Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Tuesday, November 23, 2010

Harapan hanya tinggal harapan.....

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat memberikan aku ruang untuk mencoretkan kata-kata demi mendapatkan ketenangan dalam diri ini. Terima kasih kepada yang terlibat dalam coretan ini kerana memberikan kerjasama yang amat baik kepada ku untuk mendapatkan keputusan yang muktamad. Terima kasih tidak terhingga aku panjatkan kepadanya.

Selapang-lapang fikiran adalah sewaktu kita menunaikan solat, tidak ada kelapangan yang patut kita berikan selain dalam waktu solat kita. Setelah seharian kita bekerja memikirkan hal dunia, tidak bolehkah sedikit masa kita ambil untuk luangkan masa untuk DIA PENCIPTA kita semua. Sehari hanya lima kali kita menghadapNya dan terkadang-kadang kita terlewat untuk menghadapNya. Itupun terkadang-kadang kita lalai untuk melaksanakannya.

Aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang cukup hebat untuk aku melaksanakan tugas yang diberikan oleh Nya. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini aku terima keputusan daripada insane yang amat aku cintai dengan tenang dan redha, aku terima dengan hati dan fikiran yang terbuka, solat sunat 2 rakaat aku tunaikan bagi menenangkan lagi hatiku ini. Orang yang pernah aku berikan cinta padanya, orang yang pernah aku memanggil sayang padanya, orang yang pernah aku anggap akan menjadi umi kepada anak-anakku, orang yang pernah satu masa dulu aku sanggup buat segalanya untuk kesenangannya dan kebahagiannya. Tapi itu semua telah berakhir dengan keputusan yang telah dibuat oleh nya. Aku terima dengan redha walaupun hati ini masih lagi mengharap padanya. Aku terima bahawa dia sudah menjadi milik orang lain yang.

Setahun setengah aku mendoakan kejayaan untuknya

Setahun setengah aku berdoa menyebut namanya

Setahun setengah aku berdoa bahagia bersamanya

Setahun setengah aku berdoa agar dipanjangkan jodoh bersamanya

Setahun setengah aku menahan cinta bersamnya

Setahun setengah aku mengharap padanya

Setahun setengah aku tahan dengan kerenah daripadanya

Tapii………..

AKU TERIMA DENGAN REDHA ATAS KETENTUAN ILAHI BAHAWA DOAKU SEMUA ITU TIDAK DITERIMA……….

AKU TERIMA YA ALLAH. ENGKAULAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA…

ENGKAU MAHA MENDENGAR SETIAP DOA HAMBAMU YANG DHAIF INI.

KUHARAPKAN SEGALANYA DARIPADA MU YA TUHAN…

Harapan hanya tinggal harapan

Kenangan hanya tinggal kenangan

Kini doaku padamu hanya cukup sekadar kau berbahagia bersama insan yang kau sayang….

Itulah pilihan yang terbaik untuk mu….

Terima kasih buat kali yang terakhir dariku……

AKHIR KATA PESANAN BUAT DIRI SAYA SENDIRI DAN JUGA BUAT SAHABAT SEKALIAN….

TIDAK SEMESTINYA ORANG YANG KITA SAYANG ITU ADALAH ORANG YANG KITA CINTA, DAN ORANG YANG KITA CINTA ITU ADALAH ORANG YANG KITA SAYANG…..

SEKIAN….WASALAM….

5 comments:

Layyinul Harir said...

salam..
sabar ea..
kalu ko sedih,baca surat aku tuh k..
ko jngn sedey2 taw

ibnu_abu hussin said...

wasalam...sabar ni.....
xsabar aku dah lama sabarr ni....

Ainisha ali said...

salam...
awk... jge diri, jge iman, jge akhlak, jge peribadi..
ALLAH SENTIASA BERSAMA kita seperti mana awk sllu ingtkn sy ALLAH ALWAYS BE THERE.. awk kuat okay...
zack hebat.. buktikan awk leyh truskan hidup dengan adanya ALLAH dicc awk :)

Anonymous said...

salam ,thanks for ur blog dedicated for me .InsyaAllah sy akan sambung dgree lagi 3 tahun n that time sy nk tgk awak dh berjaye jd CEO .sy doakan awak .i am very sorry sebab bagi keputusan cmni .betul awak cakap ,bukan mudah utk lupekan org yg kiter cintai .maybe peoples around u cakap sy ni jahat kan ?sy x mampu nk mencoretkan segala isi hati sy wan .sy x kuat .awak doakan sy berjaya dunia akhirat .i believe that one day u could prove to everyone that u have everything without me.CINTAILAH ORG YG MENCINTAI AWAK ,HARGAI BUKAN HINDARI .salam

cik mya cik mini said...

salam.....sesungguhnya setiap insan akan merasai ujian & cabaran di dunia...setiap apa yg terjadi ada hikmah yg tersendiri.....Allah selitkan kegembiraan disebalik kepahitan yg terpaksa di lalui oleh hambaNya...segala apa yg berlaku, sedang berlaku & akn berlaku telah tertulis di luh mahfuz.....yakinlah pada ketentuan Ilahi....bersangka baik padaNya....mohon petunjuk & redha pada setiap apa yg berlaku...sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yg berlaku....tiada daun yg gugur tanpa pengetahuan Nya & setiap langkah semut Allah mendengar.... siapalah kita untuk mempersoalkan hak sebagai hamba sedangkan Allah yg lebih utama sebagai pencipta.....sabarlah duhai hamba yg sedang bersedih.....Allah sedang menguji mu...ada kegembiraan yg menunggu dihadapanmu.....Allah S.W.T itu maha adil......insyaAllah....setelah melalui ujian demi ujian...mudah-mudahan kamu akan menjadi insan yg lebih tabah & bersyukur...
"biar sendiri hingga hujung nyawa, asal x sepi dari kasihNya kerana sesungguhnya hakikat cinta hanya Dia yg Esa"