
Penemuan Darwin kini menjadi satu penerimaan yang agak meluas dalam kalangan ahli sains Barat.Ada juga dikalangan mereka menidakkan konsep ketuhanan atau spiritual di dalam penemuan sains, sedangkan di dalam al-quran banyak menegakkan hujah dan bukti yang jelas nyata berkenaan dengan ciptaan di muka bumi ini.
Namun, siapakah Darwin ini? Menurut Encyplopedia Britanica International London, beliau merupakan seorang ahli akademik yang meletakkan satu idea berkenaan dengan teori mengenai evoluasi yang menunjukkan bagaimana manusia atau benda hidup kini terjadi kini. Menurut Encyplopedia Britanica International London lagi, minat dan kecenderungan Darwin ini bermula dari muda lagi.
Dari bidang kajian, beliau mula berminat untuk mendalami dengan lebih jauh berkenaan dengan hasil penemuannya.Buku pertamanya yang berjudul 'The origin of spesies' (1859) telah diterbitkan.darwin menegaskan bahawa semua makhluk yang hidup sama ada manusia atau haiwan berasal dari keturunan yang sama.keturunan awal ini kemudiannya berubah daripada satu tahap ke satu tahap yang lain bagi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang senantiasa berubah.hasil dari perubahan yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks yang bernama manusia.teori ini banyak menimbulkan konspirasi diantarakan ahli pemikir cendekiawan diseluruh negara.beliau juga ada mengetengahkan berkenaan dengan penemuan rangka nenek moyang manusia yang hidup di zaman primitif dan menyerupai seperti beruk.
Andaian-andaian yang dibuat oleh di dalam teori Darwin juga tidak berasas sama sekali kerana asal manusia dari keturunan beruk tidak dapat diterima dunia dan ditolak secara total oleh ummat islam kerana ianya menafikan hak dan kehebatan Maha Pencipta.Antara surah yang menyebut akan semua ciptaan ini adalah berdasarkan kudrat dan keupayaan allah SWT yang mencipta iaitu dalam surah yasin yang bermaksud kekuasaannya adalah mutlak sehingga kalau Dia hendak menciptakan sesuatu, jika Dia mengatakan “ jadilah” nescaya benda itu terus menjadi. Dalam surah Nuh pula ayat 14, diterangkan bahawa ciptaan manusia itu dijalankan secara berperingkat-peringkat.Proses pembentukan manusia itu dicatatkan dari mani hinggalah pembentukan manusia itu jelas di dalam rahim wanita.
Secara keseluruhannya, evolusi menurut wahyu adalah lebih jelas dan tidak bercanggah dengan penemuan sains sekarang.Penemuan kini telah membuktikan sebenarnya kehebatan al-quran dan secara langsung menjuruskan kepada seruan dan ketundukan kepada ketuhanan Allah SWT.Wahyu menyeru manusia akan kefahaman dan keyakinan sebenar kepada Pencipta yang Maha Agung.