Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, November 21, 2010

Peperiksaan...

assalamualaikum w.b.t.

syukur Alhamdulillah kerana kita diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat hidup yang sementara ini dan untuk kita menjalani ujian yang bakal kita hadapi...

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk aku besedia berjuang di medan peperangan yang tidak kurang hebat dengan peperangan pada zaman sahabat dahulunya...

Persediaan demi persediaan yang aku cuba persiapkan bagi menghadapi ujian yang penuh getir ini. ujian dimana untuk menilai diriku sejauh mana kefahamanku semasa berada dalam semester 3 ini.

Doa siang dan malam dan malam telah aku panjatkan kepada Tuhan sang pemilik kejayaan yang abadi... Doa ku puhon sebelum belajar agar dikeluarkan dalam peperiksaan nanti apa yang aku baca, dan yang aku baca itulah yang aku faham. dan yang aku faham itulah yang aku ingat, dan yang aku ingat itu lah yang aku tulis atas kertas jawapan nanti dan apa yang aku tulis itulah yang dikehendaki oleh pensayarahku dan segala apa yang dikehendaki itulah yang akan aku amalkan dalam kehidupan seharianku InsyaAllah..... amin....

kini hanya yang tinggal sejuta kemaafan daripada sahabat sekalian andai ada terkasar bahasa, terguris kata, tersinggung hati, termakan dan terminum Mohon diampunkan serta dihalalkan semoga dengan keampunan yang kalian berikan akan memudahkan diri ini untuk menjawab soalan peperiksaan insyaAllah...

Terima kasih sahabat sekalian...
aku amat merinduimu sahabat...
aku rindukan rasulullah lebih dari aku merinduimu sahabat...
al-Fatihah buat junjungan besar S.A.W. dan juga untuk dirimu....
semoga kau tabah menghadapi detik-detik hari yang mendatang......

wassalam....


0 comments: