Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Saturday, January 2, 2010

KESABARAN MENGUJI KEIMANAN

Aku sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai asas agama islam yang mantap, dan aku dihantar pula ke sekolah agama untuk mendalami ilmu agama(terima kasih abah dan mak). Alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi dalam aliran agama walaupun dalam hati ini aku tak mahu sambung lagi bidang agama. Pernah ku katakan pada sahabatku aku tidak lagi mahu belajar dalam bidang agama,aku nak tukar bidang,tetapi sahabatku itu tetap dengan pendiriannya untuk sambung belajar ke Al-Azhar. Alhamdulillah berkat doa dia dan dia yakin untuk sambung pengajiannya ke sana, dia sekarang berada disana. Walaupun kita bejauhan tapi hubungan kita harap tidak akan putus sebagai sahabat. Aku yang dalam Negara ini walaupun berniat nak keluar dari bidang agama, tetapi ALLAH telah mentaqdirkan aku mengambil bidang agama dalam bahagian muamalat. Ada hikmahnya aku diletakkan oleh Tuhan dalam bidang ini. Syukur Alhamdulillah, ALLAH masih sayang kepada diriku ini walaupun dosa yang aku lakukan terhadapNYA sangat banyak,tetapi DIA masih sayang padaku. DIA tidak mahu aku terlalu menyimpang daripada agama islam. Tetapi sejauh mana aku bersyukur??? Mudah-mudahan perubahan yang aku lakukan sempena tahun baru hijrah ini mendapat keberkatan daripada-NYA dalam mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepadaku dan dalam memperaktikkan ilmu agama yang telah terdidik dalam diriku sejak lahir lagi,lebih-lebih lagi sekarang aku berada dalam bidang agama,yang akan membawa agama islam pada suatu hari nanti.Sebelum ini pernah juga aku cuba mengubah diri seseorang dari kurang baik kepada baik,tetapi gagal, munkin ada lagi kekurangan pada diriku ini yang patut aku baiki menjadi lebih matang. Dan aku tak boleh lupa ALLAH bersabda dalam Al-quran yang DIA tidak akan mengubah nasib diri seseorang itu yang dia sendiri yang mengubahnya. Selamat berubah diriku ini,semoga peruhan yang berlaku ini menjadikan aku dan agama aku menjadi lebih gemilang di dunia dan akhirat.

0 comments: