Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Monday, June 18, 2012

Nasihat Nabi kepada Para Remaja

Dari Ibnu Abbas RadhiAllahu `anhuma, katanya, pada suatu hari aku berada di belakang (membonceng) Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda:

Wahai anak kecil, sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa hal kepadamu, iaitu:

Jagalah ALLAH nescaya ALLAH akan menjagamu, jagalah ALLAH nescaya DIA akan berada di hadapanmu, jika engkau memohon maka memohonlah kepada ALLAH, dan ...jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada ALLAH, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudharat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH. Telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

(Hadith Riwayat at-Turmudzi, menurutnya hasan)

0 comments: