Alhamdulillah, sekarang masuk pada minggu ke 3 aku berada dalam semester 2. Sepanajang kelas yang aku lalui tidak ada beban bagiku tidak kira la mengenai pensyarah, classmate, dan waktu. Ada juga kadang-kadang aku lewat kekelas, itupun sebab cari air nak mandi pagi, teruk betul la kena cari air. Mulanya nak cerita pasal kursus-kursus yang kuambil semester ini. hmm...agak berat kursus untuk semester ini, 3 subjek fully in english. mudah-mudahan tak menjadi kepayahan dalam diriku,dan aku dapat memperbaiki english aku yang masih terkontang-kanting lagi..
Fisrt class hari ahad start jam 11,sama macam hari rabu. Pensyarah kelas ini memang best. Sebab apa dia best? Sebab dia banyak pengalaman dalam menulis sesuaila dengan subjek yang diajarnya itu. Dia kata Kenegaraan Malaysia bukan belajar sejarah, tapi kita belajar seiring dan kemudian dikaitkan dengan sejarah. Subjek ini senang, tapi ramai student tak boleh dapat A.. Bimbangnya aku kalau tak dapat A.tapi Aku cuba juga dapatkan A dalam subjek ini, sebab satu-satunya subjek paling senang antara 6 subjek yang aku ambil..
Selepas kelas tadi aku berehat sebentar, dalam 1 jam setengah kemudian disambung kembali degan kelas fiqh muamalat. oh,jam 2 petang memang waktu untuk tidor.. Tapi aku ambil inisiatif supaya tidak makan banyak sebelum masuk kelas. Balik daripada kelas baru makan kat subaidah lagi tu aku makan. Kelas ini agak menarik, sebab pensyarahnya adalah dalam kalangan student juga bermakna semua student perlu present semua tajuk-tajuk dalam fiqh muamalat, mujurlah aku kena akhir sekali,tapi last-last ni la yang payah, takut tak terbuat je..Fully in islamic concept, dari kedudukan dalam kelas sampai perisisan yang disampaikan oleh pensyarah.
Hari isnin pula kelas bermula jam 9.30, ini yang kena datang awal selalu sebab siapa lambat memang top la. siapa nak top datangla lambat selalu dalam kelas. Kelas Marketing, slide english, buku englih, bahasa pengantar Melayu. Macam apa dah. alhamdulillah dapat pensyarah sporting, boleh bertimbang rasa sikit. tapi assigment dia tak bagi lagi. tak ada kot..midterm ada 2 kali. aduh,kena struggle ni.. Subjek killer..memang kena skor.
Jam 2 pulak sambung kelas Bahasa Arab, simple je kelas ni, tapi jadi susah bila ada 2 orang foreigner masuk dalam kelas. Kacau betul la diorang ini. naseb aku ada basic arab sikit, tengok-tegok sillibus yang pensyarah tunjuk ada la sikit yang aku dah belajar time form 2 sampai form 4. jangan lupa sudah,sebab tu jangan ponteng kelas, rugi zakwan.
Habis kelas bahasa arab tadi aku kena lari pergi dkg 2/1 untuk kelas management pulak, tapi tak de la lari laju sangat, laju-laju pun pensyarah masuk lambat sebab dia ada kelas kat atas bukit. Kelas ni sama macam marketing tadi, slide,buku in english tapi bahasa pengantar malay. fokus zakwan dalam kelas ni, kalau tak susah kau nanti bila exam. Ingat apa yang lectrur cakap.
Buku sentiasa baca, jangan tinggal buku, slide, bila masuk kelas..bangun zakwan..walaupun kelas last untuk seminggu, bangkitkan semangat, subjek killer ni...
Satu-satunya kelas malam yang aku ambil untuk semester ini, statistic, mujurlah berteman, kalau tidak memang jarang pergi la kelas ni. Ni satu lagi subjek yang susah. naseb baek la ada sikit-sikit aku belajar dulu masa form 5 dalam math moden. adala kaitannya sikit-sikit..lectrur ajar dalam bahasa inggeris.exam dalam english,semua in english. harap-harap aku boleh buat A untuk subjek ni.
Itu sahajala kelas yang aku daftar untuk semester ini 6 subjek dan ada lagi satu kokurikulum setiap sabtu jam 2-4 petang,.Memang nampak pada awalnya macam susah, tapi jangan set dalam fikiran semua ini susah. Anggaplah senang bagi kamu, tapi jangan terlalu yakin, kalau terlalu yakin sangat pun tak jadi juga. Ingat!!!Dapatkan dean list untuk sem ni.Dan jangan lupa ada orang nak belanja pizza (kalau result lebih daripada dia)huhuhu,bestnya orang belanja.Paling penting sekali,keberkatan dari ALLAH itu perlu diutamakan, mulakan setiap pembelajaran dengan doa yang dah diajar dari sekolah dahulu, sepertimana yang diulang oleh Dr Nasri Naiimi, lidah kita,akal kita,kefahaman kita akan dipermudahkan sekiranya dibaca ayat ini.
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
5 days ago
3 comments:
YE BETOL2 TU..
moga same2 dapatkan dean list untuk sem nie..
n moga2 dapat keberkatan dari Nya..
insyallah!!
aminnn...
balajo nyer x gak..hahaha
sebenarnye subjek2 fully english tkdelah susah sgt especially statistik... yg penting niat n minat untuk blaja kene ade ada.. InsyaAllah sume akan dipermudahkan olehNya.. chaiyokk k..
Post a Comment