Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Wednesday, December 30, 2009

Akhirnya!!!!ku pergi jua.....

Sadarku dari lamunan jam 10 pagi...lambatnya bangun...mentang2 xde kelas...aku terus bertanyakan pada sahabatku yang pelawa ku ke Alor Star semalam samada ia sudah pergi ke belom..Alhamdulillah..dia belum pergi lagi,dan sanggup menunggu ku siap..Terima kasih sahabat...
Aku pun apa lagi bagi tahu kat aminuddin lets go, kita p join diaorang,tak sangka jalil dan haizad join sekali...best ada diaorang...Akhirnya melangkah jua ku ke Alor Star...Sayangnya aku tak jalan dengan sahabat yang pelawa aku pergi keluar ni..Tak pelah..Dia pun dah ada kawan yang teman,thaks semua,....seronoknya jalan-jalan....kita orang pergi karoke,menare alor star,dan yang paling penting bundle...Jalil bawak tempat best punya bundle.terima kasih jalil..jasamu dikenang..
minta maaf semua sahabat-sahabat kalau saya ada buat salah pada kamu..Terima kasih juga ajak saya jalan-jalan hiburkan hati yang luka parah ini..

Tuesday, December 29, 2009

Permulaan yang baik!!

Semester ke 2 masuk pada hari ke 2...aku hari ini sangat beruntung tidak ada kelas langsung.
Every week x de kelas.so, aku boley enjoy..banyak la ko, xde kelas ni la kena curi masa kita untuk study,join program ker,banyak program yamg di buat hari selasa ni.macam sem lepas la.berape banyak aku join.Banyak pulak, sikit je...

Hari ni aku masih x dapat wat keputusan nak kuar x p alor star...nak g x ek??tengok la nnti,lau rase hati nak p aku p la...yang penting aku dapat cari ubat hati aku ni yang dah kesakitan.aduh...hahaha...sorii ea...

Baeklah,macam biasa apa yang kita harapkan tu kalau nak ia tercapai,banyak2 la berdoa,kemudian usaha dan tawakal...

Semester 2 terbaek...
aminnn...

PERKAHWINAN KAK MIZA DAN ABANG ARIN

Tanggal 12 Disember 2009 selamatlah kakandaku NURHAMIZAH bergelar isteri kepada insan yang bernama shahrin.Alhamdulillah perjalanan pernikahan mereka berjalan dengan lancar di masjid jamek FELDA PENGELI TIMUR oleh imam BAKAR BIN SAMOOD. Dengan dua kali lafaz sahaja, terijablah pernikahan mereka dengan disaksikan oleh PAK MAD JAAFAR DAN PAK JALAL.

Rombongan dari melaka menjamu selera di teratak abu @ hussin sambil menyaksikan majlis khatam Quran yang disertai oleh cucu-cucu datuk hussin dan nenek misrah dengan gembiranya.

Sunday, December 6, 2009

19 tahun 1 bulan 1 hari


Begitu pantas masa berlalu, sehingga tidak kusedari kini umurku sudah lanjut sebulan satu hari dalam tahun yang ke 19.Aku bersyukur kerana aku dihidupkan sehingga ke hari ini.
Aku tak tahu apa yang aku lakukan selama aku hidup atas muka bumi ini,apa yang aku tahu aku hidup ni hanya semata-mata untuk makan, tidor, makan lagi pas 2 tidor balek..
Hina diri aku ni kan, kenapa aku tak cakap aku hidup ini semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah?sebab aku rasa ibadah yang aku lakukan semata-mata kerana manusia bukan kerana Allah semata. Tapi aku harap sangat segala apa yang aku lakukan selama ini mendapat perhatian dari ALLAH s.w.t. aminn...
Aku cuba sedaya upaya aku untuk melakukan sesuatu perkara tu aku mahu sandarkan kepada Allah s.w.t. pasti ada kemanisan daripadanya.Aku tak mahu, setiap apa yang aku katakan hanya sekadar kata-kata seperti mana tulisan aku sebelum ini.
YaAllah,jadikanlah setiap perubahan yang aku lakukan terhadap diriku ini mendapat keredhaan dariMu serta keberkatanMu agar setiap orang yang berada disekelilingku memahami akan memahami diriku.sesungguhnya pandangan MATA MU lebih tajam dari pandangan manusia.
Hari pertama dalam bulan pertama ketika umur 19 ini, aku berazam untuk menjadi seorang yang tidak kuat tidor kerana kalau kuat tidur nafsu semakin meningkat.
seperti mana sabda nabi s.a.w.::
sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah.maka bendunglah aliran itu dengan lapar.


Friday, December 4, 2009

muhasabah cinta



Setiap insan pasti punyai perasaan cinta.Cinta yang perlu diutamakan adalah cinta kepada Ilahi. Cinta yang paling agung sekali adalah cinta kepadaNya dan cinta kepada RasulNya.Tapi sejauh mana kita melaksanakannya..
marilah kita sama bermuhasabah terhadap cinta kita kepada keduanya ini..

Thursday, December 3, 2009

Jangan mudah melafazkan kata-kata...

Aku tidak tahu bagaimana mahu aku katakan tentang kata-kata yang manis keluar dari mulut seorang insan, kadang-kadang kata-kata yang keluar yang  keluar itu hanyalah dorongan dari nafsu semata-mata..seringkali aku mendengar kata-kata manis dari seorang wanita ini,sangat menggoda kata-katnya terhadapku...
ternyata aku ditipu, apa yang dikatakan bukan sahaja hanya padaku, tapi pada semua orang.
Sangat sedih,aku seringkali menangis bila teringat kata-katanya..
Jangan mudah melafazkan rindu,
Jangan mudah melafazkan kasih,
Jangan mudah melafazkan sayang,
Jangan mudah melafazkan cinta,
JIKA rindu,kasih,sayang,dan cinta jika cinta kepada ALLAH masih lagi lemah,tapi aku pelik kenapa ada setengah orang yang dengan selamber nyer megatakan aku sayang dia....????
mari kita merenung sejenak , muhasabah cinta kita, semoga kita sama-sama sabar menghadapi ujian dari TUHAN...

Wednesday, December 2, 2009

Hari ketiga ECOMM.....

Bangun paling lewat hari ni, satu bilik bangun lewat, jalil kata dia letih, padahal dia tak kene wat role play hari ni, kite orang yang ada role play, dia yang lebih-lebih pulak...Tapi naseb baik sempat solat subuh....

Walaupun lewat bangun,sempat jugak masuk kelas awal..semat lepak-lepak lagi luar kelas...tapi....lectrur dah ada dalam kelas...huhuhuhu...

Dalam kelas macam biasa la, aku paling senyap dalam kelas sebab bahasa inggeris aku tak pandai sangat cuma dengan ziang je la aku speaking...tapi hari ni dia datang lagi lambat dari aku, ingat kan aku paling lambat bangun jap lagi dia bangun lagi lambat,pukul 9 baru bangun..ziang2...dia tidor jam 2 pagi, tak tau la apa dia wat kat eon.
sampai jam 2 tu...ziang agak berminat membaca tentang keadaan muslim di cina,dia banyak membeli buku rujukan tentang muslim, dia tertarik dengan islam, tak taula sebab apa dia minat,mungkin sebab kalau di cina penduduk muslim boleh punyai anak 2 orang tetapi jika bukan muslim hanya seorang anak sahaja ia boleh hdapatkan...mungkin sebab lain rasanya ziang tertarik dengan lifestyle in islam...aku pun cerita la serba sedikit tentang islam,entah faham ke tak dia tu aku tak pasti la..huhuhu....
About the role play,i dont know my mark because madam dont to give mark for the our class, so i hope i get the best mark.and tomorrow i have the practise for public speaking,real public speaking at the saturday...
Balik bilik aku memang lapar sangat, tak makan tengah hari tadi, terpaksalah pergi beratur panjang kat cafe muamalat tu.huhuhu...makan dengan jalil jerk,bob bungkus makan dalam bilik sebab dia tak biasa makan sebelum maghrib...
Lepas solat magrib aku tertidor dengan lenanya sampai tak sedar dengan kehadiran pesanan ringkas dari sahabatku..
Malam ni tidola lewat sikit, ada geng, jalil pn tido sekali dengan aku tadi..

Monday, November 30, 2009

Kehidupan selepas mati.

Sememangnya kehidupan di dunia ini adalah sementara,hanya yang kekal zat Tuhan yang maha Esa.
selepas kita dimatikan,kita semua pasti akan dihidupkan kembali.

aku tak tahu sejauh mana pemikiran aku tentang kehidupan selepas mati,kadang-kadang bila teringatkan mati aku mula menangis mengenang dosa-dosaku yang telah banyak aku lakukan,akan tetapi bila waktu aku lupa kesilapan yang sama aku lakukan.

Dimana letaknya diri pada pandangan Tuhan, terasa diriku kecil sangat.Ku mengharap bila menghadap Tuhan yang MAHA AGUNG satu hari nanti aku tidak dipandang hina walaupun aku telah banyak lakukan dosa.

yaAllah ampunilah dosa-dosaku yang hina ini ya GHAFFAR...



Sehari umurku bertambah makin mendekatkan diri kepada mati,tiada siapa yang dapat halang kematian ini,
kematian kita telah ditentukan oleh Tuhan bilamana umur kita 4 bulan dalam rahim ibu kita,

Ajal tidak kira usia, yang muda boleh pergi dahulu daripada yang tua.mungkin umur saya tidak panjang, setakat harii ni sahaja,aku x tahu semua itu, yang tahu hanyalah Tuhan yang mencipta kita semua.

Kepada kawan-kawan, sahabat, keluarga marilah kita sama-sama mohon keampunan daripada Allah S.W.T agar kita satu hari nanti dapat melihat wajah Allah dalam keadaan yang tenang...

Sunday, November 29, 2009

KURSUS BAHASA INGGERIS...

Baru berape hari kat rumah dah kena balik semula ke Kedah..tak dapat la duduk lame-lame kat rumah...
perjalanan ke sini tadi sangat lama kerana tunggu kawan di Shahab Perdana dekat 5 jam...

Alhamdulillah bila sampai uum ada kawan dah tolong check in kan bilik satu,tapi kami duduk berempat termasuk seorang student dari bangladesh...
memang kursus bahasa inggeris betulla,kat kelas jumpe bahasa inggeris,dalam bilik speaking pulak..mudah-mudahan saya dapat kuasai bahasa inggeris ini sepenuhnya even just stay 9 hari kat kursus ni..

Selamat berkursus kawan-kawan...

Perjalanan Pulang ke Kampung.

Balek kali ini tidak memerlukan kos yang tinggi sebab balek dengan along. Kebetulan along nak balek Johor.
Sekarang saya sedang berada di RFC Shahab Perdana kebetulan bas dalam jam 4.30 petang nanti. Sekarang baru jam 3.00 petang. Ada lagi 2 jam untuk tunggu bas bertolak.

Dari Alor Star ke Taiping memakan masa 3 jam. Tak tahula macam mana nanti nak sampai rumah along. dah la tak biasa.

Tawakkal sajala.

Jom makan apa entah nama nye roti ni roti tortila.

Saturday, November 21, 2009

Permulaan cuti semester....

Alhamdulillah malam tadi saya telah berjaya menyempurnakan exam bagi semester ini.
Pulang dari exam saya dengan bersuka hati kerana telah tamat untuk semester ini,mudah-mudahan beroleh keberkatan dari Ilahi sepanjang saya berada di Universiti Utara Malaysia ini. Mungkin saya akan menceritakan lebih lanjut mengenai apa yang telah saya lakukan sepanjang semester satu. Agak banyak aktiviti yang saya sertai dengan niat untuk kerana Allah S.W.T.

Semoga apa yang saya usahakan selama ini memperoleh natijah yang menggembirakan didunia dan diakhirat..

InsyaAllah hari ini saya akan pulang ke Negeri kelahiran saya Johor, pagi tadi selepas subuh ada dua orang student Phd di masjid telah saya tegur, sebenarnya sebelum ini kami pernah bertegur sapa cuma tidak bebual panjang. dan tadi saya menceritakan serba sedikit tentang negeri Johor ini, dan dia pernah datang ke Johor daripada Indonesia, oh lupa nak bagi tahu dari mana student Phd ini, mereka berasal dari Riau dan seorang lagi dari Batam Indonesia. So, kenelah speeking dengan dia.. Dia pernah menjejakkan kaki ke Johor daripada Batam dengan menaiki feri. Banyak juga la yang dikongsi kan bersama.

Pagi ini saya ingin bertolak dari UUM dalam jam 9 pagi, sebelum itu jumpa la kawan-kawan sekejap, mungkin lepas daripada ini saya sudah tidak dapat bertemu dengan mereka.

Kemudian saya teruskan perjalanan untuk mecari tiket, jangan lah berlaku apa-apa yang tidak diingini, kerana saya seorang diri dan tidak lagi ada tiket. Balik jauh ni...

Doakanlah perjalanan saya selamat sampai ke destinasi.

aminnn...



bas ni jauh Kat Johor...

Hijri and Gregorian calendar, Date conversion, Special Islamic days and events.

Hijri and Gregorian calendar, Date conversion, Special Islamic days and events.

Tuesday, November 17, 2009

Hati yang pilu....

Semalam ataupun kelmarin orang utara dan pantai timur sebut, hati ini rasa sebak sangat, hari-hari sebelum ini pun sudah saya rasakan sebegini, tetapi tidak sesebak hari kelmarin..

Aku inginkan keampunan dari Mu yaAllah....

Aku cintakan Mu yaAllah..

Aku rindukan RasulMu ya Rabbul Jalil.

Monday, November 16, 2009

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN 1ST DEGREE SEMUA UNIVERSITI..

BAGI YANG BELUM HABIS EXAM,TERUSKAN PERJUANGAN ANDA...

KEPADA RAKAN RAKAN YANG SUDAH MEMULAKAN SEMESTER BARU,SELAMAT BERADA DISEMESTER BARU ANDA, SEMOGA DAPAT KEREDHAAN DARI ILAHI.

AMINNNN....

Saturday, November 14, 2009

ampunkan dosa-dosa ku...

bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kekuatan dalam diri ku untuk terus belajar memohon keampunan terhadap dosa dosa yang kulakukan sebelum ini.
mudah-mudah an dosa ku terampun sebelum mata tertutup rapat...
amin,.....
Permata yang dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan pada ku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekati nya
Kesopannya memikat dihati
mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah jika dia benar untukku
Dekatakanlah hatinya dengan hati ku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu

Dia lah permata yang dicari
Selama ini belum kutemui
Tapi ku tak pasti rencana ilahi
Apakah dia kan kumiliki




Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuanMu

YaAllah Engkau lah tempat ku bergantung harapanku
Kuharap diri ku sentiasa dibawah rahmat Mu

Dia lah permata yang dicari
Selama ini belum kutemui
Tapi ku tak pasti rencana ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Sunday, November 8, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM……
HARI INI DALAM SEJARAH.
Aku mencoretkan sebuah cerita serba sedikit mengenai diriku dan keluarga. Aku sudah lama ingin melakukan sebegini rupa. Tetapi aku tidak tahu bila mahu ku lakukannya. Harap selepas ini aku akan kerap melakukan sebegini. Amin……
Ku coretkan coretan ini bukan untuk berbangga bangga atau merendahkan diri aku sendiri,tetapi tujuan aku ingin menaikkan semangat dalam diri aku untuk terus hidup dimuka bumi ini sebagai seorang khalifah yang hanya bukan sahaja dapat Berjaya di dunia ini tetapi turut mendapat kejayaan di Akhirat yang paling utama.
Aku adalah seorang anak peneroka yang mana ibu bapa ku pendapatan tidak pernah melebihi perbelanjaan seharian,jika ada lebih pun ianya akan disimpan untuk masa depan anak-anak yang seringkali mengharapkan jasa dari ibu bapaku,kadang-kadang aku kasihan bapaku bersusah payah mencari rezeki untuk aku sambung belajar. Harapan yang mereka berikan padaku sangat tinggi. Mereka inginkan aku Berjaya dalam akademik. Aku memang nak Berjaya dalam akademik terutama exam final yang sudah tinggal sepuluh hari lagi ini. Aku berusaha mendapatkan kejayaan yang ibu bapaku inginkan.
Aku diuji oleh Tuhan dengan pelbagai ujian samaada ujian dari segi mental,fizikal dan kekuatan rohani ku sendiri. Seringakali aku diuji, aku jarang sekali dapat kejayaan dalam ujian ku itu oleh kerana diriku ini yang tiada kekuatan pada mental, fizikal, dan rohani. Aku bukan seorang yang bijak pandai, aku akui aku dilahirkan tidak sebijak rakan rakan ku,tapi aku cuba dapatkan kebijakan itu dengan sedaya upaya ku. Apa yang penting aku ingin Berjaya , aku nak jadi seorang yang menadapat kejayaan didunia dan diakhirat.
Satu hari, aku pernah terfikir `bolehkah aku menjadi seperti mereka yang Berjaya semua itu!???
Hati kecilku menjawab,”jika kau punya iman dan usaha yang mantap nescaya kau akan dapat kejayaan tersebut, tapi kau jangan lupa disebalik usaha yang kau lakukan itu ada pencatat disisi kamu yang tidak pernah tidur dan rehat sekalipun seketika”
Seminit selepas berfikir itu aku jadi insaf dan bawa diri aku kejalan yang benar, akan tetapi, setelah sehari berlalu,aku seakan tidak ingat akan apa yang aku fikirkan.
Kadang juga aku terfikir, adakah hatiku ini seperti hati perempuan yang lembut???
Tiba-tiba hatiku tersentak dengan jawaban tidak, kalau hati kau lembut masakan boleh kau memarahi orang dengan sesuka hati.
Pandangan orang pasaku aku tidak tahu bagaimana,adakah baik ataupun buruk…
Tidak mengapa,jangan kau hiraukan pandangan orang pada kau, tetapi hendaklah kau hiraukan pandangan Allah adalah lebih utama dari pandangan makhluk..
Aku mulakan hidupku dengan penuh tenang, aku bangun dari tidur lalu aku tidak bangun solat terus, akan tetapi aku sambung semula tidur aku dengan lenanya sehingga hamper berakhirnya waktu solat fardhu subuh. Aku bangun dan aku solat. Aku terus menuju ke laptop ku dan kubaca Al-Quran beberapa muka. Aku teringat artikel yang ku baca tempoh hari mengatakan bahawa sunnah nabi yang tujuh ini pelu dijaga yang mana salah satu daripadanya adalah baca alQuran sebelum kita melihat dunia dengan penuh pemahaman yang dalam. Aku sekadar baca dan tidak memahaminya dengan penuh. Aku ingin jadi seorang insan yang Berjaya didunia dan diakhirat.
Temanku malam tadi ada berpesan padaku banyak perkara, aku bangga ada teman seperti itu, banyak beri nasihat tunjuk ajar padaku, sebab itu aku sanggup menghabiskan kredit aku untuk dia, aku nak dapatkan lebih lagi tunjuk ajar daripada dia. Bukan aku nak buli dia, hinakan dia, rendahkan dia tapi aku nak diri aku berubah dengan tunjuk ajar dia. Pemikiran dia sangat luas, sejak pertemuan aku dan dia pada awalnya dahulu, aku sudah Nampak bagaimana cara ia berfikir. Sangat matang pemikirannya. Banyak yang dia tahu tentang psikologi rupanya. Aku bersyukur dapat sahabat sepertinya, malangnya dia seorang perempuan, aku rasa terkilan takut-takut ada perasaan yang lain dalam hatiku ataupun dia. Tapi aku rasa pada dia aku tiada apa-apa. Aku ada terbaca kisah hidup dia, dia seakan-akan mengharapkan seseorang dan orang itu bukan dan tidak sesekali adalah aku. Walau apa pun terjadi aku redha dengan ketentuan Ilahi, aku terima siapa sahaja jodoh untukku.