Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Saturday, November 21, 2009

Permulaan cuti semester....

Alhamdulillah malam tadi saya telah berjaya menyempurnakan exam bagi semester ini.
Pulang dari exam saya dengan bersuka hati kerana telah tamat untuk semester ini,mudah-mudahan beroleh keberkatan dari Ilahi sepanjang saya berada di Universiti Utara Malaysia ini. Mungkin saya akan menceritakan lebih lanjut mengenai apa yang telah saya lakukan sepanjang semester satu. Agak banyak aktiviti yang saya sertai dengan niat untuk kerana Allah S.W.T.

Semoga apa yang saya usahakan selama ini memperoleh natijah yang menggembirakan didunia dan diakhirat..

InsyaAllah hari ini saya akan pulang ke Negeri kelahiran saya Johor, pagi tadi selepas subuh ada dua orang student Phd di masjid telah saya tegur, sebenarnya sebelum ini kami pernah bertegur sapa cuma tidak bebual panjang. dan tadi saya menceritakan serba sedikit tentang negeri Johor ini, dan dia pernah datang ke Johor daripada Indonesia, oh lupa nak bagi tahu dari mana student Phd ini, mereka berasal dari Riau dan seorang lagi dari Batam Indonesia. So, kenelah speeking dengan dia.. Dia pernah menjejakkan kaki ke Johor daripada Batam dengan menaiki feri. Banyak juga la yang dikongsi kan bersama.

Pagi ini saya ingin bertolak dari UUM dalam jam 9 pagi, sebelum itu jumpa la kawan-kawan sekejap, mungkin lepas daripada ini saya sudah tidak dapat bertemu dengan mereka.

Kemudian saya teruskan perjalanan untuk mecari tiket, jangan lah berlaku apa-apa yang tidak diingini, kerana saya seorang diri dan tidak lagi ada tiket. Balik jauh ni...

Doakanlah perjalanan saya selamat sampai ke destinasi.

aminnn...



bas ni jauh Kat Johor...

1 comments:

Ainisha ali said...

alamak... rindunye bas MJ