Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Tuesday, February 15, 2011

Ku Merinduimu




Assalamualaikum w.b.t.

selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad s.a.w.

alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kita meneruskan hidup sebagai hamba dan pengikut ajaran yang dibawa oleh insan yang paling mulia disisiNya.

Tanggal 12 rabiul awal insan mulia itu dilahirkan di bumi yang penuh ketandusan pada waktu subuh pagi yang hening. saat itu juga api sembahan terpadam. Betapa mulia nya insan ini disisi Tuhan yang maha agung yang memberikan nama muhammad kepada insan ini. Muhammad yang belum pernah dinamakan oleh anak2 kaum sebelum ini dan jika ada sekalipun ianya tidak dihebohkan..Muhammad yang membawa maksud terpuji. Muhammad yang dilahirkan untuk menyebarkan dakwah islamiyah dalam diri setiap manusia. Muhammad dilahirkan untuk menerima mukjizat paling agung iaitu Al-Quran. Muhammad insan terpilih disisi Tuhan, Insan paling mulia disisi Tuhan...

Usaha Baginda manusia agung tidak berbelah bahagi. siang mal
ammu hanya untuk agama islam yang suci ini. Dengan usaha baginda manusia seluruh dunia dapat merasai nikmat didalam islam. walau dicaci dihina bagaikan binatang, tapi hatimu tetap tabah. Dirimu tetap tabah menghadapi semuanya itu. aku sebagai insan tidak terpilih sepertimu sudah tidak tahan sekiranya dicaci dihina apatah lagi dimarahi. Aku menyanjung tinggi sifat mu wahai Rasulullah. bolehkah aku menjadi kuat sperti mu wahai kekasih Allah dalam menjalankan usaha dakwah ini?

Dalam perjalanan dakwahku ini, pelbagai cara yang saya cuba bawakan untuk memberi kesedaran kepadasahabat2 aku yang masih lagi dalam kealpaan.. aku ingin membawa mereka meninggalkan apa yang dilarang dan buat apa yang disuruh oleh baginda Muhammad S.A.W.. Ini juga merupakan suatu sunnah dalam menegakkan ajaran islam.

lebih kurang 1432 baginda Muhammad S.A.W. meninggalkan kita. Lahirnya kita tanpa nya.tapi kita beruntung dapat mengikut ajaran yg dibawa olehnya..semoga Allah memberikan peluang kepada kita untuk pergi ke makam baginda Muhammadsatu hari nanti..
ameenn..

YAALLAH..AKU RINDUKAN SYAHID DIJALANMU. AKU RINDUKAN SYURGAMU. AKU RINDUKAN BIDADARI DIDALAM SYURGAMU..AKU RINDUKAN KEKASIHMU MUHAMMAD S.A.W.ENGKAU PERTEMUKANLAH AKU DENGAN BAGINDA MUHAMMAD S.A.W. PADA HARI AKHIRAT NANTI..


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432 hijrah....

sekitar sambutan maulidurrasul peringkat kebangsaan di putrajaya.

Pasukan perbarisan UUM

dihadapan masjid kristal...menunggu ketibaan YDP AGONG




2 comments:

cik mya cik mini said...

merasa bertuah menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W......insan yg paling dikasihi Allah S.W.T.....insan yg paling menyayangi umatNya tanpa sebarang balasan.....tidak terbalas walau satu pun pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.....

ateerah abdul razak said...

hargailah wasiat yang rasulullah sallallahu alaihi wasallam untuk umatnya.bagaimana kita buktikan cinta kita kepada Rasulullah,iaitu dengan sentiasa melaksanakan sunnahnya dalan kehidupan seharian seperti membaca doa yang diajarkan beliau semasa masuk masjid,keluar masjid,semasa memakai pakaian,,..dan banyak lagi..banyak buku yg menceritakan amalan rasulullah berdasarkan hadis sahih.antaranya ialah husnul muslim ,1000sunnah rasulullah karya husainan,etc..insyallah kita sma2 mendapat redhaNya insyallah.