Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, July 18, 2010

SMK Jerantut sayang DPP Proton

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hujung minggu ini, saya dapat menghabi
sk
an masa bersama adik-adik yang datang dari jauh semata-mata untuk mengahadiri progr
am "Puncak Impian". Mereka semua datang daripada negeri yang paling besar di semenanjung Malaysia dalam daerah Jerantut. Perjalanan
yang sangat jauh macam jauhnya saya balik kampung....(rindu lak kat rumah).....

pengalaman pertama sebagai KF

Seramai 36 pelajar meliputi 14 orang pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan mengikuti program selama 3 hari 2 malam ini. Saya yang di
beri amanat sebagai ketua fasilitator berasa bangga dengan kehadiran mereka semua ini yang penuh bersemangat dan mempunyai azam serta cita-cita yang tinggi.


wajah2 kegembiraan...

Pada permulaanya memang agak nampak gugup kerana buat pertama kali dilantik menjadi Ketua Fasilitator (KF) dalam program sebegini, tapi Alhamdu
lillah, sedikit demi sedikit saya dapat membiasakan diri dengan adik-adik semua. De
ngan berkat tunjuk ajar daripada sahabat sekalian terutama kak ina dan syafiq yang sanggup datang dari DPPYAB aku dapat menjalankan program motivasi ini dengan jayanya.

TERIMA KASIH semua kerana membantu saya dalam mejalankan program ini. kepada para fasilitator, saya mohon kemaafan jika ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang program ini berlangsung.
selamat jalan semua!!

Harapan yang paling besar daripada saya, semoga adik-adik semua berjaya menggenggam segulung ijazah buat IBU tersayang.Begitu juga buat saya, semoga dengan berkat program ini,dapat mengangkat saya menjadi lebih cemerlang didunia dan di Akhirat kelak..
semoga selamat sampai ke destinasi

TERIMA KASIH SEMUA..

Thursday, July 15, 2010

Pertolongan Allah..

Hampir seminggu sudah kita meninggalkan hari dimana berlaku peristiwa isra` mikraj. peristiwa diamana perjalan rasulullah dari kota makkah ke masjidil Aqsa kemudian dibawa naik kelangit yang ketujuh bertemu dengan Allah. Dan semestinya setiap kali berlaku nya tanggal 27 rejab seluruh masjid-masjid ataupun surau2 di Tanah Melayu ini adanya ceramah mengenai isra` mikraj ini. Begitu juga di Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia, banyak perkara yang disampaikan oleh al-fadhil ustaz.

Antara perkara yang paling penting yang ingin saya sampaikan adalah ketika mana Allah s.w.t. mewasiatkan kepada nabi Muhammad s.a.w. untuk umatnya(kita semua) melakukan 5 perkara ini dan antara yang 5 ini salah satunya adalah mengenai bilakah waktu pertolongan ALLAH itu datang.

para sahabat yang dirahmati ALLAH, waktu yang paling sesuai untuk kita memohon pertolongan daripada Allah adalah ketika mana kita melakukan tahajjud pada waktu malam. Kerana dalam wasiat ini. Nabi s.a.w. menyebutkan bahawa pertolongan ALLAH itu datang beserta tahajjud. diamana kita lakukannya pada waktu malam hari, paling kurang 10 minit sebelum subuh, kita mintalah apa sahaja yang kita mahu, adukan apa jua masalah kita kepadaNya, insyaAllah, kita akan beroleh pertolongan daripada ALLAH s.w.t.

walaupun saya masih lagi dalam tempoh percubaan untuk melakukan ibadah ini, tapi saya ingin mengajak sahabat2 sekalian sama-sama kita bangun bersama islam mengidupkan kembali ruh2 islam dalam diri kita mudah2an kita beroleh kecemerlangan di Dunia dan Di Akhirat..

Terpulang kepada sahabat sekalian sama ada mahu melakukannya ataupun tidak, dan apa yang penting adalah ingat hadis Nabi ini,"sampaikanlah kepadaku walau sepotong ayat".dan inilah yang saya pegang dan saya cuba amalkan semoga kita diberkati Tuhan..

Terima kasih Tuhan atas segalanya, terima kasih sahabat kerana mampu bimbing diriku terutama kepada roomateku yang baru, walaupun ia junior daripadaku, tapi dialah yang terbaik daripada rumateku sbelum ini.terima kasih semua.

islam is the way of life......



Monday, July 12, 2010

BPMS 2023

assalamualaikumm.

Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiah Untuk Muamalat.

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar Pentadbiran Muamalat dan ada juga pelajar selain itu mengambilnya sebagai elektif bebas.

Alhamdulillah kelas berjalan lancar selama satu jam 15 minit disyarahkan mengenai pengenalan kepada kursus ini oleh Ustaz Mohd Liki Hamid. Apa yang disyarahkan adalah mengenai bagaimana usul fiqh ini perlu ada dan apakah kepentingannya usul fiqh ini. Ianya adalah kerana perubahan zaman daripada zaman Sahabat sehinggalah zaman moden ini, banyak perubahan telah berlaku terutama dalam bidang muamalat. memang bidang muamalat ini sentiasa berubah mengikut zaman dan salahudin al-ayubi sendiri ada menyebut bahawa asal muamalat ini adalah baharu, yang membawa maksud muamalat ini sentiasa berubah mnegikut zaman.

Banyak sebenarnya kitab-kitab yang disarankan oleh pensyarah anataranya yang dikarang oleh imam syafie yang juga merupakan imam yang pertama menulis tentang usul fiqh ini.

usul fiqh dan qawaid fiqhiah ini sepatutnya perlu di pecahkan kerana keduanya mempunyai perbahasan yang tersendiri dan agak panjang lebar, tapi ia digabungkan dan diringkaskan lagi dan insyaAllah pada masa akan datang pelajar muamalat akan mengambil kursus ini secara berasingan.

inysaAllah, mudah-mudahan saya dapat mendalami ilmu ini dengan sedalamnya dan satu hari nanti saya dapat aplikasikan dalam kerjaya saya nanti, memang agak erat, tapi inilah yang telah diamanahkan kepada saya untuk mempelarinya serta mengkajinya..


ALL the Best!!

Saturday, July 10, 2010

welcome semester 3.........



assalamualaikum.....

Alhamdulillah....bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang telah memberi kepada ku kejayaan untuk terus hidup dan dapat menyambung pengajian di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA...thank you ALLAH....walaupun banyak ujian dan dugaan sepanjang part 2 yang lepas akhirnya aku dapat juga ditempatkan untuk part3 ini.

Harapannya lebih besar untuk semester ini, mungkin aku sudah semakin besar dan sudah boleh berfikir serta melakukan perkara yang sesuai untuk umur ku ini.

apa yang Saya perlukan adalah sokongan daripada rakan sekeliling,keluarga, sahabat seperjuangan supaya saya dapat membawa diriku kepada yang lebih baik daripada semester lepas. Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membantu saya untuk menjadi lebih cemerlang serta membangun bersama islam.

insyaALLAH saya cuba membawa diriku supaya dapat bangun dengan cara yang telah ditetapkan oleh islam. mungkin di UNIVERSITI amat payah sekali untuk membawa diriku kearah kebaikan, tapi insyaAllah, dengan adanya sahabat sekalian dapat membawa diriku bersama islam. terima kasih SAHABAT.

Banyak perancangan yang telah saya buat untuk menghadapi semester 3 ini antaranya menyususn atur jadual dan kali ini tiada siapa boleh menggangu waktu belajar saya. harap maklum ya. zaman belajar bukan zaman untuk kita berfoya-foya, dan tiada zaman untuk kita berfoya-foya kerana itu adalah perkara yang sia-sia malah tidak disukai TUHAN...

SEMESTER yang agak mencabar bagiku untuk menaikkan semula pointer aku yang dah jatuh menjunam. mohon doa daripada sahabat2 sekalian supaya sama2 kita dapatkan yang terbaik pada semester ini.
pesan abah:wan,belajar jangan main-main,buat betul2.
pesan mak pulak:wan naikkan lagi pointer 2, tak nak nanti grad dengan pointer yang sikit, mak nak wan dapat first class bila grad nnty.
Terima kasih MAK dan ABAH yang selalu bagi sokongan dan kata2 semangat kepadaku setiap kali menghantarku naik bas. insyaAllah mak, abah wan cuba buat yang terbaik untuk semester ini.

esok hari pertama aku untuk semester 3....selamat datang semester 3 bagiku,....tinggal 3 tahun aje lagi kat UUM ni..masa untuk aku mencari ilmu serta pengalaman yang lebih untuk diriku pada masa hadapan.....


ALLAHUMMA AJA`LNA MINAN NAJIHIN WAL MUMTAZIN FIL IMTIHAN YA ALLAH




Friday, July 9, 2010

Antara rehat dengan menuntut ilmu......

assalamualaikum w.b.t
Pertama sekali dan buat selama-lamanya, marilah kita merafa`kan kesyukuran kehadrat ILAHI kerana memberikan kita nikmat untuk kita sama-sama bernafas, dan nikmat inilah yang manusia selalu lupa termasuklah diri saya yang lemah dan hina ini. Inilah antara hadis yang dibacakan oleh al-fadhil ustaz Nidzho Abd Rahman dalam kuliah maghribnya sempena penutupan minggu orientasi pelajar baru semester satu 2010/2011.

Alhamdulillah, minggu suai kenal sudahpun melabuhkan tirainya dan berakhirlah cuti bagi siswazah-siswazah aktif di Universiti Utara Malaysia ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sepanjang waktu cuti saya antara semester 2 dan 3 ini walaupun saya berada dirumah cuma 2 minggu saja lebih kurang macam 2, tapi alhamdulillah, dengan 2 minggu ini dapat saya membantu abah untuk menyiyapkan rumah bahagian dapur walaupun masih tidak sepenuhnya. Sangat gembira bila balik rumah dapat tolong mak dan abah kat rumah 2 yang jarang2 sekali berjumpa. pada mulanya memang rasa berat sangat nak tolong, tapi alhamdulillah terlintas difikiran dan suara ustaz usamah terngiang-ngiang dalam kuliah ~santapan rohani~ menyebutkan bahawa "buatlah apa pn yang boleh membantu ibu bapa kamu ketika mana mereka masih ada lagi di dunia ini". sedih pula bila berjauhan macam ni, kerinduan amat dirasai. rasa macam nak balik pun ada, tapi banyak perkara perlu disiapkan kalau nk balik ni dengan keadaan badan yang sangat letih melalui sepanjang minggu orientasi ini...

my beloved daddy

my lovely mum

Memang cuti saya ini dipenuhi dengan pelbagai aktivitinya yang dimulai dengan kursus bahasa inggeris, national conference CEO`s MIND, program motivasi di SMKDBD, Mesyuarat agung tahunan PERKIM, induksi minggu suaikenal, dan terakhir sekali minggu suaikenal...Alhamdulillah sangat gembira apabila dapat aktiviti sebegini, mudah-mudahan dapat meningkatkan nilai jati diri dalaman saya selama saya mengikuti program sepanjang cuti ini dan memberikan pengalaman yang banyak sekali bagi saya dengan harapannya dapat membawa saya pada satu hari nanti orang yang berjaya bukan sahaja di dunia malah di Akhirat nanti...

english communication II

Dato` Mukhriz di CEO`s MIND

SMKDBD the best!!!

bersama Tun Mahathir

Gotong royong di pekan Changloon bersama pelajar baru

kekuatan DPP Muamalat di pekan Changloon

anak buah=anak murid

Alhamdulillah sekarang saya berada betul2 antara waktu rehat sambil menuntut ilmu dengan menuntut ilmu sepenuhnya. kerana apa? kerana hanya tinggal 2 hari sahaja lagi semester baru akan dibuka. masa inilah perancangan saya perlu di finaliskan untuk melancarkan lagi proses dalam semester 3 ini. jadi pelbagai perubahan insyaAllah akan saya lakukan untuk diri saya demi masa depan saya dan anak2 saya suatu masa kelak.

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama kepada saya sama ada secara rasmi mahupun secara tidak rasmi dengan harapan semoga ukhwah kita sentiasa berada dalam keredhaan Tuhan.Maaf sekiranya ada kesalahan yang saya lakukan kepada kamu semua. segala makan dan minum minta dihalalkan. insyaAllah kita diberkati TUHAN....

ahlan wasahlan semester salisah....
welcome third semester....
selamat datang semester ketiga....

wasalam....