergi kesana, tapi kau sungguh kuat, semoga Allah dapat membalas segala sumbangan kamu untuk mengutip ilmu-ilmu yang ada disana dan kau pulang ke Malaysia dengan berguni-guni ilmu dalam dada kamu itu, aku doakan kau berjaya disana bersama sahabat-sahabat yg lain, gambarmu sentiasa ku tatapi di meja belajar ku ini, ia memberikan aku semangat untuk terus berjaya...selamat berjuang sahabat ku AIDIL ALIFF ABDUL MAJID. aku merindui kamu pabila aku punyai masalah, aku perlukan kamu seperti mana zaman persekolahan kita.




ini lah dia insan yang kurindui kerana Mu ya Allah......

makan la dulu wahai sahabat!!


maaf wahai sahabatku, wahai temanku, andai ada aku melakukan kesalahan kepada kamu semua, aku tidak berniat untuk melakukan kesalahan sebegitu terhadap kamu semua, dan itu ketentuan Ilahi, maafkanlah aku.