Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, May 30, 2010

Sayyidatina Aishah r.a.h. di fitnah...

SATU peristiwa penting yang pernah berlaku dalam sejarah Islam ialah peperangan Bani al-Mustaliq. Peristiwa itu berlaku pada Isnin, hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah.Pada waktu itu, Nabi Muhammad saw bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.Dalam
riwaya...t Imam Muslim, dijelaskan serangan terhadap Bani al-Mustaliq dibuat tanpa amaran. Perkara itu kerana Rasulullah sudah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.Bani itu dianggap berperang dengan orang Islam sejak membantu orang Quraisy Makkah dalam peperangan Uhud.Mereka yang diserang secara mengejut, kebingungan dan tidak mampu melawan dalam tempoh masa yang agak lama.

Daripada peperangan ini, dicatatkan rampasan perang yang diperoleh ialah 1,000 unta dan 5,000 biri-biri. Kira-kira 200 orang ditawan dan ada pendapat yang menyatakan 700 orang.Rasulullah dan sahabat kemudian pulang ke Madinah pada Ramadan selepas peperangan itu.Dalam perjalanan pulang inilah, berlaku peristiwa yang menggoncang kerukunan rumah tangga Baginda berpunca daripada tindakan jahat yang dilakukan oleh golongan munafik pimpinan Abdullah Bin Ubai.Isteri Rasulullah, iaitu Saidatina Aisyah, difitnah curang terhadap Baginda. Ini adalah peperangan psikologi yang begitu hebat melalui hasutan dan fitnah peristiwa al-ifk yang dipalsu dan diselewengkan oleh orang munafik.Aisyah bersama Rasulullah dan tentera Islam menyertai peperangan Bani al-Mustaliq. Setiap kali Rasulullah keluar berperang, Baginda akan mengundi siapakah di kalangan isteri Baginda yang menyertai peperangan itu. Ketika itu, undian berpihak kepada Aisyah.

Dalam perjalanan pulang, ketika orang Islam semakin hampir dengan Madinah, tentera Islam singgah di kawasan perhentian. Pada kesempatan itu,
Aisyah keluar untuk beristinjak dan tanpa disedari anting-antingnya jatuh ketika menuju kawasan perkhemahan.Beliau menyedari kehilangan anting-antingnya itu dan kembali ke tempat beliau beristinjak untuk mencarinya. Selepas menjumpainya, beliau pulang
semula ke tapak perkhemahan dan alangkah terkejutnya Aisyah kerana ketika itu, tentera Islam sudah meninggalkan tempat itu dan meneruskan
perjalanan pulang ke Madinah.Tinggallah beliau di tengah padang pasir sambil mengharapkan kafilah orang Islam berpatah balik mencarinya.Selepas
tentera Islam menyedari ketiadaan Aisyah, mereka berpatah semula untuk mendapatkannya.

Pada masa sama, Aisyah ditemui sahabat Rasulullah bernama Safwan al-Mu'attal yang juga ketinggalan. Ada riwayat lain menyatakan beliau tertidur.Safwan dan Aisyah memasuki kawasan Madinah pada waktu siang hari, selepas Baginda dan tentera Islam memasuki kota Madinah. Kedatangan
kedua-duanya ke Madinah diperhatikan oleh penduduk kota itu, antaranya golongan munafik yang dipimpin Abdullah Ubai.Dia mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan fitnah bahawa Aisyah berlaku curang dengan Safwan. Abdullah Ubai juga mendorong Mistan Ibn Athathah, Hassan Ibn Thabit dan Hammah Jahsh untuk mempercayainya.Rasulullah duka cita dengan propaganda yang dilakukan orang munafik.Dalam masjid, Rasulullah mengisytiharkan Baginda mempercayai isteri dan sahabatnya.Peristiwa
ini memberi kesan mendalam ke atas diri dan keluarga Rasulullah kerana ada sahabat yang terpengaruh dengan fitnah yang tersebar luas di kota Madinah. Bahkan ada sahabat yang mencadangkan Rasulullah menceraikan Aisyah.

Selepas itu Aisyah sakit dan meminta izin Rasulullah untuk pulang ke rumah ayahandanya, Saidina Abu Bakar dan diizinkan Baginda.Aisyah berdoa semoga Allah memberitahu rasul-Nya beliau masih suci dan tidak bersalah.Wahyu tidak turun selama sebulan dan keadaan itu menyebabkan Baginda tidak dapat membuat sebarang keputusan atau fatwa.Kesempatan itu diambil oleh golongan munafik untuk mencemarkan maruah dan menyakiti hati Baginda dengan pelbagai perkataan.Pada saat itu, Rasulullah berharap turunnya wahyu bagi menenangkan hati dan menghentikan tohmahan orang munafik serta mempertahankan kesucian isteri dan keluarga Baginda.Selepas menunggu hampir sebulan, akhirnya Allah menurunkan wahyu melalui firman-Nya dalam Surah an-Nur ayat 11 hingga 20 bagi menyatakan Aisyah tidak bersalah.Rasulullah
menjatuhkan hukuman hudud kepada Mistah, Hassan dan Hammah kerana fitnah yang dilakukan mereka. Namun, Rasulullah tidak menjatuhkan hukuman kepada Abdullah Ubai kerana Allah akan tetap menjatuhkan
hukuman yang lebih berat kepadanya di akhirat.

Daripada peristiwa peperangan Bani al-Mustaliq dan peristiwa itu, beberapa undang-undang digubal, antaranya:-

1- Kebenaran menyerang tanpa memberi amaran seperti yang dilakukan kepada Bani al-Mustaliq yang sudah disampaikan dakwah kepada mereka.

2- Jika ada yang belum menerima ajaran Islam, seseorang didakwahkan dan dipelawa menganut serta menerima dakwah Islam sebelum memerangi mereka.

3- Kebenaran membuat undian antara isteri untuk seseorang bermusafir seperti undian yang dijalankan Rasulullah.

4- Wanita turut dibenarkan terbabit dalam kempen ketenteraan bagi membantu tentera Islam, tetapi bukan sebagai anggota tentera peperangan.

5- Pelaksanaan hukuman hudud kepada sesiapa yang melakukan fitnah tanpa mengemukakan empat orang saksi.

6- Kebenaran menawan musuh sebagai tawanan perang. Peristiwa al-ifk jelas menunjukkan sifat kemanusiaan Rasulullah walaupun berdepan dengan saat memilukan dan menyedihkan.

7- Pergantungan Baginda kepada Allah dan wahyu-Nya tetap utuh. Sesuatu tindakan tidak dilakukan secara melulu hingga Baginda merujuk kepada wahyu Allah.


Inilah yang sepatutnya yang dijadikan pengajaran kepada orang Islam supaya sentiasa menjadikan wahyu Allah sebagai rujukan terhadap sebarang permasalahan yang melanda dalam kehidupan. Bayangkanlah, isteri dan keluarga nabi sendiri difitnah, apatah lagi diri kita sebagai hamba biasa yang sering alpa dan leka, kembalilah kita kepada Tuhan yang maha Agung, rujuk kembali setiap musibah yang datang kepada kita sama ada daripada atas, bawah depan mahupun belakang...peliharalah iman kita supaya tetap teguh hanya kepada rabbul izzati.

Friday, May 21, 2010

yang mana satukah nikmat Tuhan yang hendak kamu dustakan

assalamualaikum...

alhamdulillah, wasyukurillah...pagi tadi, dapat juga aku bangun subuh secara berjamaah di masjid..mana x nya..tido kat masjid kn..huhu..bangun je, aku solat subuh, dan buka quran sbentar..quran yang aku beli ketika di taman islami MAAHAD JOHOR 2 tahun yg lepas. aku bawanya kemana sahaja, mudah., sebab dy ada tafsiran nya sekali, senang nk buka, dalam bas pun ley buka, n baca....tp aku jarang buat, hati aku keras x mahu buka, issh..astaghfirulahalazim...x pela, dapat pahala bawa quran pun jadila...pagi tadi aku buka dan baca surah ar-Rahman, lama x buka surah ni, aku penah sruh anak murid aku hafal, then aku scara x sgje terhafal..huhuhu....mula2 aku dgr ayat ni, supupu aku baca time hari keluarga atok amin, zunnurain baca, mengalir air mata aku secara tiba2..mengapa aku mengalirkan air mata?kerana ada ayat inibanyak kali ALLAH ulang ayat ni.31 kali.byk, dan menyedihkan kerana terdapat ayat ancaman, janji dan peringatan untuk hambaNya.....dan pagi tadi, aku buka dan baca sorang diri dalam masjid yang besar ini, bergema suara ku...lalu air mataku mengalir....
mengapa?kerana aku teringatkan kisah malam tdi nya, a
ku memarahi seseorang,patotkah aku memarahinya?sedangkan ALLAH itu maha Pemurah lagi maha penyayang, tapi kenapa tidak aku, aku hambaNYa....langsung tidak ada sifat penyayang langsung....maafkan ku teman andai aku ada terlepas kata..andai ada aku mengutuk kamu...habis satu surah aku baca, ustaz mokhtar x habis lagi baca..aku teruskan niat untuk mandi...


HAri ni, hari terakhir sarapan kat subaidah (mamak), makan roti ca
nai bersama zakwan ada pulak abg jalal...huhuhu...segan2....:),,wat tak tahu je...mamak roti canai 2!!siap!!haha...kenyang aku sampai kepetang, sampai ada org cakap saya buat2 tahan, kne gastrik baru tahu...hahaha...last2, makan jugak aku kat kedai char kuew teow tok wi kot nama nya, area kangar ..abg chik bawak, aku ikut jerk, perot tgh lapo..hahaha...boleyh tahan sedapla...

aku pusing2 bandar Kuala Perlis, mmg unik, pusing2 ke situ juga..yang best nya ada jeti ke langkawi..huhuhu....nnty aku nk pegi sekali dgn family aku...sabar ea awak, nnty saya akan bawa awak kesana..together2..huhuhu...dah tuh aku kol bang chik tanya umah dia kat mana?dy boley ajak aku p padang besar, aku pn on jela,,,hahaha....jalan sakan aku hari ni...sampai umah dia kat simpang empat, terus gerak, sengal bang chik xnk solat dulu.hahaha..dah azan asar kot..xpe2..layan2 kepala org tue..huhu....

dipadang besar, ada pulak org nk tempah barang, benga
ng aku...aku dah la x pandai nk pilih2 barang,sampai je situ terus blur, bang chik tnya pn aku ckp ntah pape..hahaha...best la jalan2...sebelum p umah bang chik n padang besar, aku ada pusing2,nampak org tanam padi,..menarik, aku x penah rase cmne org tanam padi, tanam sawit biasa, bukan setakat tanam, sume aku penah buat tntg sawet ni,maklumlah abahku sayang ada kebun sawet, so knela tolong abah,tanam, baja, kait, agkat, sume la...kait sawet 2 aku x rety lagi, asyek fail je ble wat..abes rosak pokok 2....so bila aku tgok org tanam padii ni aku tgokla,tgok je...pas 2 amek gambar..hahaha...mesty pakcik 2 igt aku ni pemberita...hahaha...padahal....lagi teruk..hehehe...




balek dari padang besar, sggah umah bang chik, aku sempat
on9, dah bang chik hulur, aku terima jela..hahaha...face book zakwan, zakwan facebook, betara emas zakawan facebook..bang chik bebel....tgh kemas barang pn nk bebel..hahaha...

pas 2, kami pun pulang sama2 ke UUM....esok nk betolak dah ni, aku naik moto bang chik naik chared hitam dy, singgah sat kat c-mart arau, cari baju batik tok majlis perasmian nnty,aduh, aku dah la x rety nk pilih...susah la,men pakai amek je...lawa gak la..huhuhu...wane purple..20minit je dalan c-mart 2 sebab cuaca x bpe elok, dia jeles tgok aku nek moto..huhu...zakwan kat uum ni pn dah sound suh balik cepat..hahaha...tepat jam 10 moto aku masuk proton nih, tapi saya x sempat nk mesej awak terus, saya pnye HP mati,..dah 10 minit baru smpai..maaf wak lmbat,jnji kul 10 nk mesej kan....sowi99......tp xpe..aku mesej gak sebab dia kata ada benda nk bncang2...bincang2, sampai kul 1 sambil aku kemas barang tok sok, mkn sume, abes suma saya luahkan kat awak..thanks kos sud
i bincg2...hehehe...mcm ni yang kita mahukan...hope awak sbo ea dgn kerenah saya, yang gler ni..hahahaha...papa hal pun awak mmg untuk saya...hehehe...pas 2 dy pn dah tdo...tgh tdo pn boley bg mesej....rindu sgt la 2,xpe, nnty kita jumpa ea..masak sedap2 tau....jgn suh mama,nk awak yg masak...hahaha....


lastly........aku online di uum zone ni.....buat kali yang terakhirnya dalam semester 2 ni...selamat tinggal UUM ZONE..aku pasti rindu kau yang selalu stuck, sebab rumah aku x ada wireless...hahaa...pape hal pn. aku cuba update blog ni, semiggu sekali paling kurang....tapi lepas program CEOS MIND ni la..esok dah start...dan aku betolak dari sini jam 8 pagi di mall...huhuhu....selamat tinggal UUM..U i sayang u...:)))))

cuaca gelap..xjelas.,..sori awak...huhuhu

Thursday, May 20, 2010

Nafsu amarah

Sekian lama aku tidak melepas kan kemarahan aku kepada manusia, selama ini, bila org buat salah kat aku, aku sabar, aku terima apa salah aku, aku tabahkan diri aku untuk terus hidup walaupun aku disakiti macam mana pun aku tetap sabar, moto aku accident pon aku sabar, org kata aku macam2 pn aku sabar, tapii malam tadi, setelah 3 tahun aku tak marah orang, akhirnya aku memarahi sesorang ini yang paling aku sayang. Dulu aku marah kat budak2, budak dorm aku form 1, itu pun sebab diorg x bersihkan dorm..habes mak bapak budak 2 datang jumpa aku, malu seyh. kesian budak F1 tuh, skrg dah f4 kot, harap2 la dy x ikot jejak lgkah aku..huhu...

Tadi dgn x smena nya, aku kol budak ni, abes krdit aku..hahahaa....mana x nya, marah2 org, sebelum aku mmg x penah marah org dgn spenuh aty macam 2, bayangkanla beb, dy kata aku jahat beb..agak2 la seyh, aku ngaku aku jahat, aku tahu, tapi ko jgn pike aku ni malaikat,...sume nya kne baik2 belaka....aku x nk la ungkit salah2 yg ko buat 2, tpi pandai2 la ko pike sndiri kan..mmg marah gler la...naseb baek org kat galeri semua pegi miting kat BME atas termasuk la adik aku ni...hahaha....pas 2 time aku marah boley pulak dy gelak2....weh, ko x taw ke aku tgh marah ni ha?yg ko gelak pasal pe?hahaha...padan muka ko.....aku dh lama tahan sume ni, tiba masa untuk letupkan je..then,skrg dah pn meletup...abes crte.....kerdit aku pon abes, awak x payah nk merayu mesej daripada saya..hahaha....

walaupapepun, saya mmg seorang yang jahat lau awak nk tau, saya mmg dilahirkan sebagai seorang manusia, bukan malaikat ok?saya mintak maaf sangat2 buat awak macam 2 n macam ni.....xde sapa ley lari dari kesilapan....pape hal pun...semoga berjaya semua...and yang kena tempias saya ni, harap2 jangan marah2..hehehe.....saya cerita kat dy sume.....hope awak puas.......


manusia xakan pernah mengatakan ia tidak akan buat lagi, sekalipun ia berjanji, kerana syaitan sentiasa menghasut manusia. kesimpulannya, jgnlah berjanji selagi kita tidak mampu untuk melakukannya itu.....


semoga bahagia....ceria2 selalu...


gudluck 4 the all ceos mind comitee!!!sori kacau port korg ni...huhuhu....wan syafawati!aku nk ko sambut aku n the geng nnty kat sana..hahahaha...:)

Wednesday, May 19, 2010

Alhamdulillah wa syukurillah.....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Segala puji bagi Tuhan pencipta sekalian alam, Dialah yang menciptakan langit dan bumi, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia.

Aku bersyukur kerana dalam keadaan aku memerlukan sesuatu, DIA akan beri pertolongan itu, banyak kali aku dalam kesempitan aku diberi pertolongan itu, tapi sejauh mana aku bersyukur?tidak sedikit pun aku menunjukkan diriku ini untuk bersyukur, malah aku tetap melakukan maksiat kepadaNya, aku seakan-akan tidak rasa bersalah melakukan perkara keji itu, malah aku gembira untuk terus melakukannya, kerana syaitan telah menguasai diriku ini, aku lemah dengan godaan daripada iblis laknatullah. Aku mohon daripada Ilahi agar diberikan satu perubahan pada diriku ini untuk terus hidup di dunia yang fana` ini.

yaAllah, aku mohon pada Mu agar ditetapkan hatiku ini kepada agamaMu, agar iman ku hanya kepadaMu ya Tuhan rabbul izzati walau sejahat mana pun hatiku ini, kau bersihkanlah ia yaAllah,berikanlah aku ketenangan dalam kehidupan ini bersama keluarga ku yang tercinta...amin yaAllah....:)

Friday, May 14, 2010

English oh english....

Bismillahirrahmanirrahim...

English Comunication dah nak tamat, tapi aku punya english tetap rasa lemah sangat. Aku tak tahu macam mana nak improve english aku ni. Aku kecewa bila satu hari nanti, bila umur ku meningkat, aku masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris ni. Terdetik dalam hati aku, kalau aku punye english tak bagus, tak pandai cakap english, macam mana aku nak berdakwah dan berinteraksi dengan orang yang hanya tahu english saja, dan paling penting macam mana aku nak dapatkan perkerjaan yang lebih baik? macam2 persoalan bermain dalam fikiran aku sekarang ni, dan yang paling utama macam mana aku nak perelokkan english aku..

satu hari, lecterur ada bagi cadangan kat aku, aku dengar dan aku cuba ikut. lecterur tu cadangkan supaya aku berhenti baca surat khabar BM. dia minta aku baca paper english, everyday kena baca paper BI, aku cakap balik kat lecterur 2, saya dah cuba satu masa dulu, tapi hanya sekejap aku buat begitu.lecterur pun balas semula"manusia biasalah, cepat rasa jemu, jadi kamu jangan jemu, jangan putus asa untuk terus lakukan apa yang saya cadangkan tadi"aku cakap aku akan cuba.huh....

dan sekarang, aku cuba dan akan terus mencuba sampai post ni pun akan bertukar menjadi english semua..hahaha,...aku akan cuba satu hari nanti akan jadi begitu..huhu...

pada siapa yang bekenaan, maafkan saya sebab saya buat awak macam ni, saya tidak mahu rasa disakiti buat kali keberapa saya tak tahu, saya harap awak faham, dan awak sahaja dalam hati saya. Saya akan cuba untuk setia, saya cuba..Doakan sajalah kejayaan kita bersama macam mana yang awak bagi kat saya tempoh hari...sekian...wasalam...

Sunday, May 9, 2010

The beginning Of English Communication

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan kepadaku umur yang panjang untuk aku terus menikmati udara segar.

Pagi ni aku dapat solat berjamaah bersama rumate yang menggila (irfan) walaupun malam tadi aku tidor tak berapa nk cepat, tapi dapat jugakla bangun awal dan solat subuh berjamaah.

Sebenarnya post ni aku buat untuk semalam, tapi disebabkan wireless memang jeles giler kat aku sampai dia tak bagi aku post, aku postpone pagi ni, alhamdulillah dapat. THANKS UUM ZONE...huhuhu.

semalam bermulalah sesi baru aku disini iaitu english communication II, alhamdulillah lecterur boleh masuk walaupun terpaksa masukkan diri dengan diri, banyak benda dia suruh buat, ikutkan aku kena post dalam english ni, tapi sat lagi la.hehehe. insyaAllah i will be post in english version after this until my result was exist, even my vocab very poor, but im try to do it. Allah not change one race until they are not caring out their self to change. i like english lenguange because, in one time i want to talk abaout relegios in english version to non muslim insyaAllah, the great hopefull.

presentation from group 3 after my group

Saturday, May 8, 2010

Kekasih hati yang amat ku rindui

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

waktu ini mungkin semua sedang enak di buai mimpi di bumi malaysia ini, tapi kasihku yang amat aku rindui mungkin sedang khusyuk menelaah pelajaran di bumi anbiya` sana.aku harapkan kau bahagia disana dan mendapat ketenangan dalam meneruskan hidup sebagai mahasiswa al-azhar. aku bangga punyai sahabat seperti kamu, kau sungguh tabah, walaupun banyak cabaran sebenarnya untuk aku pergi kesana, tapi kau sungguh kuat, semoga Allah dapat membalas segala sumbangan kamu untuk mengutip ilmu-ilmu yang ada disana dan kau pulang ke Malaysia dengan berguni-guni ilmu dalam dada kamu itu, aku doakan kau berjaya disana bersama sahabat-sahabat yg lain, gambarmu sentiasa ku tatapi di meja belajar ku ini, ia memberikan aku semangat untuk terus berjaya...selamat berjuang sahabat ku AIDIL ALIFF ABDUL MAJID. aku merindui kamu pabila aku punyai masalah, aku perlukan kamu seperti mana zaman persekolahan kita.




ini lah dia insan yang kurindui kerana Mu ya Allah......

makan la dulu wahai sahabat!!


maaf wahai sahabatku, wahai temanku, andai ada aku melakukan kesalahan kepada kamu semua, aku tidak berniat untuk melakukan kesalahan sebegitu terhadap kamu semua, dan itu ketentuan Ilahi, maafkanlah aku.

Friday, May 7, 2010

Harapan Kepada page Baru Blog ini...

Alhamdulillah, beryukur tidak terhingga ku panjatkan kepada Mu, kerana telah mencapaikan impian ku untuk menukar templete background blog ini. Terima kasih juga kepada rakan yang sudi mengajar cara untuk melakukan semua ini, walaupun dia berada diselatan Malaysia dan aku di utaran Malaysia, tapi dapat menyumbangkan buah fikirannya. Tak sangka budak ini graduan maahad johor, dan pernah dahulu dia melakukan kesilapan kepada ku,(tidak sengaja), mungkin ini timbal balik daripada kesilapan itu,kecilnya bumi ini, besar nya kuasa Tuhan yang dapat menemukan kami, dan menjadikannya sebagai guru kepada ku dalam blog ini, nama penuhnya aku tak tahu, tapi nama dalam skype disuruh panggil ainisha.terima kasih awak.blog awak sangat cantik..haha...udah2 xley puji lbey..huhu...ok..


lihat baju yang kubawa itu....huhuu


Semoga dengan perubahan yang aku lakukan terhadap blog ini dapat memberi kan aku semangat untuk terus bergiat aktif dan menceritakan pengalaman ku dalam melaksankan program dan yang paling penting, segala apa yang diajar dalam kuliah dapat aku kongsikan dalam blog ini insyaAllah, semoga sahabat semua terhibur dengan blog hambaNya yang lemah lagi hina ini.

PENGALAMAN KU SEPANJANG MINGGU PEPERIKSAAN…

Alhamdulillah,kini aku telah pun Berjaya menghabiskan peperiksaan untuk semester 2 ini…

Banyak dugaan, rintangan juga ujian yang aku lalui sepanjang minggu peperiksaan ini, sudahla aku punya jadual disusun rapi oleh Allah S.W.T. melalui pihak HEA. Sangat cantik dan sangat menarik jika di lihat. Subhanallah…

Aku bersyukur tidak terhingga dengan jadual yang ku dapati ini kepada TUHAN yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. DIA sahajalah yang memahami diriku ini sepenuhnya kemudian baru diikuti ibu bapaku yang banyak memberikan aku keredhaan dalam meneruskan hidup ini. Syukur Alhamdulillah. Aku bersyukur pada Mu ya Allah.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan aku semangat untuk terus dan terus belajar walaupun aku terpaksa menghadapi cabaran yang datang melintang, menegak dari atas bawah kiri dan kanan.. Sahabat, sungguh indah ikatan persahabatan kita ini jika disulamkan dengan keikhlasan kepada ALLAH S.W.T. teringat pesan seorang sahabat ku waktu di taman kasih islami (Maahad Johor) dahulu “sahabat adalah mereka yang apabila kita melihat wajahnya membuatkan kita teringat pada nikmat dan azab daripada ALLLAH, kata-katanya membuatkan hati kita sentiasa berzikir kepada ALLAH,itulah sahabat.

“ Terima kasih tidak terhingga buat :> Abdul Hadi, Audi Nazari, Abg Chik,Jalil Tajuddin, Hilmi Aminuddin, Haizad Halim, Shahril Suksis, Shahril Salman , Nazmi Jimi, Qayyum, dan ada juga sahabat muslimah yang sudi membantu aku,( maklumlah lelaki tak boleh hidup tanpa wanita ~no women man die~ sebab itulah Allah ciptakan Siti Hawa daripada rusuk kiri nabi Adam alaihissalam) sama lah seperti aku ni ada juga sahabat muslimah yang sudi menolong aku x kira yang satu DPP , dua DPP, satu Kolej, dua Kolej, satu Universiti, dua Universiti dan ada juga satu Malaysia dua Malaysia iatitu abang dan kawan aku yang warganegara Malaysia menetap di luar Negara sana (tapi yang ini untuk lelaki jela, muslimah setakat satu Malaysia je,hehehe). Siapa ea yang beruntung menjadi rakan , sahabat (muslimah) buat aku yang hina lagi dina ni,jeng2…itu lah dia: Kak Asma`, kak Fathihah, cikgu Izzah, Siti Mariam, Wan Syafawati, Dieyana, Kasmah, adeq aida, Miska, jijah., and the Group sport study statistic:<>


Paper pertama,,,(FEQH MUAMALAT BPMS 2013)

Ok lah. Bermula dengan hari pertama. Petang sehari sebelum peperiksaan Fiqh muamalat, aku di ajak abg chik pergi café DPP muamalat, katanya nak bincang-bincang pasal Fiqh Muamalat dekat pusat sukan, sekali tu, bila dah tiba pusat sukan, tiba-tiba, awan mula menitiskan air matanya membasahi bumi yang gersang dek air daripada langit. Alhamdulillah, hujan turun membawa rahmat sehari sebelum aku mula untuk mengambil peperiksaan, kesyukuran tidak terhingga, dan aku mengambil kesempatan waktu itu untuk berdoa pada yang Esa supaya diberikan kemudahan dan kesengan untuk aku menjawab soalan peperiksaan pada esok harinya. Antara waktu yang mustajab doa nya adalah waktu hujan lebat. Memang pada waktu itu lebat selebat-lebatnya. Subhanallah. Café yang ditutupi atap pun sudah dinaiki air sehingga kami tak dapat berbincang mengenai paper esok hari nya. Aku tidak berhenti berdoa didalam hati sambil takjub dengan peristiwa itu. Allhuakbar! Kami menunggu hujan reda, dan dalam menunggu tu, abg chik pelawa aku untuk sama2 ke group discussion kat library malam nya. Aku spontan cakap, “boleh, insyaAllah, tapi hang kena datang proton amek aku, sebab hujan lebat ni” than kitorang pun deal terus tunggu pergi sama2 ke library. Huh, hujanndah pun teduh, kitorang pun balik siap2 untuk malam ni. Aku pun bersemangat, awal lagi dah siap tunggu abg chik dalam bilik, n dalam masa yang sama bang chik dah tunggu aku kat bawah, huhu, x tahu lak dia dah ada kat bawah. Aku pun turun n masuk dalam kereta, masuk2 tengok dalam kereta tuh ada shahril, abg chik and sorg lagi ni aku x kenal. Muslimah. Aku pun wat tak tahu jela dengan muslimah sorang ni. Sampai je library, aku tanye abg chik, “dak muamalat ke ni?”, abg chik pun jawab, “xada lah, dak enterpenurship” huh. Tekejut aku, gaya macam budak muamalat. Huhu.. teruskan study group, bagi tugas masing2, aku dapat bab 7- 13. Abes baca, kena bentang. Pokpek pok pek, pukul 11 dah jam, x dan nk abes kan sampai chapter last, 2 chaoter je dan..huhu.. tekejut abg chik ajak pergi makan, x penah makan tengah malam macam 2 selama duk UUM ni, dari sini la aku belajar makan ditengah malam. huhuhu. Baliknya, aku pun belek sekejap buku Fiqh muamalat sampai aku tertido. Fuh,seakan akan merasai nikmat malam pertama. Aku merasakan tidur bersama buku dan nota Fiqh Muamalat, semalaman aku bersamanya, aku tidur bagaikan tidak menyedari, tapi Alhamdulillah, aku dapat bangun awal dan sempat menunaikan solat subuh berjamaah di surau, berbanding hari sebelumnya, aku bangun setelah ditelefon oleh mak, aduh bengang betol waktu tu dengan mak, dah bangun lambat pas 2 jeng3. Tuhan nak uji aku sehari sebelum peperiksaan bermula. Astaghfirullah hal azim. Pagi yang indah hari tu, aku melangkah dengan tenang ke bilik air untuk ambil wudhu` , aku sempatkan untuk solat sunat dua rakaat, kemudian terus ke surau menunaikan solat subuh. Aku mohon buat kali yang terakhir pada Allah, agar apa yang aku baca, apa yang aku faham, dan apa yang aku ingat itulah yang keluar dalam peperiksaan. Huh, menitis air mata seorang lelaki bernama zakwan ni. Sedih kalau Tuhan x nak beri petunjuk dalam dewan exam nanti.

Aku bersiap, n tepat jam 8pagi aku keluar bilik, aku cuba sempatkan untuk makan kat mall, tapi xsempat juga, hanya sempat untuk menambah nilai kredit telefon ku sahaja untuk telefon mak, sempat aku telefon mak depan dewan exam. Aku minta dia doakan aku n kirim salam pada semua akak n abang. Rindu pun ada kat rumah waktu tu, sebab semua balik, along, abg izan, kak uda, kak miza, semua ada kat rumah, aku jeles la, diorang dok rumah. Huh, aku lupakan sebab nk masuk dewan exam ni. Huhu. Di satu sudut berhadapan degan dewan, ada café DPP TM. Kat situ ada ramai budak imbas kembali pe yg dah pelajari, termasuk pasangan kekasih, yang tak sedar diri dah nk masuk dewan exam.huhu..(relek2, grau je kawan). Muhammad pun ada, nasrullah, wajdi , helmi, dan aku pun join la. Aku bukak fail aku, yang aku dah siapkan sebelum keluar daripada bilik tadi, mmg itu yang aku target keluar, tapi aku tak nak bagitahu org lain. Aku takut salah, nnty diorg salahkan aku. Lagipun itu gerak hati aku je, hati yang banyak buat maksiat ni, banyak buat dosa. Tengah2 aku baca, Muhammad datang. Dia cakap”weh sombong!!”pergh nirap tak nyirap kan aku, sabo2 zakwan, nak masuk dewan exam ni.aku pun balas”suke ati ko la mad, nk kata aku pe, mulut org mana boley tutup, cakap la pe ko nk cakap”huhu.pedas gak tuh, tediam dia, dia kata aku sombong sebab tadi aku Nampak dia time kuar daripada DPP, n terus bawak motor laju, aku nk kejar masa pergi ke mall (pentingkan diri gak aku ni..huhu)takpelah, lupakan. Muhammad memang macam 2.hehe. ok, jam dah nk pukul 8.30, ustaz nasri pun dah sampai, aku sedia masuk dewan ni. Langkah demi langkah ku iringkan dengan selawat ke atas baginda s.a.w. (pesan mak tu). Tiba di pintu dewan, shahril tunggu aku, adoi dalam hati aku kata, budak ni betul2 nk duduk sebelah aku, kacau la. Huhu. Takpe2, bia dia cari tempat, aku malas nak cari, ko nak duk sebelah aku, ko cari. Huhu. “Para pelajar diingatkan bahawa anda berda di dewan peperiksaan, sila patuhi undang2 yang termaktub dalam akta university kolej university.”huh, itu dia dah bagitahu awal2, aku pun ikut peraturan dari awal pertama, matikan telefon bimbit anda dan letak diatas lantai, kedua, letakkan slip peperiksaan, kad matrik, kad pengenalan, n segala peralatan yang tidak perlu berada diatas meja, perlu diletakkan diatas lantai.huh, sempurna semua aku buat, jam pun dah dekat pukul 9. “Baik para pelajar boleh mula menjawab sekarang” aku pun buka kertas soalan dengan basmalah n bacaan ayat pertama dari surah al-fath….Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan tenang dan damai.Paling tidak kuduga, segala apa yang aku masukkan dalam fail itu tadi, terdapat dalam soalan itu, maknanya apa yang aku targert semuanya masuk, syukur tidak terhingga aku panjatkan.Mengalir air mata ku melihat kertas soalan itu, tak sangka Allah masih mahu beri aku peluang, walaupun aku ini banyak melakukan dosa kepadaNya, ALLAHUAKBAR!!.

"calon2 diminta meletakkan pen anda, kertas akan dikutip oleh pengawas peperiksaan"time ni, shahril dengan tidak teragak-agak untuk mendapatkan jaapan daripada aku yang aku beri semasa menjawab tadi.

Alhamdulillah, habes satu paper, tergerak dalam hati aku untuk pulang kerumah, tapi masih 50/50. tidak ketahuan lagi. rindu sangat terasa kepada rumah. Petang itu, aku merasa sakit hati dengan seseorang ni, dia memang selalu buat aku saket aty, kali ini aku tekad untuk pulang, mungkin dengan pulang kerumah aku dapat melegakan penyakit hati aku ini. Terus aku mencari tiket, alhamdulillah, ada tiket ke Kluang malam tu juga, dan aku pun pulang. Aku berasa lega berada di kampung halaman, tenang dan damai. Selama 4 hari lebih kurang aku di rumah.


Paper kedua(pengantar Pengurusan BPMN 1013)


Aku sebenarnya sudah mengulangkaji pengurusan ini bersama rakan - rakan perkim di library, tetapi, tidak menghabiskannya. atleast aku tidak berasa berat la untuk study sendiri..

alhamdulillah, dapat kuhabiskan baca satu buku tu, dan menjawab dengan tenang walaupun hati ini kesakitan akibat daripada kecelakaan yang menimpa motor ku, aku bersabar dan redha apa yang terjadi, inilah yang dikatakan ujian dalam ujian. aku terima YaAllah.aku anggapkan ianya sebagai satu kafarah untuk dosa-dosa ku yang lalu dan yang akan datang.


Paper Ketiga (Kenegaraan Malaysia SADN 1033)


Pada awalnya paper ini sepatutnya dijalankan pada 1 hb mei, tetapi perlu diawalkan atas sebab hari pekerja 1 hb mei itu dan merupakan cuti umum. tapi x mengapa, aku terus study, aku hanya mengharakan pada soalan2 lepas, malam sebelum exam tu baru aku baca dan buat sampai terpaksa meminta soalan abg chik n azi.terimakasih ya..hehehe...alhamdulillah, banyak juga soalan yang aku buat itu keluar. gembira rasanya.


Paper Keempat( Pengatar Statistik SQQS 1013)


Paper kira-kira, macam macam latihan aku buat untuk memahirkan dalam peperiksaan nanti, study group pn ada bersama kak asma`. kak asma` banyak bantu aku dalam memahamkan statistik ini. Terima Kasih Kak Asma`.tp malang nya soalan tidak dijangka susah begitu, banyak juga yang aku tidak dapat kujawab. sedih rasanya jadi begitu.


Paper Kelima(Pengantar Pemasaran BPMM 1013)


Ini satu lagi paper yang aku hanya bergantung pada soalan, aku hanya buat soalan tutorial sahaja, dan soalan lepas tidak kubuat, kerana aku mengikut kata-kata cikgu izzah dia hanya buat soalan dah boleh A, dan aku cuba mengikuti langkah itu, alhamdulillah, aku dapat gambran dalam menjawab soalan peperiksaan itu. syukur alhamdulillah.


Paper KeEnam (Bahasa Arab untuk Muamalat-BPLS3103)


Alhamdulillah, sampai keakhirnya aku menduduki peperiksaan untuk semester ini, dan aku sanagat yakin bahawa paper ini sangat mudah dan juga rakan-rakan yang sentiasa meyakinkan aku, namun aku tdiak berhenti untuk mengahafal dan membaca semua bab walaupun sedikit. tetapi malangnya soalan sangat susah, dan markah terlalu tinggi untuk satu soalan yang pendek itu, namun aku jawab je ape yang aku tahu, alhamdulillah..


sekarang hanya tinggal doa dan tawakal sahaja kepada Allah s.w.t. selawat dan salam kepada baginda. mudah-mudahan segala usaha aku selama ini menjadi kenyataan yang hebat dan mendapat keredhaan yang paling penting. ..


Terima kasih semua..:)