Perjalanan hidup kita sebenarnya tidak pernah berakhir selagi kita belum di masukkan kedalam liang lahad. Setiap check point yang kita lalui akan di perhitung oleh Allah S.W.T. Dari kita berada lahir sehinggalah kita menutupkan mata. Dalam perjalan yang kita lalui diDunia yang Fana` ni,macam-macam yang perlu dan harus kita lakukan dan ianya terbahagi kepada 2
waktu dalam kelas.....
waktu dalam kelas.....
Perjalanan hidup kita sebenarnya tidak pernah berakhir selagi kita belum di masukkan kedalam liang lahad. Setiap check point yang kita lalui akan di perhitung oleh Allah S.W.T. Dari kita berada lahir sehinggalah kita menutupkan mata. Dalam perjalan yang kita lalui diDunia yang Fana` ni,macam-macam yang perlu dan harus kita lakukan dan ianya terbahagi kepada 2.
apa dia??fardhu ain dan fardhu kifayah....
Fardhu ain adalah sebagai dasar kita sebagai umat islam yang wajib kita amalkan tidak kira peringkat umur usia, keturunan, pendidikan, pangkat darjat, dan semua nya sama telah Allah sediakan modul yang lengkap untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita bermula daripada terjaga nya kita daripada tidor sehinggalah kita melelapkan mata (daripada pagi hingga malam).
Modul ini telah tertulis didalam Al-quran dan diperincikan lagi dengan adanya Sunnah nabi muhammad S.A.W kemudian diikuti dengan ijmak dan ijtihad para sahabat serta ulama` setelah kewafatan baginda. Didalam modul ini terkandung suruhan dan larangan yang Allah tetapkan kepada kita sebagai umat islam. Sesiapa yang telah di isytiharkan sebagai seorang islam, maka wajib baginya untuk mengamalkan modul ini sama ada dari segi suruhan dan laranganNYA.
Akan tetapi,ramai yang kita lihat sekarang ini ramai umat islam tidak sedar dan tidak mengamalkan apa yang ada didalam modul ini. Apakah mereka itu islam hanya pada nama, atau islam hanya pada keturunan, melakukan apa yang ditegah dan meninggalkan apa yang disuruh???sama-sama lah kita muhasabah diri kita samaada kita sudah lengkap mengamalkan semua ini atau melakukannya tetapi cukup-cukup makan, tiada peningkatan dan penambahan apatah lagi.
ana bukan mahu cakap besar, tetapi ana ingin cuba perbaiki diri ana sendiri ini dan ingin membawa sahabat-sahabat sekalian pada jalan Tuhan,jauh dari kesesatan dan kemungkaran.
Kemudian yang kedua pula adalah fardhu kifayah yang mana ianya difardhukan kepada umat islam yang mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang itu melakukannya bagi menyelamatkan umat islam yang lain. Sebagai contoh diri saya sendiri, dipertanggungjawankan untuk mempelajari bidang muamalat dan menggerakkan kelab pentadbiran muamalat di UUM ini. Ini semua satu kewajipan yang wajib saya lakukan bagi menjaga umat islam yang lain amnya dan yang paling diutamakan adalah pelajar muamalat sendiri supaya mereka tidak lari daripada landasan yang telah diberikan.Saya semakin sibuk pada semester ini bagi menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada saya.
Projek dan program yang perlu saya jalankan pada semester melibatkan Kelab Muamalat sendiri dan ada juga yang melibatkan Kerohanian DPP ,Kelab Perkim dan ada juga saya membantu Rakan Masjid. Antara projek nya adalah:
- Kuliah Mingguan DPP-bulan februari
- Delegasi Ilmu Timur Tengah 6-cuti akhir semester
- Solat hajat dan bacaan yassin-sebelum exam final
- Lawatan daripada PERKIM KUIS -paling terdekat 17hb
- AGM PERKIM UUM-
- Lawatan kerumah Orang-orang tua
- Semua perjalanan aktiviti Kelab Muamalat(dapatkan dalam blog kelab-www.kelabmuamalat.blogspot.com)
Mudah-mudahan apa yang telah dirancang dapat dijalankan dengan mudah serta mendapat keberkatan daripada ALLAH. Semoga setiap jihad yang kita lakukan beroleh hasil yang tidak kita sangka-sangka pada satu hari nanti.
Semoga setiap yang saya lakukan ini beroleh pengalaman yang sangat bermakna buat saya unutk meneruskan hidup dalam bidang pekerjaan pada satu hari nanti.Gunakanlah paltform terakhir ini untuk kita mengumpul sejuta kenangan dan pengalaman dan bukan sahaja hanaya sebagai medan menuntut ilmu semata tetapi banyak yang kita boleh kumpulkan di IPT ini. Disisni juga boleh terjadi bermulanya episod percintaan bagi membina sebuah masjid yang indah tetapi haruslah kita hiasinya dengan keimanan dan keikhlasan kepada Allah s.w.t. untuk mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai pelajar MUSLIM....
Semoga setiap yang saya lakukan ini beroleh pengalaman yang sangat bermakna buat saya unutk meneruskan hidup dalam bidang pekerjaan pada satu hari nanti.Gunakanlah paltform terakhir ini untuk kita mengumpul sejuta kenangan dan pengalaman dan bukan sahaja hanaya sebagai medan menuntut ilmu semata tetapi banyak yang kita boleh kumpulkan di IPT ini. Disisni juga boleh terjadi bermulanya episod percintaan bagi membina sebuah masjid yang indah tetapi haruslah kita hiasinya dengan keimanan dan keikhlasan kepada Allah s.w.t. untuk mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai pelajar MUSLIM....
0 comments:
Post a Comment