Oh tidak...inikah aku yang belajar agama sejak dari kecil lagi..????jawapannya ya...kenapa??
Ramai wanita zaman sekarang ini yang nampaknya memakai pakaian akan tetapi menampakkan diri mereka seperti bertelanjang.Terus terang aku cakap susah nak cari wanita yang tutup aurat mengikut kehendak Syariah.Mungkin sekadar pakai untuk bergaya terutama bagi yang berasal dari golongan yang berada tinggal di ibu kota.Benarlah hadis rasulullah s.a.w. yang bersabda:
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Wahai seluruh kaum wanita terutama yang berada disekelilingku, aku mohon kepada kamu semua supaya ikutlah apa yang telah Allah dan RasulNya tetapkan dalam pemakaian pakaian ini,sungguh aku sebagai lelaki biasa terangsang atas apa yang kamu semua lakukan..
Astaghfirullahalazim.......
Apa yang aku mampu buat adalah hanya tundukkan pandangan apabila berjalan dan ini sangat menyusahkan lagi perjalanan aku lebih-lebih lagi apabila mahu menuju ke kelas.sehinggakan satu masa aku berjalan sambil menitiskan air mata bagi menjaga pandangan aku daripada semua ini.Dan ini semua aku pelajari daripada Ustaz Adam ketika Di Maahad Johor 2 tahun yang lepas dalam sebuah hadis.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu
(diriwayatkan oleh Abdullah ibn mas`ud)
4 comments:
salaam,
semoga Allah menguatkan anta untuk bermujahadah.
dah cuba berpuasa?
cbe jgk puasa tp mcm mne lau puasa xada effect..
lau y 2 da ad dalm hadis msti lar ad kesan dye..huhuhu..
mgkin gak....tp mgkin saya jerk yg x hargai...
Post a Comment