Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Monday, July 12, 2010

BPMS 2023

assalamualaikumm.

Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiah Untuk Muamalat.

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar Pentadbiran Muamalat dan ada juga pelajar selain itu mengambilnya sebagai elektif bebas.

Alhamdulillah kelas berjalan lancar selama satu jam 15 minit disyarahkan mengenai pengenalan kepada kursus ini oleh Ustaz Mohd Liki Hamid. Apa yang disyarahkan adalah mengenai bagaimana usul fiqh ini perlu ada dan apakah kepentingannya usul fiqh ini. Ianya adalah kerana perubahan zaman daripada zaman Sahabat sehinggalah zaman moden ini, banyak perubahan telah berlaku terutama dalam bidang muamalat. memang bidang muamalat ini sentiasa berubah mengikut zaman dan salahudin al-ayubi sendiri ada menyebut bahawa asal muamalat ini adalah baharu, yang membawa maksud muamalat ini sentiasa berubah mnegikut zaman.

Banyak sebenarnya kitab-kitab yang disarankan oleh pensyarah anataranya yang dikarang oleh imam syafie yang juga merupakan imam yang pertama menulis tentang usul fiqh ini.

usul fiqh dan qawaid fiqhiah ini sepatutnya perlu di pecahkan kerana keduanya mempunyai perbahasan yang tersendiri dan agak panjang lebar, tapi ia digabungkan dan diringkaskan lagi dan insyaAllah pada masa akan datang pelajar muamalat akan mengambil kursus ini secara berasingan.

inysaAllah, mudah-mudahan saya dapat mendalami ilmu ini dengan sedalamnya dan satu hari nanti saya dapat aplikasikan dalam kerjaya saya nanti, memang agak erat, tapi inilah yang telah diamanahkan kepada saya untuk mempelarinya serta mengkajinya..


ALL the Best!!

0 comments: