Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Wednesday, February 23, 2011

Diterimakah solat kita?


Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, wahai kekasih Allah yang dirindui.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita hidup menyempurnakan tugas kita sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini dengan mengerjakan amalan yang mula-mula ditanya sewaktu hari akhirat kelak iaitu SOLAT.





Sahabat-sahabat sekalian, selama kita hidup di muka bumi ini sejauh mana solat yang ditunaikan itu diterima Allah S.W.T. ? adakah semuanya diterimaNya? Adakah semua solat yang kita tunaikan solat kita khusyuk sebenar-benarnya kepada Tuhan yang kita sembah? Kita sendiri tidak boleh menilai sejauh mana jawapan daripada soalan diatas ini. Tetapi daripada hadis Nabi S.A.W. dibawah ini dapat kita muhasabah diri kita sama-sama supaya solat yang kita kerjakan selama ini diterima Allah.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya,dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Mudah-mudahan solat yang kita kerjakan selama ini, sekarang, dan akan datang diterima oleh Tuhan..

SESUNNGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK MU YA ALLAH..

2 comments:

Anonymous said...

artikel yang menarik.

kerabu jantung said...

kita sentiasa takut dan berharap agar amalan diterima....