Antara perkara yang paling penting yang ingin saya sampaikan adalah ketika mana Allah s.w.t. mewasiatkan kepada nabi Muhammad s.a.w. untuk umatnya(kita semua) melakukan 5 perkara ini dan antara yang 5 ini salah satunya adalah mengenai bilakah waktu pertolongan ALLAH itu datang.
para sahabat yang dirahmati ALLAH, waktu yang paling sesuai untuk kita memohon pertolongan daripada Allah adalah ketika mana kita melakukan tahajjud pada waktu malam. Kerana dalam wasiat ini. Nabi s.a.w. menyebutkan bahawa pertolongan ALLAH itu datang beserta tahajjud. diamana kita lakukannya pada waktu malam hari, paling kurang 10 minit sebelum subuh, kita mintalah apa sahaja yang kita mahu, adukan apa jua masalah kita kepadaNya, insyaAllah, kita akan beroleh pertolongan daripada ALLAH s.w.t.
walaupun saya masih lagi dalam tempoh percubaan untuk melakukan ibadah ini, tapi saya ingin mengajak sahabat2 sekalian sama-sama kita bangun bersama islam mengidupkan kembali ruh2 islam dalam diri kita mudah2an kita beroleh kecemerlangan di Dunia dan Di Akhirat..
Terpulang kepada sahabat sekalian sama ada mahu melakukannya ataupun tidak, dan apa yang penting adalah ingat hadis Nabi ini,"sampaikanlah kepadaku walau sepotong ayat".dan inilah yang saya pegang dan saya cuba amalkan semoga kita diberkati Tuhan..
Terima kasih Tuhan atas segalanya, terima kasih sahabat kerana mampu bimbing diriku terutama kepada roomateku yang baru, walaupun ia junior daripadaku, tapi dialah yang terbaik daripada rumateku sbelum ini.terima kasih semua.
islam is the way of life......
0 comments:
Post a Comment