Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Wednesday, February 9, 2011

Kampung Batu Hampar, Merbok, Sungai Petani Kedah

assalamualaikum w.b.t.
selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.
salam sejahtera kepada semua sahabat sekalian, kepada semua warga penduduk kampung batu hampar dan kepada siapa yang sudi menziarahi coretan ku ini...
syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya meneruskan penulisan didalam blog ini..setelah lebih kurang 2 bulan tidak menulisnya. Dan Kali ni hati tergerak untuk menyambung penulisan setelah 3 hari tinggal di kampung batu hampar. Alhamdulillah,walaupun dalam keadaan berat untuk meninggalkan kampung halaman dan pergi ke kampung orang pula dalam waktu cuti, tetapi disebabkan tanggungjawab yang perlu dipikul, dapat juga saya dan rakan-rakan daripada DPP Proton UUM menjejakkan kaki ke kampung batu hampar merbok kedah dengan tujuan untuk berbakti kepada masyarakat dalam kawasan kampung tersebut.
sekalung penghargaan diucapkan pengetua DPP Proton kerana sudi membantu kami dalam berbakti kepada masyarakat kampung ini dan juga AJK yang bertungkus lumus menjayakan proram ini.

ayan,satu-satunya student foreigner....

teringat lagu ciptaan paklong(cinta pantai merdeka)

2 orang kakak yg gedik.

salam atok.....

family angkatku...saya,adika,abg zakwan dan hafiz

Wajah rakan terulit kegembiraan setelah di bahagikan kepada keluarga angkat, begitulah indahnya pertemuan jika disulamkan keikhlasan. semoga dalam hati sahabat sekalian terhibur mnerima keluarga angkat yang ada sebahagiannya hidup dalam keadaan susah, itulah matlamat utama program ini diadakan, membantu penduduk kampung yang dalam kesusahan. Sebagai seorang mahasiswa khidmat bakti seperti ini perlu ada dan perlu disemai untuk memajukan lagi diri sendiri dan juga masyarakat setempat.

Alhamdulillah,program selama 3 hari dapat berjalan dengan lancar. semoga Tuhan berkati segala apa yang kita lakukan untuk program ini.Bukan senang untuk menjalinkan ikatan seperti ini, tapi jika kita mahu memutuskannya, ia merupakan satu perkara yang mudah. pesanan kepada sahabat sekalian, betuklah ukhwah yang telah kita bina dengan keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah, tapi jangan kita putuskan ukhwah (persaudaraan) yang sukar untuk dibina..

salam ukhwah.

ukhwah fillah abadan abada...

wasalam...

3 comments:

Anonymous said...

hahhahahahahhaaah. kakak yg gedik dn comel. naseb baik ade aku. huhu.... salam atok tu.... ayah aku kot... market lgi.

ibnu_abu hussin said...

haha..ngaku pon ko gedik...tp comel 2 aku x sure la,..bg r email FB dy,aku nk add..haha

Anonymous said...

salam, sy berminat untuk mmbuat program homestay dgn kampung ini, boleh sy tahu lebih details tntang kampung ini. tidak keberatan, saudara boleh bagi sy email saudara untuk sy contact untuk tahu lebih lanjut tntg kampung ini :) kerjasama saudara amat sy hargai sgt2 :)


-saudara sesama islam :)