Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, November 8, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM……
HARI INI DALAM SEJARAH.
Aku mencoretkan sebuah cerita serba sedikit mengenai diriku dan keluarga. Aku sudah lama ingin melakukan sebegini rupa. Tetapi aku tidak tahu bila mahu ku lakukannya. Harap selepas ini aku akan kerap melakukan sebegini. Amin……
Ku coretkan coretan ini bukan untuk berbangga bangga atau merendahkan diri aku sendiri,tetapi tujuan aku ingin menaikkan semangat dalam diri aku untuk terus hidup dimuka bumi ini sebagai seorang khalifah yang hanya bukan sahaja dapat Berjaya di dunia ini tetapi turut mendapat kejayaan di Akhirat yang paling utama.
Aku adalah seorang anak peneroka yang mana ibu bapa ku pendapatan tidak pernah melebihi perbelanjaan seharian,jika ada lebih pun ianya akan disimpan untuk masa depan anak-anak yang seringkali mengharapkan jasa dari ibu bapaku,kadang-kadang aku kasihan bapaku bersusah payah mencari rezeki untuk aku sambung belajar. Harapan yang mereka berikan padaku sangat tinggi. Mereka inginkan aku Berjaya dalam akademik. Aku memang nak Berjaya dalam akademik terutama exam final yang sudah tinggal sepuluh hari lagi ini. Aku berusaha mendapatkan kejayaan yang ibu bapaku inginkan.
Aku diuji oleh Tuhan dengan pelbagai ujian samaada ujian dari segi mental,fizikal dan kekuatan rohani ku sendiri. Seringakali aku diuji, aku jarang sekali dapat kejayaan dalam ujian ku itu oleh kerana diriku ini yang tiada kekuatan pada mental, fizikal, dan rohani. Aku bukan seorang yang bijak pandai, aku akui aku dilahirkan tidak sebijak rakan rakan ku,tapi aku cuba dapatkan kebijakan itu dengan sedaya upaya ku. Apa yang penting aku ingin Berjaya , aku nak jadi seorang yang menadapat kejayaan didunia dan diakhirat.
Satu hari, aku pernah terfikir `bolehkah aku menjadi seperti mereka yang Berjaya semua itu!???
Hati kecilku menjawab,”jika kau punya iman dan usaha yang mantap nescaya kau akan dapat kejayaan tersebut, tapi kau jangan lupa disebalik usaha yang kau lakukan itu ada pencatat disisi kamu yang tidak pernah tidur dan rehat sekalipun seketika”
Seminit selepas berfikir itu aku jadi insaf dan bawa diri aku kejalan yang benar, akan tetapi, setelah sehari berlalu,aku seakan tidak ingat akan apa yang aku fikirkan.
Kadang juga aku terfikir, adakah hatiku ini seperti hati perempuan yang lembut???
Tiba-tiba hatiku tersentak dengan jawaban tidak, kalau hati kau lembut masakan boleh kau memarahi orang dengan sesuka hati.
Pandangan orang pasaku aku tidak tahu bagaimana,adakah baik ataupun buruk…
Tidak mengapa,jangan kau hiraukan pandangan orang pada kau, tetapi hendaklah kau hiraukan pandangan Allah adalah lebih utama dari pandangan makhluk..
Aku mulakan hidupku dengan penuh tenang, aku bangun dari tidur lalu aku tidak bangun solat terus, akan tetapi aku sambung semula tidur aku dengan lenanya sehingga hamper berakhirnya waktu solat fardhu subuh. Aku bangun dan aku solat. Aku terus menuju ke laptop ku dan kubaca Al-Quran beberapa muka. Aku teringat artikel yang ku baca tempoh hari mengatakan bahawa sunnah nabi yang tujuh ini pelu dijaga yang mana salah satu daripadanya adalah baca alQuran sebelum kita melihat dunia dengan penuh pemahaman yang dalam. Aku sekadar baca dan tidak memahaminya dengan penuh. Aku ingin jadi seorang insan yang Berjaya didunia dan diakhirat.
Temanku malam tadi ada berpesan padaku banyak perkara, aku bangga ada teman seperti itu, banyak beri nasihat tunjuk ajar padaku, sebab itu aku sanggup menghabiskan kredit aku untuk dia, aku nak dapatkan lebih lagi tunjuk ajar daripada dia. Bukan aku nak buli dia, hinakan dia, rendahkan dia tapi aku nak diri aku berubah dengan tunjuk ajar dia. Pemikiran dia sangat luas, sejak pertemuan aku dan dia pada awalnya dahulu, aku sudah Nampak bagaimana cara ia berfikir. Sangat matang pemikirannya. Banyak yang dia tahu tentang psikologi rupanya. Aku bersyukur dapat sahabat sepertinya, malangnya dia seorang perempuan, aku rasa terkilan takut-takut ada perasaan yang lain dalam hatiku ataupun dia. Tapi aku rasa pada dia aku tiada apa-apa. Aku ada terbaca kisah hidup dia, dia seakan-akan mengharapkan seseorang dan orang itu bukan dan tidak sesekali adalah aku. Walau apa pun terjadi aku redha dengan ketentuan Ilahi, aku terima siapa sahaja jodoh untukku.

2 comments:

Anonymous said...

salam..ko pyer zodiak salah r...ko scorpio bkn taurus..xcaye g cek..pasl aku taurus..hehehe

Ainisha ali said...

saya tahu siapa :)