Nama : Muhammad Zakwan Bin Abu @ Hussin, anak kelahiran Felda di
selatan tanah air. Anak bongsu daripada 7 beradik. Mempunyai latar pendidikan
agama yang cukup lengkap bagi bangsa johor, bermula daripada Sijil Dajah Khas diperingkat
sekolah agama. Kemudian di peringkat Sekolah Menengah Agama mengambil Sijil Menengah
Rendah Agama (SMRA) di Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara, Sijil Menengah
Agama (SMA) di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor DANSijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad
Johor. Seterusnya,
Melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran
Muamalat.
Penglibatan kampus : Mula bergiat aktif dalam aktiviti kemahasiswaan
kampus Universiti Utara Malaysia dengan melibatkan diri melalui Kelab Pentadbiran
Muamalat sebagai setiausaha kerja semasa berada di semester yang ke-2. Dalam masa
yang sama, terlibat dengan penggerak Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM UUM) sebagai Exco Keusahawanan. Setelah setahun memegang kedua-dua Jawatan
tersebut, ia terpaksa dilepaskan bagi menumpukan perhatian terhadap pergerakan kemahasiswaan
di Dewan Penginapan Pelajar PROTON dengan menyertai Jawatankuasa Kepimpinan dan
Pembangunan Siswa (JKPS) EXCO Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah sebagai Pengerusi.
Tanggungjawab tetap diberikan oleh Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar sesudah menamatkan
kontrak sebagai JKPS DPP PROTON untuk menggerakkan aktiviti kerohanian di dalam
kampus dengan memegang sebuah kelab kerohanian yang baru ditubuhkan organisasinya
di dalam Kampus UUM ini sebagai pengerusi kelab yang pertama dilantik secara rasmi.
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit suasana Islam sudah mula dirasai di dalam kampus
UUM yang tercinta ini walaupun ia tidak banyak.
Aktiviti
: Penggerak bagi 2 program peringkat antarabangsa anjuran Dewan penginapan Pelajar
PROTON iaitu Delegasi Ilmu Ke Timur Tengah serta Qurban dan Bakti Siswa Di
Kemboja pada tahun 2012. Hasil daripada sokongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan
terutama pihak HEP, program ini Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Dan
sekarang sedang cuba menggerakkan aktiviti berbentuk amal terutama aktiviti
yang melibatkan umat Islam Di Palestin dan Myanmar. Di samping mencari pelapes baru
untuk memartabatkan Islam di dalam kampus UUM ini secara berhemah dan b
0 comments:
Post a Comment