Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, November 14, 2010

Keberkatan dalam menuntut Ilmu Tuhan

suatu hari didalam kelas pertama kewangan Islam, pensyarahku bertanya dengan semua pelajar mengenai tujuan pelajar
mengambil kursus pengurusan kewangan islam yang diajarnya pada semester ini, kenapa tidak ambil pada semester
hadapan sahaja. seorang demi seorang ditanya bermula daripada pelajar lelaki. Dia seakan-akan ingin menguji
minda pelajar, lebih-lebih lagi pada waktu pagi.macam-macam jawapan yang diberikan oleh para pelajar antaranya
adalah:
pelajar A:saya ingin mendapatkan satu ilmu yang baru.
pelajar B:saya nak dalami lagi selok belok dalam kewangan dalam islam bermaksud disini saya ingin tahu macam
mana yang dikatakan tentang pengurusan kewangan Islam.
pelajar c:dalam Islam adalah dituntut untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk
,justeru saya ingin lebih lagi mendalami tentang kebaikan dalam sistem kewangan ISlam di Malaysia.
pelajar D:cita-cita saya adalah untuk menjadi penasihat syariah dalam sesebuah syarikat, dan apa yang diperlukan
untuk menjadi penasihat syariah ini adalah mahir dalam Ilmu kewangan Islam.

bermacam-macam lagi jawapan yang diberikan oleh para pelajar. ada juga yang mengatakan begini:"saya masuk kelas ni
sebab nk dapatkan segulung Ijazah saja". ok lagi jawapan yang itu, ada lagi yang lebih teruk mengatakan begini"saya
belajar kerana terpaksa, nak jaga hati ibu bapa sahaja.

itulah dia jawapan yang diberikan oleh para pelajar yang majoritinya pelajar muslim, yang ada basic tentang ilmu
agama islam yang cukup kuat. kita lihat pula ulasan dan jawapan yang diberikan oleh pensyarah. cukup mudah dan jelas
untuk kita fahami dan inilah yang sepatutnya dijawab oleh pelajar kerana mereka sudah ada asas Islam, tidak mustahil
jawapan yang diberikan itu betul, tapi disebalik jawapan itu perlu ada satu lagi jawapan yang jauh lebih tepat dan
perlu ada pada setiap pelajar. jawapanNya ialah KEBERKATAN.

mengapa keberkatan diletakkan sebagai subjek utama dalam mengecapi Kejayaan? jawapannya ialah, sekiranya kita
menuntut ilmu tanpa ada keberkatan daripada Ilahi, kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan seperti jawapan yang diberikan
diatas.
sekiranya kita belajar untuk mengejar kerjaya saja, susah untuk kita dapatkan apa yang kita impikan itu kerana
mungkin tiada keberkatan serta keredhaan daripada Ilahi.
macam mana ingin dapatkan keberkatan dalam belajar?
1)dampingkan diri kita dengan Tuhan robbul A`lamin kerana Dia adalah pemilik sebenar Ilmu yang kita pelajari.
2)banyakkan berdoa kepada Tuhan.
3)jauhi segala perbuatan maksiat.
4)hindari daripada berdusta
5)jangan derhaka kepada Ibu bapa
6)dengar segala apa yang diberitahu oleh Pensyarah sama ada dalam kelas ataupun luar kelas.
7)hormat kawan, jangan khianati kawan.

selepas daripada kita telah melakukan cara-cara seperti diatas, kita perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh
untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Ingatlah...Keredhaan dan keberkatan Ilmu itu lebih penting daripada kejayaan yang akan kita kecapi.

0 comments: