sebuah kisah yang dipetik daripada Hadis Nabi s.aw. diceritakan oleh guruku sewaktu di Maahad Johor, di ingatkan kembali setelah ku membaca nota daripada seorang sahabat dalam page facebook yang didapatinya dariapada I Luv Islam. saya ingin menyambung apa yang telah disampaikan oleh guruku serta sahabatku kepada kalian semua mengenai Hadis ini, berkisar tentang "Bidadari Syurga" ...........
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
Wallahu wa'lam
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira Rela berkorban demi agama Kau jadi taruhan berjuta pemuda Yang bakal dinobat sebagai syuhada Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga Bersemayam di mahligai bahgia Anggun gayamu wahai seorang puteri Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri Untuk melakar satu wacana Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah Kau seharum kuntuman di Taman Syurga Menanti hadirnya seorang lelaki Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan Bisakah dicari di dunia ini Seorang wanita bak bidadari Menghulurkan cinta setulus kasih
This is lirics from maher zain song, not my poem or story...you all can sing and hear and also understand whats he said..Allah is only one, no one but Allah...
ALLAHU AKBAR If you ask me about love And wanna know about it I am so pleased Its everything about Allah the pure love, to our soul The creator of you and me,the heaven and whole universe The ONE that made us all And He`s the guardian of His true believers so when the times is hard there`s no way to turn as HE promise He will always be there To bless us with love and HIS mercy coz, as He promise he will always be there He`s always watching us, guiding us... And He knows what`s in all our heart so when you lose your way To ALLAH you should turn as He promise He will always be there
he bring ourselves from darkness into the light subhanallah praise belongs to You for anything As long as we follow His guidance all the way through the short time we have in this life soon it all`ll be over and we`ll be in His heaven and we`ll all be fine so when the times gets hard there`s no way to turn as He promise He will always be there to bless us with His love and His mercy coz, as He promise he will always be there He`s always watching us, guiding us... And He knows what`s in all our heart so when you lose your way To ALLAH you should turn as He promise He will always be there
ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!
so when the times is hard there`s no way to turn as HE promise He will always be there To bless us with love and HIS mercy coz, as He promise he will always be there He`s always watching us, guiding us... And He knows what`s in all our heart so when you lose your way To ALLAH you should turn as He promise He will always be there
ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!
hope Allah mendengar segala rintihan yang kita minta From HIM....OH ALLAH,please hear our request....give us more and more...thank You Allah...
To all readers, thanks a lot coz sudi read my blog yang x seberapa indah...but im always remind my self, ciptaan Allah semuanya indah....and i want to suggest to you all supaya bacalah majalah SOLUSI...keluaran bulan ini menceritakan ciptaan Ilahi, yang bertajuk "Belajar daripada Alam".. bacalah,seriosly best...read and understand...thanks...
SATU peristiwa penting yang pernah berlaku dalam sejarah Islam ialah peperangan Bani al-Mustaliq. Peristiwa itu berlaku pada Isnin, hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah.Pada waktu itu, Nabi Muhammad saw bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.Dalam riwaya...t Imam Muslim, dijelaskan serangan terhadap Bani al-Mustaliq dibuat tanpa amaran. Perkara itu kerana Rasulullah sudah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.Bani itu dianggap berperang dengan orang Islam sejak membantu orang Quraisy Makkah dalam peperangan Uhud.Mereka yang diserang secara mengejut, kebingungan dan tidak mampu melawan dalam tempoh masa yang agak lama.
Daripada peperangan ini, dicatatkan rampasan perang yang diperoleh ialah 1,000 unta dan 5,000 biri-biri. Kira-kira 200 orang ditawan dan ada pendapat yang menyatakan 700 orang.Rasulullah dan sahabat kemudian pulang ke Madinah pada Ramadan selepas peperangan itu.Dalam perjalanan pulang inilah, berlaku peristiwa yang menggoncang kerukunan rumah tangga Baginda berpunca daripada tindakan jahat yang dilakukan oleh golongan munafik pimpinan Abdullah Bin Ubai.Isteri Rasulullah, iaitu Saidatina Aisyah, difitnah curang terhadap Baginda. Ini adalah peperangan psikologi yang begitu hebat melalui hasutan dan fitnah peristiwa al-ifk yang dipalsu dan diselewengkan oleh orang munafik.Aisyah bersama Rasulullah dan tentera Islam menyertai peperangan Bani al-Mustaliq. Setiap kali Rasulullah keluar berperang, Baginda akan mengundi siapakah di kalangan isteri Baginda yang menyertai peperangan itu. Ketika itu, undian berpihak kepada Aisyah.
Dalam perjalanan pulang, ketika orang Islam semakin hampir dengan Madinah, tentera Islam singgah di kawasan perhentian. Pada kesempatan itu, Aisyah keluar untuk beristinjak dan tanpa disedari anting-antingnya jatuh ketika menuju kawasan perkhemahan.Beliau menyedari kehilangan anting-antingnya itu dan kembali ke tempat beliau beristinjak untuk mencarinya. Selepas menjumpainya, beliau pulang semula ke tapak perkhemahan dan alangkah terkejutnya Aisyah kerana ketika itu, tentera Islam sudah meninggalkan tempat itu dan meneruskan perjalanan pulang ke Madinah.Tinggallah beliau di tengah padang pasir sambil mengharapkan kafilah orang Islam berpatah balik mencarinya.Selepas tentera Islam menyedari ketiadaan Aisyah, mereka berpatah semula untuk mendapatkannya.
Pada masa sama, Aisyah ditemui sahabat Rasulullah bernama Safwan al-Mu'attal yang juga ketinggalan. Ada riwayat lain menyatakan beliau tertidur.Safwan dan Aisyah memasuki kawasan Madinah pada waktu siang hari, selepas Baginda dan tentera Islam memasuki kota Madinah. Kedatangan kedua-duanya ke Madinah diperhatikan oleh penduduk kota itu, antaranya golongan munafik yang dipimpin Abdullah Ubai.Dia mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan fitnah bahawa Aisyah berlaku curang dengan Safwan. Abdullah Ubai juga mendorong Mistan Ibn Athathah, Hassan Ibn Thabit dan Hammah Jahsh untuk mempercayainya.Rasulullah duka cita dengan propaganda yang dilakukan orang munafik.Dalam masjid, Rasulullah mengisytiharkan Baginda mempercayai isteri dan sahabatnya.Peristiwa ini memberi kesan mendalam ke atas diri dan keluarga Rasulullah kerana ada sahabat yang terpengaruh dengan fitnah yang tersebar luas di kota Madinah. Bahkan ada sahabat yang mencadangkan Rasulullah menceraikan Aisyah.
Selepas itu Aisyah sakit dan meminta izin Rasulullah untuk pulang ke rumah ayahandanya, Saidina Abu Bakar dan diizinkan Baginda.Aisyah berdoa semoga Allah memberitahu rasul-Nya beliau masih suci dan tidak bersalah.Wahyu tidak turun selama sebulan dan keadaan itu menyebabkan Baginda tidak dapat membuat sebarang keputusan atau fatwa.Kesempatan itu diambil oleh golongan munafik untuk mencemarkan maruah dan menyakiti hati Baginda dengan pelbagai perkataan.Pada saat itu, Rasulullah berharap turunnya wahyu bagi menenangkan hati dan menghentikan tohmahan orang munafik serta mempertahankan kesucian isteri dan keluarga Baginda.Selepas menunggu hampir sebulan, akhirnya Allah menurunkan wahyu melalui firman-Nya dalam Surah an-Nur ayat 11 hingga 20 bagi menyatakan Aisyah tidak bersalah.Rasulullah menjatuhkan hukuman hudud kepada Mistah, Hassan dan Hammah kerana fitnah yang dilakukan mereka. Namun, Rasulullah tidak menjatuhkan hukuman kepada Abdullah Ubai kerana Allah akan tetap menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepadanya di akhirat.
Daripada peristiwa peperangan Bani al-Mustaliq dan peristiwa itu, beberapa undang-undang digubal, antaranya:-
1- Kebenaran menyerang tanpa memberi amaran seperti yang dilakukan kepada Bani al-Mustaliq yang sudah disampaikan dakwah kepada mereka.
2- Jika ada yang belum menerima ajaran Islam, seseorang didakwahkan dan dipelawa menganut serta menerima dakwah Islam sebelum memerangi mereka.
3- Kebenaran membuat undian antara isteri untuk seseorang bermusafir seperti undian yang dijalankan Rasulullah.
4- Wanita turut dibenarkan terbabit dalam kempen ketenteraan bagi membantu tentera Islam, tetapi bukan sebagai anggota tentera peperangan.
5- Pelaksanaan hukuman hudud kepada sesiapa yang melakukan fitnah tanpa mengemukakan empat orang saksi.
6- Kebenaran menawan musuh sebagai tawanan perang. Peristiwa al-ifk jelas menunjukkan sifat kemanusiaan Rasulullah walaupun berdepan dengan saat memilukan dan menyedihkan.
7- Pergantungan Baginda kepada Allah dan wahyu-Nya tetap utuh. Sesuatu tindakan tidak dilakukan secara melulu hingga Baginda merujuk kepada wahyu Allah.
Inilah yang sepatutnya yang dijadikan pengajaran kepada orang Islam supaya sentiasa menjadikan wahyu Allah sebagai rujukan terhadap sebarang permasalahan yang melanda dalam kehidupan. Bayangkanlah, isteri dan keluarga nabi sendiri difitnah, apatah lagi diri kita sebagai hamba biasa yang sering alpa dan leka, kembalilah kita kepada Tuhan yang maha Agung, rujuk kembali setiap musibah yang datang kepada kita sama ada daripada atas, bawah depan mahupun belakang...peliharalah iman kita supaya tetap teguh hanya kepada rabbul izzati.
alhamdulillah, wasyukurillah...pagi tadi, dapat juga aku bangun subuh secara berjamaah di masjid..mana x nya..tido kat masjid kn..huhu..bangun je, aku solat subuh, dan buka quran sbentar..quran yang aku beli ketika di taman islami MAAHAD JOHOR 2 tahun yg lepas. aku bawanya kemana sahaja, mudah., sebab dy ada tafsiran nya sekali, senang nk buka, dalam bas pun ley buka, n baca....tp aku jarang buat, hati aku keras x mahu buka, issh..astaghfirulahalazim...x pela, dapat pahala bawa quran pun jadila...pagi tadi aku buka dan baca surah ar-Rahman, lama x buka surah ni, aku penah sruh anak murid aku hafal, then aku scara x sgje terhafal..huhuhu....mula2 aku dgr ayat ni, supupu aku baca time hari keluarga atok amin, zunnurain baca, mengalir air mata aku secara tiba2..mengapa aku mengalirkan air mata?kerana ada ayat inibanyak kali ALLAH ulang ayat ni.31 kali.byk, dan menyedihkan kerana terdapat ayat ancaman, janji dan peringatan untuk hambaNya.....dan pagi tadi, aku buka dan baca sorang diri dalam masjid yang besar ini, bergema suara ku...lalu air mataku mengalir.... mengapa?kerana aku teringatkan kisah malam tdi nya, aku memarahi seseorang,patotkah aku memarahinya?sedangkan ALLAH itu maha Pemurah lagi maha penyayang, tapi kenapa tidak aku, aku hambaNYa....langsung tidak ada sifat penyayang langsung....maafkan ku teman andai aku ada terlepas kata..andai ada aku mengutuk kamu...habis satu surah aku baca, ustaz mokhtar x habis lagi baca..aku teruskan niat untuk mandi...
HAri ni, hari terakhir sarapan kat subaidah (mamak), makan roti canai bersama zakwan ada pulak abg jalal...huhuhu...segan2....:),,wat tak tahu je...mamak roti canai 2!!siap!!haha...kenyang aku sampai kepetang, sampai ada org cakap saya buat2 tahan, kne gastrik baru tahu...hahaha...last2, makan jugak aku kat kedai char kuew teow tok wi kot nama nya, area kangar ..abg chik bawak, aku ikut jerk, perot tgh lapo..hahaha...boleyh tahan sedapla...
aku pusing2 bandar Kuala Perlis, mmg unik, pusing2 ke situ juga..yang best nya ada jeti ke langkawi..huhuhu....nnty aku nk pegi sekali dgn family aku...sabar ea awak, nnty saya akan bawa awak kesana..together2..huhuhu...dah tuh aku kol bang chik tanya umah dia kat mana?dy boley ajak aku p padang besar, aku pn on jela,,,hahaha....jalan sakan aku hari ni...sampai umah dia kat simpang empat, terus gerak, sengal bang chik xnk solat dulu.hahaha..dah azan asar kot..xpe2..layan2 kepala org tue..huhu....
dipadang besar, ada pulak org nk tempah barang, bengang aku...aku dah la x pandai nk pilih2 barang,sampai je situ terus blur, bang chik tnya pn aku ckp ntah pape..hahaha...best la jalan2...sebelum p umah bang chik n padang besar, aku ada pusing2,nampak org tanam padi,..menarik, aku x penah rase cmne org tanam padi, tanam sawit biasa, bukan setakat tanam, sume aku penah buat tntg sawet ni,maklumlah abahku sayang ada kebun sawet, so knela tolong abah,tanam, baja, kait, agkat, sume la...kait sawet 2 aku x rety lagi, asyek fail je ble wat..abes rosak pokok 2....so bila aku tgok org tanam padii ni aku tgokla,tgok je...pas 2 amek gambar..hahaha...mesty pakcik 2 igt aku ni pemberita...hahaha...padahal....lagi teruk..hehehe...
balek dari padang besar, sggah umah bang chik, aku sempat on9, dah bang chik hulur, aku terima jela..hahaha...face book zakwan, zakwan facebook, betara emas zakawan facebook..bang chik bebel....tgh kemas barang pn nk bebel..hahaha...
pas 2, kami pun pulang sama2 ke UUM....esok nk betolak dah ni, aku naik moto bang chik naik chared hitam dy, singgah sat kat c-mart arau, cari baju batik tok majlis perasmian nnty,aduh, aku dah la x rety nk pilih...susah la,men pakai amek je...lawa gak la..huhuhu...wane purple..20minit je dalan c-mart 2 sebab cuaca x bpe elok, dia jeles tgok aku nek moto..huhu...zakwan kat uum ni pn dah sound suh balik cepat..hahaha...tepat jam 10 moto aku masuk proton nih, tapi saya x sempat nk mesej awak terus, saya pnye HP mati,..dah 10 minit baru smpai..maaf wak lmbat,jnji kul 10 nk mesej kan....sowi99......tp xpe..aku mesej gak sebab dia kata ada benda nk bncang2...bincang2, sampai kul 1 sambil aku kemas barang tok sok, mkn sume, abes suma saya luahkan kat awak..thanks kos sudi bincg2...hehehe...mcm ni yang kita mahukan...hope awak sbo ea dgn kerenah saya, yang gler ni..hahahaha...papa hal pun awak mmg untuk saya...hehehe...pas 2 dy pn dah tdo...tgh tdo pn boley bg mesej....rindu sgt la 2,xpe, nnty kita jumpa ea..masak sedap2 tau....jgn suh mama,nk awak yg masak...hahaha....
lastly........aku online di uum zone ni.....buat kali yang terakhirnya dalam semester 2 ni...selamat tinggal UUM ZONE..aku pasti rindu kau yang selalu stuck, sebab rumah aku x ada wireless...hahaa...pape hal pn. aku cuba update blog ni, semiggu sekali paling kurang....tapi lepas program CEOS MIND ni la..esok dah start...dan aku betolak dari sini jam 8 pagi di mall...huhuhu....selamat tinggal UUM..U i sayang u...:)))))
Sekian lama aku tidak melepas kan kemarahan aku kepada manusia, selama ini, bila org buat salah kat aku, aku sabar, aku terima apa salah aku, aku tabahkan diri aku untuk terus hidup walaupun aku disakiti macam mana pun aku tetap sabar, moto aku accident pon aku sabar, org kata aku macam2 pn aku sabar, tapii malam tadi, setelah 3 tahun aku tak marah orang, akhirnya aku memarahi sesorang ini yang paling aku sayang. Dulu aku marah kat budak2, budak dorm aku form 1, itu pun sebab diorg x bersihkan dorm..habes mak bapak budak 2 datang jumpa aku, malu seyh. kesian budak F1 tuh, skrg dah f4 kot, harap2 la dy x ikot jejak lgkah aku..huhu...
Tadi dgn x smena nya, aku kol budak ni, abes krdit aku..hahahaa....mana x nya, marah2 org, sebelum aku mmg x penah marah org dgn spenuh aty macam 2, bayangkanla beb, dy kata aku jahat beb..agak2 la seyh, aku ngaku aku jahat, aku tahu, tapi ko jgn pike aku ni malaikat,...sume nya kne baik2 belaka....aku x nk la ungkit salah2 yg ko buat 2, tpi pandai2 la ko pike sndiri kan..mmg marah gler la...naseb baek org kat galeri semua pegi miting kat BME atas termasuk la adik aku ni...hahaha....pas 2 time aku marah boley pulak dy gelak2....weh, ko x taw ke aku tgh marah ni ha?yg ko gelak pasal pe?hahaha...padan muka ko.....aku dh lama tahan sume ni, tiba masa untuk letupkan je..then,skrg dah pn meletup...abes crte.....kerdit aku pon abes, awak x payah nk merayu mesej daripada saya..hahaha....
walaupapepun, saya mmg seorang yang jahat lau awak nk tau, saya mmg dilahirkan sebagai seorang manusia, bukan malaikat ok?saya mintak maaf sangat2 buat awak macam 2 n macam ni.....xde sapa ley lari dari kesilapan....pape hal pun...semoga berjaya semua...and yang kena tempias saya ni, harap2 jangan marah2..hehehe.....saya cerita kat dy sume.....hope awak puas.......
manusia xakan pernah mengatakan ia tidak akan buat lagi, sekalipun ia berjanji, kerana syaitan sentiasa menghasut manusia. kesimpulannya, jgnlah berjanji selagi kita tidak mampu untuk melakukannya itu.....
semoga bahagia....ceria2 selalu...
gudluck 4 the all ceos mind comitee!!!sori kacau port korg ni...huhuhu....wan syafawati!aku nk ko sambut aku n the geng nnty kat sana..hahahaha...:)
Segala puji bagi Tuhan pencipta sekalian alam, Dialah yang menciptakan langit dan bumi, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia.
Aku bersyukur kerana dalam keadaan aku memerlukan sesuatu, DIA akan beri pertolongan itu, banyak kali aku dalam kesempitan aku diberi pertolongan itu, tapi sejauh mana aku bersyukur?tidak sedikit pun aku menunjukkan diriku ini untuk bersyukur, malah aku tetap melakukan maksiat kepadaNya, aku seakan-akan tidak rasa bersalah melakukan perkara keji itu, malah aku gembira untuk terus melakukannya, kerana syaitan telah menguasai diriku ini, aku lemah dengan godaan daripada iblis laknatullah. Aku mohon daripada Ilahi agar diberikan satu perubahan pada diriku ini untuk terus hidup di dunia yang fana` ini.
yaAllah, aku mohon pada Mu agar ditetapkan hatiku ini kepada agamaMu, agar iman ku hanya kepadaMu ya Tuhan rabbul izzati walau sejahat mana pun hatiku ini, kau bersihkanlah ia yaAllah,berikanlah aku ketenangan dalam kehidupan ini bersama keluarga ku yang tercinta...amin yaAllah....:)
English Comunication dah nak tamat, tapi aku punya english tetap rasa lemah sangat. Aku tak tahu macam mana nak improve english aku ni. Aku kecewa bila satu hari nanti, bila umur ku meningkat, aku masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris ni. Terdetik dalam hati aku, kalau aku punye english tak bagus, tak pandai cakap english, macam mana aku nak berdakwah dan berinteraksi dengan orang yang hanya tahu english saja, dan paling penting macam mana aku nak dapatkan perkerjaan yang lebih baik? macam2 persoalan bermain dalam fikiran aku sekarang ni, dan yang paling utama macam mana aku nak perelokkan english aku..
satu hari, lecterur ada bagi cadangan kat aku, aku dengar dan aku cuba ikut. lecterur tu cadangkan supaya aku berhenti baca surat khabar BM. dia minta aku baca paper english, everyday kena baca paper BI, aku cakap balik kat lecterur 2, saya dah cuba satu masa dulu, tapi hanya sekejap aku buat begitu.lecterur pun balas semula"manusia biasalah, cepat rasa jemu, jadi kamu jangan jemu, jangan putus asa untuk terus lakukan apa yang saya cadangkan tadi"aku cakap aku akan cuba.huh....
dan sekarang, aku cuba dan akan terus mencuba sampai post ni pun akan bertukar menjadi english semua..hahaha,...aku akan cuba satu hari nanti akan jadi begitu..huhu...
pada siapa yang bekenaan, maafkan saya sebab saya buat awak macam ni, saya tidak mahu rasa disakiti buat kali keberapa saya tak tahu, saya harap awak faham, dan awak sahaja dalam hati saya. Saya akan cuba untuk setia, saya cuba..Doakan sajalah kejayaan kita bersama macam mana yang awak bagi kat saya tempoh hari...sekian...wasalam...
Alhamdulillah setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan kepadaku umur yang panjang untuk aku terus menikmati udara segar.
Pagi ni aku dapat solat berjamaah bersama rumate yang menggila (irfan) walaupun malam tadi aku tidor tak berapa nk cepat, tapi dapat jugakla bangun awal dan solat subuh berjamaah.
Sebenarnya post ni aku buat untuk semalam, tapi disebabkan wireless memang jeles giler kat aku sampai dia tak bagi aku post, aku postpone pagi ni, alhamdulillah dapat. THANKS UUM ZONE...huhuhu.
semalam bermulalah sesi baru aku disini iaitu english communication II, alhamdulillah lecterur boleh masuk walaupun terpaksa masukkan diri dengan diri, banyak benda dia suruh buat, ikutkan aku kena post dalam english ni, tapi sat lagi la.hehehe. insyaAllah i will be post in english version after this until my result was exist, even my vocab very poor, but im try to do it. Allah not change one race until they are not caring out their self to change. i like english lenguange because, in one time i want to talk abaout relegios in english version to non muslim insyaAllah, the great hopefull.
Bismillahirrahmanirrahim.... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
waktu ini mungkin semua sedang enak di buai mimpi di bumi malaysia ini, tapi kasihku yang amat aku rindui mungkin sedang khusyuk menelaah pelajaran di bumi anbiya` sana.aku harapkan kau bahagia disana dan mendapat ketenangan dalam meneruskan hidup sebagai mahasiswa al-azhar. aku bangga punyai sahabat seperti kamu, kau sungguh tabah, walaupun banyak cabaran sebenarnya untuk aku pergi kesana, tapi kau sungguh kuat, semoga Allah dapat membalas segala sumbangan kamu untuk mengutip ilmu-ilmu yang ada disana dan kau pulang ke Malaysia dengan berguni-guni ilmu dalam dada kamu itu, aku doakan kau berjaya disana bersama sahabat-sahabat yg lain, gambarmu sentiasa ku tatapi di meja belajar ku ini, ia memberikan aku semangat untuk terus berjaya...selamat berjuang sahabat ku AIDIL ALIFF ABDUL MAJID. aku merindui kamu pabila aku punyai masalah, aku perlukan kamu seperti mana zaman persekolahan kita.
ini lah dia insan yang kurindui kerana Mu ya Allah......
makan la dulu wahai sahabat!!
maaf wahai sahabatku, wahai temanku, andai ada aku melakukan kesalahan kepada kamu semua, aku tidak berniat untuk melakukan kesalahan sebegitu terhadap kamu semua, dan itu ketentuan Ilahi, maafkanlah aku.
Alhamdulillah, beryukur tidak terhingga ku panjatkan kepada Mu, kerana telah mencapaikan impian ku untuk menukar templete background blog ini. Terima kasih juga kepada rakan yang sudi mengajar cara untuk melakukan semua ini, walaupun dia berada diselatan Malaysia dan aku di utaran Malaysia, tapi dapat menyumbangkan buah fikirannya. Tak sangka budak ini graduan maahad johor, dan pernah dahulu dia melakukan kesilapan kepada ku,(tidak sengaja), mungkin ini timbal balik daripada kesilapan itu,kecilnya bumi ini, besar nya kuasa Tuhan yang dapat menemukan kami, dan menjadikannya sebagai guru kepada ku dalam blog ini, nama penuhnya aku tak tahu, tapi nama dalam skype disuruh panggil ainisha.terima kasih awak.blog awak sangat cantik..haha...udah2 xley puji lbey..huhu...ok..
lihat baju yang kubawa itu....huhuu
Semoga dengan perubahan yang aku lakukan terhadap blog ini dapat memberi kan aku semangat untuk terus bergiat aktif dan menceritakan pengalaman ku dalam melaksankan program dan yang paling penting, segala apa yang diajar dalam kuliah dapat aku kongsikan dalam blog ini insyaAllah, semoga sahabat semua terhibur dengan blog hambaNya yang lemah lagi hina ini.
Alhamdulillah,kini aku telah pun Berjaya menghabiskan peperiksaan untuk semester 2 ini…
Banyak dugaan, rintangan juga ujian yang aku lalui sepanjang minggu peperiksaan ini, sudahla aku punya jadual disusun rapi oleh Allah S.W.T. melalui pihak HEA. Sangat cantik dan sangat menarik jika di lihat. Subhanallah…
Aku bersyukur tidak terhingga dengan jadual yang ku dapati ini kepada TUHAN yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. DIA sahajalah yang memahami diriku ini sepenuhnya kemudian baru diikuti ibu bapaku yang banyak memberikan aku keredhaan dalam meneruskan hidup ini. Syukur Alhamdulillah. Aku bersyukur pada Mu ya Allah.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan aku semangat untuk terus dan terus belajar walaupun aku terpaksa menghadapi cabaran yang datang melintang, menegak dari atas bawah kiri dan kanan.. Sahabat, sungguh indah ikatan persahabatan kita ini jika disulamkan dengan keikhlasan kepada ALLAH S.W.T. teringat pesan seorang sahabat ku waktu di taman kasih islami (Maahad Johor) dahulu “sahabat adalah mereka yang apabila kita melihat wajahnya membuatkan kita teringat pada nikmat dan azab daripada ALLLAH, kata-katanya membuatkan hati kita sentiasa berzikir kepada ALLAH,itulah sahabat.
“ Terima kasih tidak terhingga buat :> Abdul Hadi, Audi Nazari, Abg Chik,Jalil Tajuddin, Hilmi Aminuddin, Haizad Halim, Shahril Suksis, Shahril Salman , Nazmi Jimi, Qayyum, dan ada juga sahabat muslimah yang sudi membantu aku,( maklumlah lelaki tak boleh hidup tanpa wanita ~no women man die~ sebab itulah Allah ciptakan Siti Hawa daripada rusuk kiri nabi Adam alaihissalam) sama lah seperti aku ni ada juga sahabat muslimah yang sudi menolong aku x kira yang satu DPP , dua DPP, satu Kolej, dua Kolej, satu Universiti, dua Universiti dan ada juga satu Malaysia dua Malaysia iatitu abang dan kawan aku yang warganegara Malaysia menetap di luar Negara sana (tapi yang ini untuk lelaki jela, muslimah setakat satu Malaysia je,hehehe). Siapa ea yang beruntung menjadi rakan , sahabat (muslimah)buat aku yang hina lagi dina ni,jeng2…itu lah dia: Kak Asma`, kak Fathihah, cikgu Izzah, Siti Mariam, Wan Syafawati, Dieyana, Kasmah, adeq aida, Miska, jijah., and theGroupsport study statistic:<>
"calon2 diminta meletakkan pen anda, kertas akan dikutip oleh pengawas peperiksaan"time ni, shahril dengan tidak teragak-agak untuk mendapatkan jaapan daripada aku yang aku beri semasa menjawab tadi.
Alhamdulillah, habes satu paper, tergerak dalam hati aku untuk pulang kerumah, tapi masih 50/50. tidak ketahuan lagi. rindu sangat terasa kepada rumah. Petang itu, aku merasa sakit hati dengan seseorang ni, dia memang selalu buat aku saket aty, kali ini aku tekad untuk pulang, mungkin dengan pulang kerumah aku dapat melegakan penyakit hati aku ini. Terus aku mencari tiket, alhamdulillah, ada tiket ke Kluang malam tu juga, dan aku pun pulang. Aku berasa lega berada di kampung halaman, tenang dan damai. Selama 4 hari lebih kurang aku di rumah.
Paper kedua(pengantar Pengurusan BPMN 1013)
Aku sebenarnya sudah mengulangkaji pengurusan ini bersama rakan - rakan perkim di library, tetapi, tidak menghabiskannya. atleast aku tidak berasa berat la untuk study sendiri..
alhamdulillah, dapat kuhabiskan baca satu buku tu, dan menjawab dengan tenang walaupun hati ini kesakitan akibat daripada kecelakaan yang menimpa motor ku, aku bersabar dan redha apa yang terjadi, inilah yang dikatakan ujian dalam ujian. aku terima YaAllah.aku anggapkan ianya sebagai satu kafarah untuk dosa-dosa ku yang lalu dan yang akan datang.
Paper Ketiga (Kenegaraan Malaysia SADN 1033)
Pada awalnya paper ini sepatutnya dijalankan pada 1 hb mei, tetapi perlu diawalkan atas sebab hari pekerja 1 hb mei itu dan merupakan cuti umum. tapi x mengapa, aku terus study, aku hanya mengharakan pada soalan2 lepas, malam sebelum exam tu baru aku baca dan buat sampai terpaksa meminta soalan abg chik n azi.terimakasih ya..hehehe...alhamdulillah, banyak juga soalan yang aku buat itu keluar. gembira rasanya.
Paper Keempat( Pengatar Statistik SQQS 1013)
Paper kira-kira, macam macam latihan aku buat untuk memahirkan dalam peperiksaan nanti, study group pn ada bersama kak asma`. kak asma` banyak bantu aku dalam memahamkan statistik ini. Terima Kasih Kak Asma`.tp malang nya soalan tidak dijangka susah begitu, banyak juga yang aku tidak dapat kujawab. sedih rasanya jadi begitu.
Paper Kelima(Pengantar Pemasaran BPMM 1013)
Ini satu lagi paper yang aku hanya bergantung pada soalan, aku hanya buat soalan tutorial sahaja, dan soalan lepas tidak kubuat, kerana aku mengikut kata-kata cikgu izzah dia hanya buat soalan dah boleh A, dan aku cuba mengikuti langkah itu, alhamdulillah, aku dapat gambran dalam menjawab soalan peperiksaan itu. syukur alhamdulillah.
Paper KeEnam (Bahasa Arab untuk Muamalat-BPLS3103)
Alhamdulillah, sampai keakhirnya aku menduduki peperiksaan untuk semester ini, dan aku sanagat yakin bahawa paper ini sangat mudah dan juga rakan-rakan yang sentiasa meyakinkan aku, namun aku tdiak berhenti untuk mengahafal dan membaca semua bab walaupun sedikit. tetapi malangnya soalan sangat susah, dan markah terlalu tinggi untuk satu soalan yang pendek itu, namun aku jawab je ape yang aku tahu, alhamdulillah..
sekarang hanya tinggal doa dan tawakal sahaja kepada Allah s.w.t. selawat dan salam kepada baginda. mudah-mudahan segala usaha aku selama ini menjadi kenyataan yang hebat dan mendapat keredhaan yang paling penting. ..
mungkin lama tidak mendengar khabar dari ku yang entah kenapa tiba2 menyepi..kononla sibuk sangat, sibuk dengan apa je la aku ni kan...udah la, lama x tulis ni..ni pon rasa malas nk tulis ni..haddoii..... excited sangat nk tulis kat atas kertas soalan ni.. HUHUHU....padahal bulatkan je yg banyak sempat lagi balik johor time exam...hampeh tol zakwan ni, rindu la kat rumah, mak n abah. lau x balek la ni, mmg balik sebulan lagi la..berbalik pada paper exam tdy, sem ni alhamdulillah sama rata, 3 objektif n 3 lagi bertulis.. sakit jgk woo nk jawab objektif 2.. pening2 sampai demam aku dibuatnya, tapi aku ni kan kuat. so jgn layan sangat pening2 tuh, wat x tahu je.. ni pown aku tgh mamai ni, bahaya kalau bwk motor nnty terbabas like my friend raider my moto. habes rosak moto ku. so aku dok dalam bilik jela melayan persaan sorg2, mesage org xnk balas...huhuhu...xpe2.saba ea zakwan, innallaha ma`na...banyak igt kn DIA daripada kamu mengingati manusia secara berlebihan..manusia akan membuat kamu berduka satu hari nnti tapi TUHAN akan memberikan kamu kebahagian satu hari Nanti sekiranya kamu selalu igt kan DIA...seperti dalam hadis qudsi yang diwahyukan oleh ALLAH s.w.t. kepada Junjungan besar Muhammad s.a.w. yang berbunyi:
"jika kau dekati Aku sejengkal nescaya aku akan dekati kamu sehasta. jika kamu ingati Aku dalam khalayak ramai nescaya aku akan dekati kamu dalam khalayak ramai yang lagi mulia, jika kau datang kepada KU dengan berjalan, nescaya akan Ku dekati kamu dengan berlari" au komakol...
Pnjg lagi hadis nih, ish, lupa dah aku, byk sangat wat dosa, astaghfirullahalazim...taubat zakwan.!! Teringat pesan cik ani, mama ayu.."zakwan...jangan tinggal solat, jangan lupakan ayat al-quran yang dah dihafal, ingat sampai bila2"terharu aku membaca kata2 cik ani, terima kasih cik ani, walaupun dulu jumpa tegur macam 2 je, tapi x pernah lupa nasihatkan aku, dah macam anak sendiri dah..patotla kasmah happy bila dia datang ukm. untung la sapa jadi anak dia. keluarga bahagia insyaAllah. next exam 29th april for paper "application for statistik", subjek yang paling aku x paham bila belajar dalam kelas, tapi bila kak Asma` ajar baru jelas, alhamdulillah, terima kasih kak, inysaAllah dengan pertolongan akak dalam mengajar saya dan rakan2 yang lain dapat membantu kami dan juga diri akak sendiri dalam peperiksaan ini...semoga setiap ajaran akak itu deberkati Tuhan walaupun kami selalu kelewatan datang...hehehe..maaf kak.. bukan salah kami, kami bangun lewat..hehe..
ok la, nk sambung study pulak nih...i want to get A in statistik application..pray 4 me my friends..thanks Allah, thanks ma n pa, thanks umi n abi, thanks friends...jazakallah khairan kasira wa khairu jaza...
Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula .
Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan isterinya , dengan itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada di dalamnya .”
Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt .
Imam Al-Bukhari dan Imam muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki sebab kaum wanita .”
Imam Muslim juga meriwayatkan dalam shahihnya ,daripada Abu Said Al-khudri bahawa Rasulullah saw bersabda , maksudnya : “Hendaklah kalian takut terhadap (Godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita .”
Ibnu Abbas mengatakan , “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir , kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita(juga) .”
Said Ibnu Al-Musayyab berkata ,” Setiap kali syaitan berputus asa menganggu seseorang ,maka ia akan melancarkan ganguannya melalui wanita .”
Demikianlah dimana pelaku maksiat semakin terjerumus dalam dosa . Antara syaitan ini ada yang ‘pakar’ membuat indah pada tubuh wanita , sehingga tertarik kepada lelaki melihatnya .
Syaitan melakunya siang dan malam , tanpa putus asa sehinggalah ramai manusia terjerumus kepada dosa dan fitnah wanita ini .
Sesungguhnya Allah membentangkan Tangan Nya pada siang dan malam hari ,bagi menerima taubat para hamba-hamba Nya…persiapkan diri dengan persiapan sebaiknya untuk bertemu Yang Maha Esa.
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
1 minit untuk mengingati Allah
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan: *SUBHANA'LLAH *ALHAMDULI'LLAH *LA I LAHA ILLA'LLAH *ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRU' LLAH *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
P/S:Terima kasih kepada sahabat ku kasmah yang menghantar email ini kepadaku untuk aku sampai-sampaikan kepada yang lain. Dengan cari ini insyaAllah,ratusan manusia akan dapat membaca nya, insyaAllah mengamalkan nya sekali dalam kehidupan seharian seta mengingati Allah lebih daripada kita mengingati manusia yang tiada kuasa mengubah atau menentukan sesuatu keadaan sekalipun ia berjanji akan melakukannya, ingatlah janji Allah itu pasti, syurga Allah itu benar usaha la diri kita sama-sama untuk kita berada di taman Syurga yang penuh indah satu hari nanti...aminnn...barakallahufik....