Setahun sudah aku mencari dimana hilangnya nilai persahabatan dalam kehidupan ku yang penuh dengan liku-liku ini.
Aku mencari, dimana Teman seperti mana aku berada di sekolah yan kucintai, yang punyai padanya ketenangan,kebahagian, kecintaan pada Mu ya Robbi yang dapat berikan ku keinsafan atas kesilapan yang aku lakukan selama ini..
aku mencuba dan terus mencuba menghidupkan suasana seperti itu Di UNIVERSTITI UTARA MALAYSIA ini...tetapi...seringkali aku mencuba,seringkali juga ianya gagal. Hampir aku bergaduh dengan mereka yang cuba mahu hidupkan suasana itu,tapi tidak sepenuhnya. Sanggup mereka mengatakan bahawa Orang yang dah peluk agama islam jangan dipaksa-paksa.macam mana lak kalau orang islam sendiri tak solat, kita nak biarkan mereka masuk neraka?Itu semua tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim lebih-lebih lagi sekiranya kita punyai jawatan ataupun amanah untuk membimbing rakan-rakan kita ke jalan yang lurus. Kita bermula dengan lagkah yang awal, sedikit demi sedikit...
Dan sekarang aku ingin mencari sahabat yang betul-betul boleh bimbing aku...bawak aku kejalan yang lurus, dapat tegur dimana salah silap aku sepertimana aku berada di MAAHAD JOHOR setahun yang lalu..
Aku rindukan kamu wahai pejuang-pejuang islam...Aku doakan kamu semua berjaya di bumi Anbiya` sana....selamat menempuh cabaran yang mendatang....cinta dan kasihku pada mu hanya pada Mu yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
5 days ago
0 comments:
Post a Comment