Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, February 14, 2010

Perjalanan pulang ke kampung halaman....

Sungguh tidak ku sangka bahawa diriku akhirnya kembali ke Johor, kerna mengikut perancangan awal aku tidak mahu pulang cuti mid se mini kerna ingin menyiapkan assignment dan mengulangkaji pelajaran yang tidak berkesempatan ku lakukan pada waktu harian kuliah. Aku juga merasakan kesunyian yang teramat sangat ketika berada didalam kampus sehinggakan detik-detik terakhir aku berada didalam kampus aku mengelilingi kampus dari selepas asar hingga sebelum maghrib. Banyak yang ku fikirkan tentang diriku sepanjang perjalananku mengelilingi kampus itu.

Aku memikirkan diriku yang sudah hampir jatuh terungkur dipertengahan jalan yang penuh dengan liku-liku kehidupan seorang mahasiswa islam. Aku anggapkan perjalanan ku selama hampir 2 jam itu merupakan perjalanan hidupku yang perlu aku lalui, sekiranya aku terjatuh maka hancur lah semua harapanku. Tetapi aku kuatkan diriku supaya gagah meneruskan perjalanan itu walaupun ujian yang datang tidak berhenti…

Oh mengapa aku ditakdirkan jadi begini? Mengapa Kau tidak member keizinan padaku untuk bertemu si dia, sedangkan diriku sangat mengasihinya? Jawapannya…Allah masih sayangkan kamu wahai zakwan, kerna itu Dia tidak member keizinan kamu untuk bertemu dengannya. Sabaralah, ada hikmahnya Dia tidak mengizinkan kamu bertemu dengannya…

Alhamdulillah, perjalan ku selamat sampai ke negeri yang amat ku cintai ini. Walaupun sebelum bertolak dari kampus UUM aku merasakan sedih kerna takut berlaku apa-apa yang tidak di duga dalam sepanjang perjalanan ku ini. Memang betul ada musibah, tetapi ianya berlaku dan dapat di tegah, bas yang ku naiki daripada UUM ke Kuala Lumpur rosak dan ia dapat diperbaiki dengan secepat mungkin oleh pihak bengkel di Alor Star.Alhamdulilah.Kini aku selamat sampai dan bermulalah episode aku untuk membantu abah dan mak sekiranya aku punyai kekuatan selama lebih kurang 5 hari ini...