Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Friday, October 19, 2012

JODOHKU...!!!

Bismillah, Alhamdulillah Subhanallah

Telah ditetapkan oleh Allah ketika roh kita ditiupkan pada dalam jasad kita ketika umur kita 4 bulan di dalam rahim ibu kita akan nama jodoh kita. 

Ini bukan bermakna kita berserah sahaja semuanya pada takdir. itu fahaman QADARIAH. itu salah. tetapi kita perlu berdoa agar di tetapkan jodoh kita dalam kalangan golongan yang baik-baik sahaja untuk menjaga anak-anak kita kelak. Berdoalah begini, 

"YA ALLAH, SEKIRANYA DIA TELAH DITAQDIRKAN UNTUK KU, MAKA DEKATKANLAH HATINYA DENGANKU UNTUK LEBIH MENCINTAIMU, TETAPI SEKIRANYA DIA BUKAN DITAQDIRKAN UNTUKKU, MAKA JAUHKANLAH DIRINYA DARIPADAKU UNTUK DIA LEBIH MENCINTAIMU."

Semoga Allah mendengar doa kita ini, Allah pandanglah doaku ini, aku hambaMu yang lemah, Yang tiada daya untuk memaksa hambaMu mencintaiMu keranaku, Engkau sahajalah yang berdaya memaksa hambaMu mencintaiku keranaMu.

Jodohku... ku menantimu di gerbang kebahagiaan.. :)

Wednesday, October 10, 2012

On The Spot BUKAN Last Minute

assalamualaikum..

setiap apa yang kita perkatakan seringkali memberi kesan kepada kita, sama ada kita sedar atau minda bawah sedar..
kesan akan kita dapati pada hasil kerja kita
seperti yang telah diperkatan pada entry Positive Thinking, ia membawa kepada kesan kerja yang kita lakukan
salah satu contoh perkataan yang acap kali kita katakan ialah perkataan "LAST MINUTE".
dengan hanya perkataan ini kita boleh jadikan alasan untuk kita tidak lakukan sesuatu kerja itu. itu satu tanggapan yang salah. sebagai seorang Mahasiswa, kita perlu laksanakan tugas, walaupun pensyarah memberikan tugasan pada saat-saat akhir. sekiranya perkataan "LAST MINUTE" kita gunakan untuk perkara ini, ia akan menjadikan kita malas untuk laksanakan sesuatu.

TETAPI....
cuba kita ubah mindset kita untuk mengatakan sesuatu perkara yang datang pada saat akhir itu adalah suatu perkara yang datang secara 'ON THE SPOT' pasti diri kita akan menjadi positif . segala perkara yang kita akan lakukan akan menjadi mudah dan senang apabila fikiran kita positif..
tukar daripada "LAST MINUTE >>> ON THE SPOT'

SELAMAT BERAMAL..SEMOGA KITA MENJADI INSAN YANG MENGETAHUI HIKMAH DISETIAP SESUATU KEJADIAN.

Thursday, October 4, 2012

Positive thinking

assalamualaikum..

nikmat bahagia adalah milik Tuhan, tetapi kita sebagai hambanya perlu sentiasa berusaha untuk mendapatkan bahagia itu.

misalnya,saya sebagai seorang mahasiswa,seorang anak, perlukan kebahagian untuk terus mencapai prestasi belajar yang cemerlang.

disamping doa yang dipanjatkan kepada Tuhan, Berfikir secara positif salah satu cara untuk kita mengecapi nikmat kebahagian itu. ianya akan hadir apabila kita tidak menyangka setiap apa yang berlaku dihadapan kita itu adalah suatu yang negatif. yakin yang berlaku itu adalah positif,yang akan menghasilkan hikmah yang tidak disangka-sangka dari Sang Pemberi Nikmat.

Mudah-mudahan kita dapat sama-sama mengecapi nikmat kebahagian itu tidak kira sama ada dalam institusi kekeluargaan,pelajar dan yang paling penting bahagia apabila bersama Tuhan..

bersangka baiklah pada Tuhan,Berfirkirlah dengan positif atas apa yang Telah Allah tentukan..

cukuplah Allah bagiku..