Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Thursday, February 11, 2010

memori bersama rakan,teman,sahabat...






Hampir setahun sudah aku meninggalkan insan yang aku anggap dirinya sebagai inspirasi dan pendorong bagiku. 3 tahun lamanya kami hidup bersama dalam satu bumbung, belajar, tidor, makan, beribadat banyak lagila kenangan yang telah kutinggalkan bersamanya di dua buah madrsah yang paling amat aku cintai ini. Tapi nikmat yang dikecapi itu tidaklah lama. Taqdir Tuhan kami terpaksa bepisah mengikiut jalan masing-masing....

Ada diantara kami yang dapat menyambung pengajian ke luar negara ke Universiti Al-Azhar,sedangkan aku hanya sekadar dalam negeri sahaja walaupun aku punyai niat dan minat yang mendalam untuk bersama dengan mereka ke sana tapi redha ibu bapa itu lebih penting. Kerna itu aku mendengar kata mak tak payah sambung kat mesir,susah nanti kalau selalu extend,lama sangat kat sana nanti..tak apa lah,aku yang duduk di hujung ni pun sudah merasai kerinduan yang teramat pada mak dan abah di kampung, lagi kan kalau duduk di luar negara sana..
tapi aku berazam satu hari nanti aku akan menjejaki bumi Anbiya` itu.insyaAllah...

Saat yang paling aku rindukan bersama sahabat ku ini ketika kami selalu bersama keluar makan, kongsi masalah, tunjuk ajar dalam pelajaran, saat menghabiskan masa bersama Tuhan, bermunajat padaNya dan paling tidak dapat dilupakan saat ulang tahun hari lahir yang ke 17 aku disambut dengan begitu riang lagi, walaupun berada dalam minggu peperiksaan.

Syukur Alhamdulillah, kadang kala dapat juga kami berhubung melalui internet,walaupun kami jauh, kami tetap dapat berkongsi masalah bersama, sungguh terharu apabila mendengar masalah sahabtku ini..kadang kala juga kami dapat bertukar-tukar cerita, bertanya khabar, dan yang paling best cerita pasal perempuan.Astaghfirullahalazim..selingan saj tu..

Allah tidak akan menjauhkan kita semua selagi mana kita saling bersangkutan denganNya, kerana sekiranya kita anggap seorang itu sebagai tempat kita bergantung sepenuhya, mereka akan pergi jua.Jadikanlah setiap pertemuan dan perpisahan kita itu hanya kerana Allah S.W.T.
insyaAllah.setiap kali teringat kan nya pasti Allah tidak akan mengecewakan kita.

0 comments: