Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Saturday, February 27, 2010

Rinduku pada Mu ya Rasulullah....

Alhamdulillah....Pemergian nya yang telah hampir 1432 memberikan kesan kepada kita sebagai umat islam untuk memperingati perjuangan baginda S.A.W. dalam meperjuangkan agama islam yang suci ini...Tugas kita sebagai seorang muslim mengikuti sunnah yang telah dibawakan olehnya,bukan sekadar menyambut hari kelahiran baginda..Malah, Kita perlu mengikut apa yang telah diajarkan baginda. Biar sambutan itu sebesar mana sekalipun,tetapi tiada kesedaran daripada dalam diri kita ini, sia-sia saje buat sambutan itu.membazirkan duit pihak penganjur...

Yang paling penting kita perlu pelajari sunnah-sunnah NABI S.A.W. dan seterusnya amalkan kerana tersebut dalam kata-kata ibrahim bin adham seorang yang telah mengetahui sunnah NABI S.A.W. maka doanya sukar untuk diterima oleh ALLAH S.W.T. . Jadi,kalau ingin doa kita di makbulkan, maka amalkan lah sunnah NABI..Kita nak berjaya,tapi apa usaha kita..macam mana dengan tawakkal kita pada Tuhan..macam mana usaha kita pada agama kita.??

Demikian sajalah...kalau kita anggap dunia lebih penting,teruskan..tapi jika kita fikir bahawa dunia ini penting untuk kehidupan kita bagaimana di Akhirat kelak.Usahalah,,...bantulah agama Allah yang dibawakan oleh Baginda S.A.W....INGAT!!!!Allah telah berjanji untuk bagi sesiapa yang menolong agama ALLAH...nescaya...ALLAH akan menolongnya dan menetapkan pendiriaannya...

WALLAHUA`LAM...

Sunday, February 14, 2010

Perjalanan pulang ke kampung halaman....

Sungguh tidak ku sangka bahawa diriku akhirnya kembali ke Johor, kerna mengikut perancangan awal aku tidak mahu pulang cuti mid se mini kerna ingin menyiapkan assignment dan mengulangkaji pelajaran yang tidak berkesempatan ku lakukan pada waktu harian kuliah. Aku juga merasakan kesunyian yang teramat sangat ketika berada didalam kampus sehinggakan detik-detik terakhir aku berada didalam kampus aku mengelilingi kampus dari selepas asar hingga sebelum maghrib. Banyak yang ku fikirkan tentang diriku sepanjang perjalananku mengelilingi kampus itu.

Aku memikirkan diriku yang sudah hampir jatuh terungkur dipertengahan jalan yang penuh dengan liku-liku kehidupan seorang mahasiswa islam. Aku anggapkan perjalanan ku selama hampir 2 jam itu merupakan perjalanan hidupku yang perlu aku lalui, sekiranya aku terjatuh maka hancur lah semua harapanku. Tetapi aku kuatkan diriku supaya gagah meneruskan perjalanan itu walaupun ujian yang datang tidak berhenti…

Oh mengapa aku ditakdirkan jadi begini? Mengapa Kau tidak member keizinan padaku untuk bertemu si dia, sedangkan diriku sangat mengasihinya? Jawapannya…Allah masih sayangkan kamu wahai zakwan, kerna itu Dia tidak member keizinan kamu untuk bertemu dengannya. Sabaralah, ada hikmahnya Dia tidak mengizinkan kamu bertemu dengannya…

Alhamdulillah, perjalan ku selamat sampai ke negeri yang amat ku cintai ini. Walaupun sebelum bertolak dari kampus UUM aku merasakan sedih kerna takut berlaku apa-apa yang tidak di duga dalam sepanjang perjalanan ku ini. Memang betul ada musibah, tetapi ianya berlaku dan dapat di tegah, bas yang ku naiki daripada UUM ke Kuala Lumpur rosak dan ia dapat diperbaiki dengan secepat mungkin oleh pihak bengkel di Alor Star.Alhamdulilah.Kini aku selamat sampai dan bermulalah episode aku untuk membantu abah dan mak sekiranya aku punyai kekuatan selama lebih kurang 5 hari ini...

Saturday, February 13, 2010

Diriku Berkhalwat......

Maghrib bakal menjelang tiba......tika ini aku sangat merasakan kesunyian yang teramat sangat....disebabkan oleh ketiadaan rakan taulan yang sering dibawa bergurau....orang yang disayangi berjauhan dan tidak ku hubungi...sengaja tidak kuhubungi kerana ingin merasakan rasa cinta kepada Dia yang maha pencipta......

Aku bagaikan tidak punyai sesiapa di dunia ini....hidup keseorangan...bersama cinta Tuhan yang hakiki...saat air mata mengalir deras, aku merasakan cintaku kepada Nya sangat mendalam...ku mengingatkan kembali ucapan-ucapan manis yang punyai mesej ilmu dari guruku di sebuah madrasah dahulu bahawa janji Allah kepada sesiapa yang beramal soleh dan melakukan kejahatan serta kemaksiatan...

Saat ini kurasakan cinta manusia hanyalah sementara yang patut kita sandarkannya pada Tuhan yang maha Esa.....supaya kita tidak leka apatah lagi sanggup menggadaikan maruah agama kita sendiri...Tidak salah untuk kita bercinta kepada manusia asalkan niat yang tulus ikhlas itu disandarkan kepada Tuhan ya robbul Jalil...

Kuteringatkan perjuangan para sahabat dahulu dalam menegakkan agama islam yang maha suci ini...dari serikandi islam kepada pemuda yang gagah berani hinggalah kepada singa yang tidak pernah pudar kegagahan biarpun dihina dicaci oleh kaum musyrikin makkah....

Sejauh mana pengorbanan kita zaman ini dalam memperjuangkan agama yang suci ini.......

Friday, February 12, 2010

Renungkanlah!!!!

Ketika aku masih Muda remaja dan bebas berkhayal
Aku bermimpi ingin mengubah dunia
Seiring dengan bertambahnya usia dan ke arifanku
kudapati bahwa dunia tidak kunjung berubah

Maka cita-cita kuitu pun agak ku persempit
Lalu kuputuskan untuk hanya mengubah negeriku
namun......Tampaknya.......
Hasrat itu pun tiada hasilnya..............

ketika usia ku semakin senja,
dengan semangatku yang masih tersisa....
keputusanku untuk mengubah keluargaku..
dan...orang yang paling dekat dengan ku....

Tetapi,celakanya,mereka pun tidak mahu diubah!!!!!!!

Dan.....Kini......
Sementara saat aku berbaring
menunggu ajal yang pasti datang....
tiba-tiba.....kusadari....

Andaikan yang pertama-tama kuubah adalah diriku...
maka dengan itu menjadikan diriku sebagai panutan,
mungkin aku bisa mengubah keluargaku....

Lalu berkat aspirasi dan dorongan mereka
Bisa jadi aku pun mampu memperbaiki negeriku.........

kemudian siapa tahu???
aku bisa mengubah dunia ini sama sekali.....

Ah........!!!!!!!!!!
penyesalan menjelang penyesalan apa gunanya....

Hanya pewaris dapat meneruskan aspirasiku ini...
Yang menjadi pelajaran berharga bagi mu wahai pewaris semua....
Terapkanlah dalam kehidupan....
bila ingin memiliki kehidupan yang mapan....

ubahlah dirimu sendiri dahulu wahai teman......
nescaya...dunia pasti akan berubah...

Thursday, February 11, 2010

memori bersama rakan,teman,sahabat...






Hampir setahun sudah aku meninggalkan insan yang aku anggap dirinya sebagai inspirasi dan pendorong bagiku. 3 tahun lamanya kami hidup bersama dalam satu bumbung, belajar, tidor, makan, beribadat banyak lagila kenangan yang telah kutinggalkan bersamanya di dua buah madrsah yang paling amat aku cintai ini. Tapi nikmat yang dikecapi itu tidaklah lama. Taqdir Tuhan kami terpaksa bepisah mengikiut jalan masing-masing....

Ada diantara kami yang dapat menyambung pengajian ke luar negara ke Universiti Al-Azhar,sedangkan aku hanya sekadar dalam negeri sahaja walaupun aku punyai niat dan minat yang mendalam untuk bersama dengan mereka ke sana tapi redha ibu bapa itu lebih penting. Kerna itu aku mendengar kata mak tak payah sambung kat mesir,susah nanti kalau selalu extend,lama sangat kat sana nanti..tak apa lah,aku yang duduk di hujung ni pun sudah merasai kerinduan yang teramat pada mak dan abah di kampung, lagi kan kalau duduk di luar negara sana..
tapi aku berazam satu hari nanti aku akan menjejaki bumi Anbiya` itu.insyaAllah...

Saat yang paling aku rindukan bersama sahabat ku ini ketika kami selalu bersama keluar makan, kongsi masalah, tunjuk ajar dalam pelajaran, saat menghabiskan masa bersama Tuhan, bermunajat padaNya dan paling tidak dapat dilupakan saat ulang tahun hari lahir yang ke 17 aku disambut dengan begitu riang lagi, walaupun berada dalam minggu peperiksaan.

Syukur Alhamdulillah, kadang kala dapat juga kami berhubung melalui internet,walaupun kami jauh, kami tetap dapat berkongsi masalah bersama, sungguh terharu apabila mendengar masalah sahabtku ini..kadang kala juga kami dapat bertukar-tukar cerita, bertanya khabar, dan yang paling best cerita pasal perempuan.Astaghfirullahalazim..selingan saj tu..

Allah tidak akan menjauhkan kita semua selagi mana kita saling bersangkutan denganNya, kerana sekiranya kita anggap seorang itu sebagai tempat kita bergantung sepenuhya, mereka akan pergi jua.Jadikanlah setiap pertemuan dan perpisahan kita itu hanya kerana Allah S.W.T.
insyaAllah.setiap kali teringat kan nya pasti Allah tidak akan mengecewakan kita.

Saturday, February 6, 2010

Percutian ke Sedim Eco Theme Park Resort...


welcome 2 sedim eco theme park resort...


Van yang bawa staf COB....

Seminggu dah berlalu kursus yang dianjurkan College Of Bussiness ni untuk kelab-kelab dan persatuan. Saya mewakili Kelab Pentadbiran Muamalat COB UUM dan seramai 11 lagi ahli lain mengikuti program ini...

Sangat menggembirakan kami kerana penghulu dipilih dalam kalangan kami juga iaitu presiden kelab kami sendiri dan kami bagi yang lelaki memilih untuk tinggal sebilik (macam xder percampuran lak dengan kelab lain)huhuhu....tapi x pe,yang penting enjoy, sebab tu tajuk kat atas ni tulis percutian bukan kursus..hahahaha...solat subuh pun kite orang solat dalam bilik jerk...hari first la pukul 7 baru solat...hari kedua alim sikit solat kat surau sebab ada Dr. Kamil..huhuu..astaghfirullahalazim...dah lain ni niat pergi surau nih...

Aktiviti paling saya suka mandi sungai,sebab dah lama tak mandi sungai...masuk je sungai macam orang tak pernah jumpe sungai...hahaha...tapi memang best..sungai pun cantik...indah sugguh ciptaan Allah..subhanallah....terfikir sejenak "ada ker manusia yang boleh meciptakan sungai yang mengalir tanpa henti macam ni??tak mungkin ada..kerana Tuhan maha kuasa boleh menciptakan segala apa yang Dia mahu...kemana semua air sungai ini pergi?dan dari mana ia datang??Allahuakbar!!!"

Kemudian yang paling bosan dengar ceramah..hahaha...padahal satu jam setengah jerk dengar.dah panas telinga dengar...hahaha...pas ceramah makan.makan x payah ceritla kan macam mana,sangat mewah,malam first dah makan BBQ..huhuhu...satu hari makan 6 kali..sampai termuntah-muntah saya..terlampau penuh perot..naseb baik abang Zack ada bawak ubat..ubat cirit birit .. Minyak angin x der..xpe lah saya masih larat lagi nk join jungle tracking...huhuhu...
makan BBQ...nyummmm...

apa-apa hal pun memang heppy...trme kasih pihak penganjur yang sudi membawa saya untuk ke program tersebut dan ribuan kemaafan kepada semua peserta andai ada saya melakukan kesalahan sepanjang program tersebut...

teringat kat MJ 2 tahun lepas...

posing baik punyer....
postmortem yang mengantukkan...

berangan tanda tangan MOU..huhuuhu

beberapa saat sebelum pulang ke hutan sintok..huhuhu


Monday, February 1, 2010

Maksiat Mata

Tidak dinafikan aku sebagai seorang manusia yang bukan pada tahap ulama` islamiyyah semestinya punyai rangsangan yang biasa sebagai lumrah seorang lelaki apabila melihat seorang wanita cantik untuk cuba dekatinya ataupun ransangan itu datang secara tiba-tiba disebabkan pakaian wanita itu sendiri yang sangat memberi panahan hebat dari syaitan terus kemata ku..

Oh tidak...inikah aku yang belajar agama sejak dari kecil lagi..????jawapannya ya...kenapa??
Ramai wanita zaman sekarang ini yang nampaknya memakai pakaian akan tetapi menampakkan diri mereka seperti bertelanjang.Terus terang aku cakap susah nak cari wanita yang tutup aurat mengikut kehendak Syariah.Mungkin sekadar pakai untuk bergaya terutama bagi yang berasal dari golongan yang berada tinggal di ibu kota.Benarlah hadis rasulullah s.a.w. yang bersabda:

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Wahai seluruh kaum wanita terutama yang berada disekelilingku, aku mohon kepada kamu semua supaya ikutlah apa yang telah Allah dan RasulNya tetapkan dalam pemakaian pakaian ini,sungguh aku sebagai lelaki biasa terangsang atas apa yang kamu semua lakukan..

Astaghfirullahalazim.......

Apa yang aku mampu buat adalah hanya tundukkan pandangan apabila berjalan dan ini sangat menyusahkan lagi perjalanan aku lebih-lebih lagi apabila mahu menuju ke kelas.sehinggakan satu masa aku berjalan sambil menitiskan air mata bagi menjaga pandangan aku daripada semua ini.Dan ini semua aku pelajari daripada Ustaz Adam ketika Di Maahad Johor 2 tahun yang lepas dalam sebuah hadis.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

من استطاع منكم ‏ ‏الباءة ‏ ‏فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له ‏ ‏وجاء ‏
Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu
(diriwayatkan oleh Abdullah ibn mas`ud)