Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, December 6, 2009

19 tahun 1 bulan 1 hari


Begitu pantas masa berlalu, sehingga tidak kusedari kini umurku sudah lanjut sebulan satu hari dalam tahun yang ke 19.Aku bersyukur kerana aku dihidupkan sehingga ke hari ini.
Aku tak tahu apa yang aku lakukan selama aku hidup atas muka bumi ini,apa yang aku tahu aku hidup ni hanya semata-mata untuk makan, tidor, makan lagi pas 2 tidor balek..
Hina diri aku ni kan, kenapa aku tak cakap aku hidup ini semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah?sebab aku rasa ibadah yang aku lakukan semata-mata kerana manusia bukan kerana Allah semata. Tapi aku harap sangat segala apa yang aku lakukan selama ini mendapat perhatian dari ALLAH s.w.t. aminn...
Aku cuba sedaya upaya aku untuk melakukan sesuatu perkara tu aku mahu sandarkan kepada Allah s.w.t. pasti ada kemanisan daripadanya.Aku tak mahu, setiap apa yang aku katakan hanya sekadar kata-kata seperti mana tulisan aku sebelum ini.
YaAllah,jadikanlah setiap perubahan yang aku lakukan terhadap diriku ini mendapat keredhaan dariMu serta keberkatanMu agar setiap orang yang berada disekelilingku memahami akan memahami diriku.sesungguhnya pandangan MATA MU lebih tajam dari pandangan manusia.
Hari pertama dalam bulan pertama ketika umur 19 ini, aku berazam untuk menjadi seorang yang tidak kuat tidor kerana kalau kuat tidur nafsu semakin meningkat.
seperti mana sabda nabi s.a.w.::
sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah.maka bendunglah aliran itu dengan lapar.


0 comments: