Pages

we are the stars

selamat

widgeo.net

Sunday, September 30, 2012

Profile Mahasiswa


Profile Mahasiswa

Nama : Muhammad Zakwan Bin Abu @ Hussin, anak kelahiran Felda di selatan tanah air. Anak bongsu daripada 7 beradik. Mempunyai latar pendidikan agama yang cukup lengkap bagi bangsa johor, bermula daripada Sijil Dajah Khas diperingkat sekolah agama. Kemudian di peringkat Sekolah Menengah Agama mengambil Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) di Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara, Sijil Menengah Agama (SMA) di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor DAN  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Johor. Seterusnya, Melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran Muamalat.

Penglibatan kampus : Mula bergiat aktif dalam aktiviti kemahasiswaan kampus Universiti Utara Malaysia dengan melibatkan diri melalui Kelab Pentadbiran Muamalat sebagai setiausaha kerja semasa berada di semester yang ke-2. Dalam masa yang sama, terlibat dengan penggerak Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM UUM) sebagai Exco Keusahawanan. Setelah setahun memegang kedua-dua Jawatan tersebut, ia terpaksa dilepaskan bagi menumpukan perhatian terhadap pergerakan kemahasiswaan di Dewan Penginapan Pelajar PROTON dengan menyertai Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) EXCO Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah sebagai Pengerusi. Tanggungjawab tetap diberikan oleh Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar sesudah menamatkan kontrak sebagai JKPS DPP PROTON untuk menggerakkan aktiviti kerohanian di dalam kampus dengan memegang sebuah kelab kerohanian yang baru ditubuhkan organisasinya di dalam Kampus UUM ini sebagai pengerusi kelab yang pertama dilantik secara rasmi. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit suasana Islam sudah mula dirasai di dalam kampus UUM yang tercinta ini walaupun ia tidak banyak.

Aktiviti : Penggerak bagi 2 program peringkat antarabangsa anjuran Dewan penginapan Pelajar PROTON iaitu Delegasi Ilmu Ke Timur Tengah serta Qurban dan Bakti Siswa Di Kemboja pada tahun 2012. Hasil daripada sokongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan terutama pihak HEP, program ini Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Dan sekarang sedang cuba menggerakkan aktiviti berbentuk amal terutama aktiviti yang melibatkan umat Islam Di Palestin dan Myanmar. Di samping mencari pelapes baru untuk memartabatkan Islam di dalam kampus UUM ini secara berhemah dan b