Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Saturday, November 13, 2010

Aku Kembali semula....

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Tuhan kerana telah menganugerahkan kepada diri kita yang banyak kelebihan yang ada pada tiap-tiap insane didunia ini. Ada yang pandai berkata-kata, ada yang berkata-kata dengan ilmuNya, ada yang pandai menulis beribu-ribbu patah perkataan dalam masa yang sedikit dan ada juga yang dianugerahkan akal yang cerdas dan rupa paras yang cantik. Kita patut bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Ilahi sepertimana FirmanNya yang bermaksud

“dan bersyukurlah kamu dengan nikmatku dan janganlah kamu mengingkari

dengan nikmat ku”

(al-Baqarah:152)

Setelah lama tidak aku mencoretkan nasihat serta kata-kata di laman blog yang amat aku rindui ini, kali ini aku kembali dengan harapan untuk menyampaikan luahan hati serta nasihat untuk pembaca sekalian. Pertama sekali ingin aku ucapkan selamat ulang tahun yang pertama kepada blogku ini, semoga dengan panjangnya umur ini memberikan ruang masa untuk dicoretkan nasihat dan tauladan kepada kita semua, insyaAllah.Keduanya ingin aku memohon kemaafan kepada rakan blog yang selama ini mengunjungi blog ini tetapi hampa dengan coretan yang lama hingga sudah lapuk.

Terima kasih ingin aku ucapkan kepada sahabat sekalian yang sudi menerima diriku sebagai seorang sahabatmu walaupun diriku ini tidaklah sesempurna insane dimuka bumi ini. Sejuta kemaafan ku pohon atas keterlanjuran kata-kata yang pernah aku lontarkan kepada mu sahabat. Dialah yang mengetahui segalanya tentang hubungan persahabatan kita ini. Mudah-mudahan ianya kekal hingga keakhirnya.

Amin ya Rabb….

Apa yang kuharapkan dari kalian sahabat, menegur sekiranya aku ada melakukan kesalahan dan kesilapan yang tidak aku sedari. Tanpamu sahabat, mungkin diriku tidak boleh berdiri seperti sekarang.

Kaulah sahabat, kaulah teman………

Teman dikala kesunyian…….

Yang boleh memberikan aku kekuatan dikala aku kelemahan.

Penegur sewaktu aku leka dengan kehidupan….

Mudah-mudahan mendapat keredhaan dari Tuhan…

Salam jihad daripada saya… Muhammad zakwan bin abu @ hussin….


Di jalan ALLAH persahabatan ini bukan milikku & bukan milikkmu,persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segla rahsia..kerana DIALAH ku mengenalimu & kerana DIA juga menetapkan kita mengukir 1000 kenangan.. persahabtan ini pasti terisi dengan kasih sayang hanya keranaNYA.semoga kekal ke JANNAHNYA..

amin ya rabbal A`lamin.....

0 comments: